Cuti kali ini saya habiskan 95% dirumah! Mulanya macam tak percaya sahaja yang saya akan habiskan masa cuti di rumah tanpa sebarang kerja. Namun, mungkin sudah ditakdirkan yang saya akan habiskan masa di rumah tercinta di Menglembu, Perak.
Walaupun di rumah, banyak perkara baru yang saya pelajari. Ingatkan duduk rumah bosan tapi hakikatnya, kalau pandai urus masa dengan baik, memang seronok duduk rumah. Mak dan ayah saya bekerja. Adik perempuan saya pula di asrama sedang menduduki SPM. Adik lelaki saya sibuk dengan latihan Bowling dia. Maklumlah, wakil Negeri Perak. Tinggallah saya dan adik perempuan bongsu di rumah bersama pak cik saya. Pak cik saya jaga kedai runcit keluarga. Dalam cuti ini, saya sempat belajar memasak. Habis buku-buku resipi saya belek. Tambah-tambah bila mak pergi kursus, memang merdeka la. Dapur kat rumah itu, saya dan adik saya yang punya! Resipi terbaru yang saya masak pagi tadi adalah Sayur Goreng KFC. Pergh.. rasanya memang sedap. Sayur bersama bawang putih dan bawang merah disalut dengan tepung KFC. Memang lazat rasanya. Luar keras, rangup. Dalam lembut sahaja. Dua hari lepas, kami goreng peria goreng. Kami potong peria jadi halus-halus. Kemudian kami goreng dengan tepung goreng pisang. Ada satu hari, kami buat sup sayur. Saya terbubuh halia banyak dalam sup itu. Habis satu keluarga sendawa. Mak cakap bagus juga sebab buang angin-angin dalam badan.
Tapi jangan la ingat saya habiskan cuti dengan memasak sahaja. Saya pun ada pinjam beberapa buah buku dari kawan. Antaranya buku pengurusan diri, Harry Potter, Pancaran Minda dan Ihya Ulumuddin. Ada masa terluang, saya menonton televisyen. Antara rancangan kegemaran saya, One In A Million, Muzik-Muzik Separuh Akhir, Couple Of Trouble, Iris, Spa Q, Spongebob (My Favourite Cartoon) dan banyak lagi. Di sebelah petang, saya beriadah. Kalau boleh nak nampak 'fit' sikit tahun 2008 nanti! Ok, saya tak boleh nak lama-lama sangat. Petang ini mak saya balik dari kursus di Lumut. Nak buat 'suprise' sikit. Ok, wassalam.
Jumaat, November 23, 2007
Isnin, November 12, 2007
MEMORI SEMESTER 1 DI UIAM.
Sewaktu semester 1 2007/2008, saya tinggal di bilik 2.6 Blok D, Mahallah Bilal. Syok sangat duduk dengan roomate yang baik hati dan selalu buat lawak kat bilik. Juga kepada senior saya, Abg. Daim, ampun ya kalau selalu buat bising dalam bilik. =p
Semester depan tak tahu dapat bilik yang sama atau tidak.
JANGAN BERSEDIH =P

Hari ini saya mendapat semangat baru. Selepas beberapa siri dugaan yang datang berturut-turut tanpa henti dalam diri ini, akhirnya Allah makbulkan doa saya dengan memberi saya satu sinar baru. Satu kekuatan untuk bangkit dari perasaan duka. (Pergh…ayat ‘Blues Untuk Aku’ la pulak)
Selepas ini, sapa nak tipu saya, tipu la. Nak khianat saya? Khianat la. Nak buat jahat pada saya? Buatlah. Sebab saya tahu, saya ada Tuhan. Saya ada Tuhan yang sentiasa membuka kepada saya segala tipu helah yang dibuat oleh orang kepada saya. Saya syukur. Biarlah orang nak buat apa pun. Mereka yang berdosa. Saya masih ingat lagi satu hadis yang saya belajar sewaktu di Tingkatan 1. Sabda Nabi SAW, Tanda-tanda munafik itu ada tiga: Apabila berkata ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila memegang amanah ia khianati.
Saya harap, saya tidak akan tergolong dalam golongan ini. Saya minta sangat agar Allah pelihara saya dan orang sekeliling saya dari tergolong dalam golongan yang disebut dalam hadis Nabi tadi. Buat apa buat jahat pada orang? Keuntungan sementara sahaja. Kita hidup kat dunia ini bukan lama. Sekejap sahaja. Dunia ini hanya tempat persinggahan untuk kita kembali kepada Tuhan Yang Satu. Buat baik bukan kena bayar pun. Bukan kena marah pun. Tak kena hukuman gantung pun. Yang paling utama, kita sedar matlamat hidup kita. Tujuan hakiki kita berada di muka bumi Allah ini, iaitu untuk beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah di muka bumi ini. Ini semua untuk mencapai mardhatillah, keredhaan Allah. Jadi, mulai hari ini, sama-samalah kita berbuat baik sesama manusia. Bila orang nak buat jahat dengan kita, kita nasihatlah dia. Kalau perlu ambil tindakan, kita ambil tindakan sewajarnya. Barulah amar maaruf nahi mungkar namanya.
Dalam masa yang sama, saya akan sentiasa optimis. Cekal dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu benda. Saya juga akan kembali belajar segala macam perkara baru yang dibenarkan syara’. Saya mahu kembali ceria dan gembira agar saya dapat mengembirakan orang. Saya juga mahu berfikiran positif dan terbuka. Saya mahu lihat dunia yang indah ini dengan pandangan yang luas. Supaya hidup saya senang. Ibadah saya menjadi sempurna. Bibir saya kekal meratib asma’Nya yang indah dan hati saya kekal bertuhankan Allah Yang Satu.
Aku syukur padaMu Tuhan kerana dugaan yang melanda merupakan satu pelajaran yang berguna buat diriku. =>

Sabtu, November 03, 2007
RAYA 2007
Khamis, November 01, 2007
DR SHEIKH MUSZAPHAR YANG 'VERSATILE'

Secara peribadi, saya begitu mengagumi Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Malaysia Yang Pertama. Beliau seorang yang gigih berusaha untuk mencapai sesuatu yang diidamkan. Pencapaian yang diperolehinya bukanlah datang tanpa usaha yang jitu. Beliau gemar menerokai pelbagai bidang walaupun beliau memiliki kerjayanya yang tersendiri sebagai Doktor Pakar Ortopedik. Dr Sheikh Muszaphar juga pernah menceburkan diri dalam bidang peragaan dengan menjadi model untuk beberapa iklan tempatan. Beliau juga pernah terlibat sebagai model untuk iklan Milo, satu jenama minuman gergasi di Malaysia keluaran Nestle. Tidak dilupakan, sebuah restoran hasil perkongsian beliau dengan Chef Ismail, Restoran Rebung yang terletak di Bangsar.
Dr Sheikh Muszaphar Shukor sudah mencipta sejarah dan pencapaiannya yang tersendiri! Unik dan mengagumkan. Beliau adalah seorang yang 'versatile' dan berketrampilan. Semoga Dr Sheikh Muszaphar Shukor akan terus melakar sejarah peribadinya dan juga sejarah Malaysia di tahap global. InsyaALLAH.
p/s: teringin nak jadi macam Dr Sheikh. Versatile... Malah kalau boleh, nak jadi lebih hebat dari beliau. hehe =p
RUMAH TERBUKA AIDLIFITRI

Tahun ini, banyak juga rumah terbuka yang sempat saya hadiri. Antaranya:
- Rumah Terbuka Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia di Kompleks Kraf, Jalan Conlay.
- Rumah Terbuka KRU di Jelatek Bussiness Centre, Setiawangsa.
- Rumah Terbuka sepupu saya, Pelakon Kanak-kanak perempuan dalam drama Diari Ramadhan Rafique, Maisara di Kota Damansara.
- Rumah Terbuka Aidit di Keramat AU.
- Rumah Terbuka Pegawai Hospital Besar Kuala Lumpur.
- dan banyak lagi.
Sekarang ini, saya 'cuti' sekejap dari menghadiri Rumah Terbuka memandangkan ada 'Final Exam'. Sedih juga sebab tak dapat sertai Rumah Terbuka Nasyeed.com pada hari sabtu ini, 3.November.2007. InsyaALLAH, saya akan bertandang ke rumah terbuka yang lain selepas 10 November 2007. hehe.
p/s: semasa di beraya di rumah-rumah terbuka ini, jaga la pemakanan kita. Penat sahaja diet bulan puasa. Masuk Syawal, semua bedal. Rugi nanti. Saya nasihatkan diri saya juga sebab berat badan saya sudah mula naik ni. Takut la. hehe
KEPUTUSAN UNDI IKLAN RAYA PALING BEST 2007
1. 59% mengatakan IKLAN RAYA PETRONAS 2007 adalah IKLAN RAYA PALING 'BEST' SEKALI bagi tahun ini, 2007 walaupun wujud khabar yang mengatakan bahawa iklan ini diciplak dari majalah Haluan. (Memang tidak dinafikan pun khabar itu) Apa pun, anda yang menilai seni dan mesej sesebuah iklan. Masing-masing punya pendapat tersendiri. Mesej yang ingin disampaikan menjadi amat menarik apabila diterjemahkan melalui hasil seni kreatif (iklan). Tidak dinafikan, pada setiap tahun, pasti semua akan ternanti-nanti iklan yang bakal diterbitkan oleh pihak Petronas. Tahniah Petronas! Usaha untuk memurnikan rakyat dengan hasil kretif ini wajar dicontohi.
2. Diikuti IKLAN RAYA TV3 SEBANYAK 27%. Iklan ini mengandungi unsur humor yang mampu membuat penonton ketawa. Gandingan Adibah Noor dan Yu Hang yang saban tahun memenuhi iklan menarik di televisyen merupakan satu gandingan yang cukup mantap. Ditambah dengan unsur 'hiperbola' apabila peluh Adibah Noor ibarat simbahan air yang mampu membuat kucing lari! Tak kurang juga ais krim besar berwarna hijau yang telah mengiurkan Adibah! TV3 wajar dipuji atas kelainan yang cuba ditampilkan. Syabas!
3. IKLAN RAYA PROTON sebanyak 13%. Entah apa yang berlaku sehinggakan iklan ini hanya singgah di layar televisyen beberapa ketika sahaja sebelum Aidilfitri. Selepas itu, iklan ini seakan-akan ghaib. Adakah di 'gam'? Hanya Proton ada jawapannya. Cubaan Proton tampil dengan iklan sebegini merupakan cubaan berani bersesuaian dengan suasana perfileman di Malaysia yang hangat dengan cerita hantunya. Mesejnya mudah, pakai tali pinggang keselamatan walaupun anda duduk di tempat belakang!
4. Dan IKLAN RAYA TM yang tanpa sebarang undi. Mungkin yang mengundi adalah terdiri daripada kalangan muda mudi masa kini yang agak kurang tersentuh dengan penceritaan sejarah negara kita. TM wajar dipuji atas usahanya. Pun begitu, iklan ini sewajarnya disampaikan dengan cara yang lebih ringkas tetapi kreatif seperti iklan-iklan TM pada tahun-tahun lepas.
TERIMA KASIH YANG TELAH MENGUNDI.

Langgan:
Catatan (Atom)