Halaman

Isnin, Disember 31, 2007

MISI BANTU MANGSA BANJIR 2007






Pada hari sabtu lepas, 29 Disember 2007, saya telah menyertai Pasukan Sukarelawan UIAM ke Maran, Pahang. Misi utama kami adalah memberi bantuan membersih kawasan sekolah yang dilanda banjir besar baru-baru ini. Apa yang berlaku begitu mengejutkan saya tambahan pula sekolah akan dibuka dalam masa yang terdekat. Banyak kerosakkan harta benda, perabot, barang-barang makmal sains mahupun bengkel kemahiran hidup. Kami hanya memberi bantuan sekadar yang mampu memandangkan misi kami hanyalah satu hari sahaja. (Misi ada 3 hari. Setiap hari, orang yang berbeza akan pergi).






Jumaat, Disember 28, 2007

HIMPUNAN KATA HIKMAH SIRI 1



Saat kau dilahirkan, kau menagis sedang yang lain tersenyum menerima kehadiran kau di atas muka bumi ini. Maka berjuanglah dikau agar di suatu saat, apabila kau menghembuskan nafas yang terakhir, kau mampu tersenyum dan orang lain akan menangis kehilangan kau di muka bumi ini. - HAMKA

Khamis, Disember 27, 2007

BISNES MESTI KREATIF!


"Aku cadang nak buat bisnes tapi tak tahu nak buat bisnes apa"
"Nak buat bisnes jual air, dah banyak orang jual air"
"Tunggu sahaja. Ada rezeki nanti, kayalah aku!"

Itulah kata-kata yang terpacul dari mulut kenalan saya ketika kami berborak berkaitan bisnes. Saya pun tidaklah begitu pandai dalam dunia bisnes. Cuma mungkin pengalaman lalu dan buku-buku motivasi bisnes yang acapkali saya baca membuatkan saya sentiasa bermotivasi untuk membuat bisnes. Saya pernah gagal dalam bisnes. Namun ia sedikit pun tidak pernah mematahkan semangat saya untuk terus maju ke hadapan.
Jika anda minat berniaga tapi tidak tahu nak berniaga apa, saya sarankan anda rehatkan diri anda seketika, ambil sebatang pen beserta sehelai kertas dan mula senaraikan kemahiran yang ada dalam diri anda. Kenali potensi anda. Kebanyakan usahawan yang berjaya mempunyai bisnes berdasarkan kemahiran atau potensi diri mereka sendiri. Cikgu Abu Hassan Morad yang gemar menulis mempunyai sebuah syarikat penerbitan sendiri, Galeri Ilmu sdn Bhd. Chef Ismail yang pakar dalam masak memasak mempunyai Restoran Rebung yang dikongsi bersama Angkasawan Negara Pertama, Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Mulakan bisnes anda berdasarkan kepakaran anda. Ia lebih baik untuk jangka masa panjang kerana anda tidak akan mudah bosan dalam bisnes anda nanti. Apabila anda menjalankan bisnes berdasarkan minat dan kepakaran anda, anda tidak akan mudah menyerah kalah dan akan sentiasa memperbaiki kemahiran anda hari demi hari. Semangat nak berbisnes pun tinggi sebab bisnes itu anda sendiri yang jalankan dan berdasarkan minat serta kepakaran anda! Bisnes itulah yang akan melambangkan diri anda!
Jangan gusar jika bisnes yang anda mahu lakukan itu telahpun diceburi oleh ramai orang. Sebaliknya, anda kena tunjukkan pada pembeli bahawa walaupun bisnes anda baru tapi ia kreatif, menampilkan sesuatu yang unik dan berkualiti tinggi. Lihat saja donat J.Co yang seakan menjadi satu fenomena di Malaysia apabila ia dibuka di Pavillion baru-baru ini. Biarpun perniagaan donat ini telah dipelopori oleh Dunkin Donut tapi J.Co tampil ke dunia perniagaan donat dengan keistimewaannya yang tersendiri. Keunikan dan kekreatifan inilah yang patut ada dalam setiap perniagaan yang anda akan buka. Zaman pun dan canggih, bisnes anda pun mestilah selari dengan peredaran zaman. Kalau mahu buat bisnes lama sekalipun, berilah nafas baru!
Akhir sekali, ingatlah wahai pembaca sekalian, janganlah hanya mengharapkan rezeki datang bergolek-golek didepan mata anda dengan sendirinya. Usahalah untuk mendapatkannya. Allah pun dah bagitahu awal-awal dalam Kitab Agungnya, Al-Quran mafhumnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri yang mengubahnya!

Tunggu apa lagi? Bak kata iklan Celcom, KUASA DITANGAN ANDA!

Isnin, Disember 17, 2007

ALBUM : KUALITI vs KEKERAPAN

(Gambar sekadar hiasan)


Baru-baru ini, saya sempat ke Tower Record KLCC untuk melihat album-album terkini yang berada di pasaran. Penghasilan album pada waktu ini boleh dikatakan agak suram berbanding tahun-tahun sebelum ini baik tempatan mahupun antarbangsa. Mungkin gejala cetak rompak yang berleluasa membuatkan banyak syarikat rakaman berfikir dua tiga kali untuk menghasilkan sesebuah album. Selepas berada di sana lebih kurang 2jam setengah, akhirnya saya membeli sebuah album artis tempatan yang masih 'panas' di pasaran. Mendengar alunan lagu-lagu yang disusun dari 'track 1' hingga akhir mampu membuatkan saya berasa puas hati kerana lagu-lagu yang dimuatkan dalam album itu boleh dikategorikan sebagai lagu-lagu yang menarik dan seronok untuk didengar.

Bukan mudah nak memiliki sebuah album yang semua lagu-lagunya sedap didengar.
Kadang-kadang, seakan menjadi satu trend bagi kebanyakan artis untuk tampil
dengan 2 ke 3 lagu hits dan selebihnya sekadar tangkap muat dalam album terbaru
mereka.

Budaya ini bukanlah sesuatu yang janggal lagi dikalangan penggiat seni malah sudah menjadi ikut-ikutan dikalangan artis baru mahupun lama. Maka tidak hairanlah album-album yang dipasarkan tidak mendapat tempat dimata pembeli. Mungkin saya antara pembeli cerewet yang sudah menyampah dengan budaya buruk ini. Sebagai pengajaran, selalunya itulah kali pertama dan terakhir saya membeli album artis tersebut. Secara jujur, saya boleh menyebut beberapa nama artis yang albumnya mampu membuat saya berasa teruja untuk membeli yang original. Saya yakin, atas faktor kualiti dan kepuasan mampu membuat seseorang itu beli album yang original. Seperti kata Khadijah Ibrahim dalam sidang media baru-baru ini, buat apa nak terkejar-kejar menghasilkan 2 album dalam satu tahun sedangkan kualiti lagu-lagunya hambar. Adalah lebih baik mengambil masa yang panjang untuk menghasilkan album yang berkualiti dan mampu menjadi album 'evergreen' dari menghasilkan album secara terburu-buru dan hasilnya hanya mampu mengundang kritikan dari pembeli.