Halaman

Isnin, September 24, 2007

TAFAKUR - ZIKRAA



Di keheningan malam

Tafakur di kesyahduan

Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan


Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa

Moga terangkat penghijab kalbu

Antara kau dan aku


Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu

Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradat-Mu
Pimpinlah daku dalam redha-Mu

Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu

Ya Allah ya Tuhanku


Lagu : Kamal Halim
Lirik : Nawawi Ibrahim

IFTAR KTI 2007 GEMPAK!!!





Sekitar Majlis Iftar Komuniti Teman Inteam (KTI) 2007 yang diadakan di Wisma Belia pada 22-23 September 2007. Program ini meriah!!! Gempak habis... Aspek rohaniah tidak dipinggirkan. Keterangan lanjut layari www.inteam.com.my

30 September ini Majlis Iftar Sahabat Hijjaz. Jom serbu...

Khamis, September 20, 2007

BISNES DI BULAN RAMADHAN


Betapa barakahnya bulan Ramadhan ini hinggakan ramai orang boleh jadi Orang Kaya Baru (OKB) dalam bulan ini. Di Bazaar Ramadhan, kita dapat lihat betapa ramainya orang berniaga. Walaupun sebelum ini tidak pernah berniaga pun, tapi Ramadhan punya pasal, orang tak pandai berniaga pun boleh pandai.

Skop perniagaan cukup luas. Makanan, pakaian, alat kelengkapan ibadah, album nasyid, pelita tak lupa juga buku agama! Disinilah peluang yang terbuka luas untuk anda 'test market' dan menguji bakat berniaga anda.

Tak semestinya bila nak berniaga, anda perlu buka meja, pasang payung dan sewa tapak di bazaar Ramadhan tu. Anda juga boleh jadi "ahli mesyuarat tingkap" yang menjual barang-barang jualan anda kepada jiran-jiran terdekat dan orang sekitar kawasan perumahan anda. Jimat kos. Anda juga boleh buat satu katalog dan pas kat kawan-kawan anda di pejabat. (Pastikan waktu rehat sahaja) Tidak dilupakan melalui medium yang cukup popular belakangan ini, internet! Dengan menggunakan kaedah yang saya sebut tadi, anda dapat jimatkan kos. Rakan-rakan dan jiran-jiran anda juga sebenarnya adalah 'promoter terbaik' sekiranya mereka berpuas hati dengan kualiti barangan anda dan berasa puas berurusniaga dengan anda. Saya yakin mereka akan sebarkan kepada rakan-rakan mereka tentang produk anda dan kepuasan berurusniaga dengan anda. (Sebagai penjual, saya pernah alaminya!)

Luaskan jaringan perniagaan anda! Tak semestinya kalau nak berniaga kena berniaga di bazaar Ramadhan sahaja kan?

Isnin, September 17, 2007

JOM SOLAT MALAM


Di bulan barakah ini, banyak benda baik yang boleh kita lakukan. Kali ini, saya nak ajak anda semua melakukan solat malam. Anda bangun bersahur awal kan? Jika anda telah selesai bersahur dan masa masih berbaki lagi, sementara menunggu Solat Subuh, apa kata kita sama-sama lakukan Solat Tahajud. Boleh tambah pahala.
Anda pun boleh melakukan Solat Tahajud dan solat-solat sunat lain sebelum anda menjamah makanan sahur anda. Untuk pertama kali, lakukan 2 rakaat sahaja. Kemudian. tambahlah bila anda mampu. Jangan terus buat banyak solat pada malam pertama anda lakukan solat malam. Nanti anda sukar untuk istiqomah (melakukan satu perkara dengan tetap). Cuba sedikit-sedikit. Syok. Saya pun masih mencuba. Selamat maju jaya di bulan penuh nikmat ini!!!

METHOD DAKWAH


Entry menarik ini saya petik dari blog kawan karib saya, RAIHAN UIAM.

Ramai yang memahami Islam. Tetapi tidak ramai yang pandai untuk menerangkan Islam kepada orang bukan Islam. Ramai yang berpendapat kita perlu bergelar Ustaz barulah boleh menerangkan, Apa itu Islam? kepada golongan tersebut.
Kisah di bawah saya sisipkan supaya menjadi pengajaran kepada kita. Bagaimana kita boleh menjadi Muslim yang boleh menerangkan kepada bukan Muslim, walau di mana tempat dan berapa usia kita.

Kejadian ini berlaku, ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah semalam dari UIA.
=========================
Why Koran has 2 type? The Original Koran and The Tafsir Koran?
Oh, there is only one Qur’an. The Tafsir is a translation of al-Qur’an

So it is like the Old Testament and New Testament in Christian?
No.The Qur’an never changed. Even we have Tafsir, it does not mean we have 2 books. The Tafsir is just a translation of the Qur’an which used in Arabic language. Even, when we perform prayer, we are reciting the Quranic verses from the Qur’an but not Tafsir. Because it is just translation.

Can I say that Islam is just like Christian, you believed in prophet and you also have Orthodox Islam and New Islam similar to Orthodox Christian and New Christian?

Yes, we believed in our prophet Muhammad.We believed he is the messenger of Allah which has been sent to the entire world. But, we also believed in your prophet since it is also a part of our faith to Allah.

There is no such orthodox or new in Islam. Islam is flexible. What we uphold to today i.e the Qur’an is still the same till this day from the time it what revealed to the Prophet. But the practices is different since we do not live is same period. The development of new Islam is not based on the new development the Qur’an since Allah has said it will be protected and not be changed till the last day of the world, but it based on the common practices and common problems which occurred within the new period which need some changes in determined the new hokum.

Do you believe we supposed to have Islam in Malaysia?
Yes. Even there is Islam, it does not mean the other religions cannot be practice in Malaysia. Islam is the ‘syumul’ religion. I mean , Islam involves many aspect in our lifes, including living and moral values.

But I cannot see the significant of Islam in Malaysia. Even there’s Malays, I cannot see what you have explained to me earlier.
Sir, you know that by preach in Islam, it does not mean you must be a Malay. Islam is wider. It has the concept of ‘musawah’ which mean there is no discrimination to any people who want to preach into Islam. Even the prophet, Muhammad was sent in Arabs, he was sent to the entire world actually.
================================
Sebaik saja bas berhenti di Stesen Putra, perbualan tamat begitu saja. Ingin juga aku melihat siapakah gerangan hamba Allah yang bijak berkata-kata itu. La, kawanku yang kukenali semasa berprogram di Pusat Asasi Matrik rupanya. Dia menyapa saya. Lalu saya katakan padanya,
“ Hamzah, hebat jugak ko terangkan kat orang tadi tu. Macamana tetiba orang tu tanye soalan tu? Baguslah, ko terangkan macam tu tadi

“Ala Raihan, aku pun tak tau nape tetibe lelaki tu tanya aku. Berbelit-belit lidah aku tadi nak terang dlm BI. Alhamdulillah, nasib baik ok”

“At least ko da jalankan satu tanggungjawab ko. Bukan semua orang boleh buat macamni. Tahniah”

Aku tersenyum. Alhamdulillah, dia sudah menjalankan salah satu tanggungjwabnya sebagai seorang Khalifah di muka Bumi ini. Semoga kita dan rakan-rakan yang lain boleh jadikan kisah ini sebagai teladan. Apakah kita sudah menjalankan dakwah kita kepada Non-Muslim? Renung-renungkan.

KERJA VOL 3


Saya bertugas di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Lumpur selama tiga bulan. Bulan pertama saya menggantikan Cikgu Arman yang berpindah kerja. Saya mengajar subjek Sains dan Matematik. Subjek ini diajar dalam Bahasa Inggeris. Memang seronok mengajar di Sekolah Al-Amin ini. Murid-murid Al-Amin comel sangat. Mereka panggil saya Sir Husaini. =p Pada bulan kedua saya mengajar Bahasa Melayu darjah 4 dan 5 serta Kajian Tempatan menggantikan Cikgu Murtasa yang menjalani pembedahan ketika itu. Bulan ini agak mencabar kerana walaupun saya mengajar subjek mudah namun saya turut menjadi guru kelas! Baru saya tahu betapa susahnya menjadi guru kelas. tapi yang seronoknya, saya bertambah rapat dengan murid-murid saya. Sewaktu mengajar pada bulan kedua ini, saya dipanggil Ustaz Husaini! Murid Al-Amin cukup baik. Mereka sopan. Saya tidak memuji sebarangan.
Saya suka suasana atau 'biah solehah' yang ada di sekolah ini. Suasana ini yang membuat saya tenang dan selesa di sekolah ini. Sepanjang saya mengajar di sekolah ini, hati saya terhibur dengan keletah murid-murid Al-Amin yang aktif dan pintar. Melihat senyuman manja mereka membuatkan saya menjadi antara manusia paling bahagia ketika itu.
Saya memang suka kanak-kanak. Guru-guru di Al-Amin juga ibarat guru bagi saya memandangkan mereka acapkali berkongsi cerita, pengalaman dan ilmu yang mereka ada. Pada bulan terakhir, saya ditugaskan menjadi Guru Pusat Sumber. Saya tak suka jadi Guru Pusat sumber kerana saya tidak dapat mengajar. Hanya mengadap timbunan buku di Pusat Sumber! Selepas tamat tempoh perkhidmatan saya, saya membuka kelas tuisyen di sekolah tersebut. Sedikit sebanyak terubat juga rindu saya dengan melihat sebahagian anak-anak murid saya yang menyertai kelas tuisyen itu.
Mengajar di Al-Amin merupakan satu rahmat dari ALLAH kepada saya. Saya syukur. Kini walaupun sudah tidak mengajar lagi disitu, setiap kali saya melintasi kawasan sekolah itu, saya pasti teringat akan segala memori indah sewaktu di Al-Amin. Saya sayang Al-Amin!

TANPAMU - INTEAM

Resah dan gelisah ku rasa
Hidup penuh pancaroba
Roda masa pantas berputar
Menduga iman di dada
Daku yang lena dan terleka
Tenggelam di lautan dunia

Kabur pandangan mataku
Pada nikmat yang menggunung
Mendustakan kurniaanMu
Tiba murkamu menghukum
Keangkuhanku kian hancur
Lantas ku jatuh dan tersungkur

TanpaMu kasih (Oh Kekasih)
Ku tak berdaya (Ku terpedaya)
Hilang punca dan arah (Pada helah dusta dunia)
Hanyut alpa di arus bergelora

Kasih (Oh Kekasih)
Daku derita (Tangisku hiba)
Lemah dalam sengsara (Dan mengalir oh air mata)
Jiwa dan tubuh kepedihan
Terseksa, terhukum
Menanggung kifarah dariMu

Telah ku lalui semalam
Jalanan kelam dan suram
Lampaui batasan insan
KeagunganMu kulupakan
Rahmat dariMu kudambakan
KeampunanMu kupohonkan

Tuhan, ku tak berdaya
Tempuh segala
Tanpa kasihMu

Hatiku ini merindu
Sinar cintaMu Yang Agung
Pasrah merayu redhaMu
Ampuni dosa-dosaku
Rahmat dariMu ku dambakan
KeampunanMu ku pohonkan

Senilagu : Akmal Mirwana Senikata : Akmal Mirwana Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.

Selasa, September 11, 2007

I'M IN LOVE


I just wanna share something...
now I'M IN LOVE!!!

It was a great moment for me.
For a long time i'm waiting this moment and now,
I've got it.

But, i don't know whether "MY LOVE" accepts
me or not... I'm afraid to ask....
I'm too shy.... huhu.

But I think, "MY LOVE" knows my
feeling.... hehe.

Perhaps...

Jumaat, September 07, 2007

ANDA MINAT GENRE MUZIK APA?

Boleh berkongsi dengan saya genre muzik kegemaran anda? Macam saya, saya suka mendengar semua genre muzik. (Kecuali hard rock, tak boleh 'masuk' la) Muzik membawa saya ke satu dimensi pemikiran yang lebih kreatif. (Tapi saya tidak menghabiskan masa saya hanya semata-mata untuk mendengar muzik sahaja!) Saya suka menilai dan menghayati seni muzik tersebut. Kongsi dengan saya genre muzik kegemaran anda!!!

Rabu, September 05, 2007

IKLAN PUNYA PASAL


Saya seorang yang meminati seni. Iklan adalah antara satu bentuk seni yang disampaikan bersama mesej yang tersendiri. Saya akui, iklan di televisyen acapkali menarik perhatian saya untuk menilai dan mentafsir wajah dan cerita disebalik iklan tersebut. Baru-baru ini saya amat terkesan sekali dengan beberapa iklan yang mempromosi segala macam makanan sampingan yang mampu membuat seseorang itu menjadi tinggi!
Bermula dengan Appeton kemudian Calci Yum dan terbaru satu jenama minyak ikan kod yang menjadi rahsia seorang budak lelaki beraksi lincah dalam permainan Bola Keranjang (mengikut iklan tersebut la), semua menonjolkan bahawa ketinggian menjadi satu kelebihan bagi seseorang individu. Selama hampir seminggu juga saya terkesan dengan iklan ini sehingga saya merasakan bahawa saya antara remaja (remaja ke?) yang mempunyai ketinggian yang sederhana. Tidak tinggi dan tidaklah terlalu rendah. Jiwa seakan memberontak. Apabila menaiki LRT, terasa 'kerdil' sahaja bila melihat sekumpulan remaja Cina yang tinggi lampai. Dalam hati tergetus rasa iri hati pada mereka. Namun, pada suatu malam, ketika membaca Tafsir Al-Quran, timbul rasa kesal kerana selama seminggu ini saya sudah lupa bahawa segala apa yang telah berlaku adalah ketentuan Tuhan. Saya sewajarnya bersyukur dengan nikmat yang telah Tuhan beri.

Akhirnya saya ambil langkah positif. Saya tidak perlu gusar pada diri saya. Saya terima diri saya seadanya. Saya yakin pada diri saya!

Sekurang-kurangnya, saya mudah mencari pakaian kerana saiz tubuh saya yang sederhana. Boleh pakai semua baju.
Terima Kasih Wahai Tuhanku yang memberi Al-Quran sebagai petunjuk yang sentiasa menenangkan jiwaku. Benarlah kata-kata Tuhan yang bermaksud : Jika kamu mengingati aku, jiwa kamu akan menjadi tenang.

RAMADHAN YANG KUNANTI



Hatiku melonjak riang lantaran kehadiran bulan barakah yang kutunggu-tunggu selama ini. Ya, rinduku padanya sudah tidak bisa terlindung lagi. Jiwa meronta-ronta menanti bulan dimana satu ketika dahulu menjadi medan berputik cintaku pada Penciptaku. Kasih tercurah yang membawa aku keluar dari titik noktah itu. Tidak akan aku lupakan malam indah cintaku padaNYA. Moga Ramadhan ini menjadi saksi cintaku pada Tuhanku. Dialah Cintaku. Dialah Yang Satu.