Halaman

Khamis, Januari 31, 2008

UNTUKMU TEMAN - BROTHERS

Inilah lagu yang paling saya minati. Lagu ini saya dedikasikan khas buat semua sahabat saya. Kalian dekat dihati...

UNTUKMU TEMAN - Brothers

Disini kita pernah bertemu,
Mencari warna seindah pelangi,
Ketika kau menghulurkan tanganmu,
Membawaku ke daerah yang baru,
Dan hidupku kini ceria...

Kini dengarkanlah,
Dendangan lagu tanda ingatanku,
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhwah kan bersimpul padu.

Kenangan bersamamu takkan kulupa,
Walau badai datang melanda,
Walau bercerai jasad dan nyawa.

Mengapa kita ditemukan,
Dan akhirnya kita dipisahkan,
Mungkinkah menguji kesetiaan,
Kejujuran dan kemanisan iman,
Tuhan berikan daku kekuatan.

Mungkinkah kita terlupa Tuhan ada janjiNya,
Bertemu berpisah kita ada rahmat dan kasihNya,
Andai ini ujian terangilah kamar kesabaran,
Pergilah gelita hadirlah cahaya...

Untuk selamanya...

Sabtu, Januari 26, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU!

Abg Qayyum dan Kak Wani, pasangan sejoli yang telah memutuskan untuk hidup bersama sebagai suami isteri di usia muda. 'Perjuangan' mereka untuk meyakinkan ibu bapa masing-masing bahawa perkahwinan adalah jalan terbaik bagi sebuah kisah cinta yang suci membuatkan saya rasa kagum. Apatah lagi, Abg Qayyum merupakan antara mentor saya dalam bidang motivasi dan 'training'. Tahniah Abg Qayyum dan Kak Wani. Moga bahagia hingga ke Syurga.
Sewaktu di Pusat Matrikulasi UIAM, saya amat mengagumi kepetahan Akhi Yazid mengendali sebuah forum Islam yang dianjurkan pada ketika itu. Tidak terhenti disitu, beliau merupakan Presiden Persatuan Bahasa Arab Matrik UIA yang banyak menyumbangkan tenaga ke arah memperkasakan Bahasa Arab dikalangan penuntut. Tahniah buat Akhi yazid dan pasangan. Moga ikatan yang terbina diantara kalian berdua membuka mata insan-insan yang masih khayal dilamun cinta yang tidak berkesudahan.

p/s: Simpulan kata-kata beberapa orang sahabat saya, "Jika kau dah jumpa seseorang yang telah bertakhta dihati kau, jalan terbaik adalah perkahwinan kerana ia adalah permulaan cinta yang tulus, ikhlas dan suci. Akan tetapi, jika masih belum jumpa, tak perlulah terlalu 'terdesak' mencari. Kerana ia akan datang tanpa perlu dicari. Tatkala itu, mahabbah akan berputik dihati tanda dia milikmu".

Khamis, Januari 24, 2008

MEMORI BAKTISISWA KE SABAH 2007

Di LCCT menunggu penerbangan ke Kota Kinabalu, Sabah. (Dari kiri: Asyraf, Aizat, saya, Haziq dan dibelakang, Aziz)
Kami melawat ke Muzium Aqua Ria Universiti Malaysia Sabah sewaktu kunjungan muhibbah UIAM ke UMS. Seronok juga kalau dapat belajar di UMS. Macam-macam ada!
Di RTM Sabah. Saya berpeluang membaca berita tapi rakaman sementara sahaja. Bukan untuk disiarkan di RTM.
Puncak Gunung Kinabalu yang memukau pandangan mata saya. Indah sungguh ciptaan ALLAH.
Tak dapat panjat Gunung Kinabalu, 'posing' di kaki Gunung Kinabalu pun jadilah. Kami sempat menyanyikan lagu Gunung Kinabalu yang menjadi kebanggaan penduduk tempatan di sana.


p/s: Gambar-gambar di atas adalah koleksi gambar sewaktu Baktisiswa ke Sabah yang baru saya perolehi minggu lepas. Gambar-gambar lama, telahpun saya letak tahun lepas. Rujuk entri BAKTISISWA YANG GEMPAK.

Sabtu, Januari 19, 2008

SEDAPNYA PISANG


Anda suka makan pisang? Pisang adalah antara buah-buahan yang paling unik sekali terutama dikalangan orang Melayu. Pada setiap hari Jumaat, kita akan dapat lihat lambakan buah pisang di masjid-masjid yang disedekahkan oleh orang tertentu sebagai tanda syukur mahupun hajat bersedekah. Tapi, tahukah anda khasiat buah pisang?


Pisang kaya dengan potassium, magnesium dan sumber vitamin B-6. Ia mampu menambah tenaga dalam badan anda. Ia baik untuk mengawal tekanan, degupan jantung serta tekanan darah anda. Buah pisang juga berupaya membantu mengurangkan risiko untuk kena strok. Boleh meningkatkan sistem imunisasi badan anda. Ia juga membantu pembentukkan sel darah merah, menstabilkan sistem darah dan meningkatkan metabolisma badan. Ia juga sebagai pelawas terbaik buat individu yang sukar untuk ‘melepaskan hajat’. =p


p/s: banyak lagi sebenarnya khasiat yang terdapat dalam pisang. apa yang saya kongsikan disini hanya sebahagian dari khasiatnya yang saya perolehi dari sebuah bahan bacaan.

TIPS AWET MUDA 1

Kali ini saya akan kongsikan bersama anda salah satu rahsia awet muda yang paling praktikal. Tips ini mudah dan boleh dipraktikkan tanpa sebarang kos. Caranya, anda hanya perlu bangun di awal pagi, kira-kira jam 5 pagi. Kemudian, anda mandi tanpa menggunakan air panas.. Kalau anda rasa malas nak mandi di waktu itu, anda boleh ambil wudhuk untuk bersiap sedia mengerjakan solat Subuh. Dengan berwudhuk, anda telah membasuh muka anda dengan air yang sejuk itu.

Tahukah anda, apabila anda tidur, kulit wajah anda akan mengendur. Liang-liang pori diwajah anda akan terbuka pada ketika itu. Jadi, apabila anda bangun di awal pagi dan membasuh muka anda dengan air sejuk pada waktu itu, kulit wajah anda akan kembali tegang. Liang-liang pori yang terbuka pula akan mengecil dan ia mengembalikan keremajaan kulit anda! Jadi, tidak hairanlah kebanyakkan orang yang sering bangun di awal pagi memiliki wajah yang sihat tampak muda! (Dato Sarimah Ahmad juga mengakuinya dalam buku tulisan beliau)

p/s: Berwudhuk juga satu amalan yang baik. Amalkanlah agar kita sentiasa berada dalam keadaan suci selalu. =)

TAUBAT SEORANG HAMBA - IRSHADEE featuring HAFIZ HAMIDUN



TAUBAT SEORANG HAMBA – IRSHADEE feat HAFIZ HAMIDUN.

Hati hitam mengenangkan dosa-dosa yang kulakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba bedosa.

Chorus-
Kuakui kelemahan diri,
Kuinsafi kekurangan ini,
Kukesali kejahilan ini,
Terimalah, terimalah, terimalah taubatku ini

Telah aku merasakan,
Derita jiwa dan perasaan,
Kerna hilang dari jalan,
Menuju redhaMu Ya Tuhan.

Ulang chorus

Dihamparan ini ku meminta moga taubatku diterima.

Ulang chorus 2x.

Selasa, Januari 15, 2008

ARTIKEL INI DARI WEBSITE USTAZ ZAHARUDDIN

Assalamualaikum,
Saya nak tanya tentang suatu pelaburan yang berbentuk piramid. Baru-baru ini saya ada masuk, modalnya cuma RM30.00. Caranya ialah dengan membeli wang pos berjumlah RM5.00 setiap satu dan enam keping. Setiap satunya hendaklah ditulis dengan nama si penerima 'di atas' kita dan ini merupakan sumbangan ikhlas drpd kita. Kemudian setelah nama kita tersenarai, kita mencari ahli-ahli baru pula di bawah dan giliran kita pula mendapat sumbangan RM5.00 drpd ahli di bawah. Dalam masa sebulan berbelas-belas keping wang pos yg diterima yang berjumlah beratus-ratus ringgit.
Soalannya, apakah hukum menerima duit tersebut?Pelaburannya cuma RM30.00 tetapi pulangannya agak lumayan.
Saya banyak mendapat ilmu ttg ekonomi Islam drpd tulisan-tulisan ustaz di media. Semoga Ustaz dpt menjawab e-mel saya dan saya merakamkan jutaan terima kasih.
"Hidup Islam"

JAWAPAN
wa'alaikumussalam,
setelah membaca penerangan anda di bawah.
Jelas kepada saya bahawa ia adalah pelaburan yang tidak halal di sisi Islam. Ia juga bukanlah pelaburan.
Ini kerana rukun pelaburan islam di bawah konsep mudarabah dan musharakah adalah : -
1) Wang pelaburan dalam jumlah tepat dan diketahui
2) Pelabur
3) Pengusaha
4) Bisnes yang halal / Pekerjaannya
Antara syarat sahnya pula :-
1) Nisbah pembahagian keuntungan yang dipersetujui bersama.
2) Tiada jaminan modal selamat.
3) Tiada jaminan untung tertentu atau tidak tertentu.
Jika dilihat, salah satu rukun dalam pelaburan Islam atas asas mudarabah dan musyarakah adalah mestilah mempunyai satu perniagaan yang halal serta terbuka kpd untung dan rugi. Dalam kes anda, duit pelabur ( peserta iaitu dalam bentuk wang pos itu) adalah untuk melabur dalam perniagaan itu..tetapi taida perniagaan tertentu, malah pelaburan itu pula dianggap sumber mendapat untung, atau dalam kata lain, 'pelaburan' atau duit penyertaan terkumpul itu adalah dianggap bisnes dan keuntungannya, lalu manakah perniagaannya sebagaimana yang disyaratkan? apa produknya? mana pula "profit sharing ratio" nye? ..maka ini jelas tidak menepati rukun pelaburan dalam Islam.
Produk menjual pusingan dan piramid penyertaan adalah tidak diteruima oleh Islam.
Ringkasnya, ia seperti sistem piramid yang mengambil keuntungan di atas jumlah orang yang masuk di bawah. Dalam bentuk yang anda berikan, ia jelas tidak dibenarkan.
Akhir sekali, terima kasih kerana memanfaatkan tulisan saya. Silalah membacanya lanjut di http://www.zaharuddin.com/
Sekian
Ust Zaharuddin Abd Rahman

Jumaat, Januari 11, 2008

BERDOALAH BERSAMA-SAMA

LAGI ARTIKEL DARI STUDIO MUSLIM Oleh AZREE MH

Slide ini menunjukkan bahawa syarikat sudah beroperasi LEBIH DARI 3 TAHUN
Dalam Borang Pendaftaran SSM, syarikat baru sahaja mendaftar pada JUN 2006.
Slide ini menunjukkan sistem piramid yang diamalkan secara terang-terangan.


Saya memetik beberapa ayat Ustaz Zaharuddin mengenai Program Ekspress ini.

Jelas kepada saya bahawa ia adalah pelaburan yang tidak halal di sisi Islam. Ia juga bukanlah pelaburan. Dalam kes anda, duit pelabur(peserta) dalam bentuk wang pos itu adalah untuk melabur dalam perniagaan itu. Tetapi tiada perniagaan tertentu, malah pelaburan itu pula dianggap sumber mendapat untung, atau dalam kata lain, ‘pelaburan’ atau duit penyertaan terkumpul itu adalah dianggap bisnes dan keuntungannya, lalu manakah perniagaannya sebagaimana yang disyaratkan? Apa produknya? Mana pula “profit sharing ratio” nya? Maka ini jelas tidak menepati rukun pelaburan dalam Islam.Produk menjual pusingan dan piramid penyertaan adalah tidak diterima oleh Islam. Ringkasnya, ia seperti sistem piramid yang mengambil keuntungan di atas jumlah orang yang masuk di bawah. Dalam bentuk yang anda berikan, ia jelas tidak dibenarkan.
Anda boleh membaca huraian panjang lebarnya di sini.

Pendapat pakar kewangan
Sebenarnya skim atau ‘program’ seperti ini telah diharamkan di mana-mana negara besar dunia seperti Amerika Syarikat. Skim seperti ini lebih dikenali sebagai skim PONZI. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang skim PONZI ini di
Wikipedia.
Ada beberapa ciri yang paling mudah dikesan sama ada sesuatu skim itu termasuk dalam skim PONZI ataupun tidak.


  1. Semua skim PONZI menggalakkan ahlinya me’rekrut’ ahli baru. Ini kerana dengan cara itulah mereka akan dapat wang baru atau modal baru.(Itulah yang mereka sedang lakukan sekarang iaitu men’derma’ di Program Ekspress itu. Tanpa pelabur baru, skim tersebut akan cepat berkubur.)

  2. Pulangan yang dijanjikan sangat hebat. Melebihi 50% dalam masa sebulan sekiranya lebih ramai ahli baru direkrut. (Samalah halnya dengan program ini, cuma ayatnya ‘derma ikhlas’. Tetapi ayat-ayat promosinya tetap merangsang orang untuk mencari ahli baru dengan cepat). Sedangkan pelabur-pelabur ‘world class’ seperti Warren Buffet dan George Soros pun hanya memberi pulangan 20-24% setahun! Tidakkah logik kalau betul program ini betul-betul tiada unsur penipuan/perjudian, mengapa pakar-pakar tersebut tidak membuat program seperti ini?

  3. Anda mendapat pulangannya kerana wang itu datang daripada pelaburan orang-orang yang baru masuk dalam skim tersebut. The money is being recycled. Just as your ‘investment’ is being used to pay others before you. Situasi ini mungkin akan bertahan satu, dua atau tiga tahun, tetapi apa yang pasti ialah ianya akan berkubur juga apabila tiada ‘pelabur’ baru.(Cuma dalam program ini, mereka menyuruh peserta aqad bahawa duit yang dilaburkan adalah ‘derma ikhlas’).

  4. Kebanyakan pelabur skim PONZI akan berkata, “Cuba dulu, sikit saja. Belum cuba belum tahu.”

Penipuan dalam presentation Program Ekspress
Saya telah cuba mendapatkan presentation power point yang digunakan oleh mereka semasa memberi ‘ceramah’ tentang program ini. Dan mendapati banyak penipuan untuk mengaburi mata yang melihatnya.


  1. Mereka mengatakan syarikat tersebut telah beroperasi lebih daripada 3 tahun.
    Sedangkan boleh dilihat pula pada sijil pendaftaran syarikat tersebut yang menunjukkan syarikat tersebut beroperasi tidak sampai pun satu tahun setengah. Pelik, pelik.

  2. Mereka mengatakan tiada unsur ‘skim piramid’ dalam program tersebut.
    Sedangkan dalam beberapa slide seterusnya ditunjukkan pula gambar rajah ini. Terang-terang menunjukkan adanya unsur ‘skim piramid’. Terang dan nyata. (Kalau empay, swisscash dulu tidaklah begitu terang dan nyata seperti ini).

Ada satu slide mengatakan yang program ini dicipta oleh seorang bekas lecturer UIA yang kini bergelar dato’ yang mempunyai perniagaan dan pelaburan yang sangat luas termasuk pelancongan, kelapa sawit dan sebagainya.
Tetapi bila ditanyakan sudah disiasat atau belum si ‘Prof Datuk Dr Farid Ismail’ tersebut? Betulkah sudah sekaya itu?


Dan ada satu perkara yang agak membuatkan saya geli hati. Mereka mengambil satu ayat Robert T. Kiyosaki, “I want money, so I give money and it comes back in multiples.”
Memang Robert T. Kiyosaki ada mengajar tentang konsep menderma. Tetapi tidak pula dia mengajar konsep menderma dan kemudian meminta ‘derma simpati’ daripada orang lain.


Kesimpulan
Saya bukanlah seorang ustaz untuk mengatakan program ini halal atau haram. Sekadar mengambil pandangan Ustaz Zaharuddin jika betul mereka mahu menilainya dari sudut agama.
Saya juga bukanlah seorang pakar kewangan untuk mengatakan program ini menipu atau tidak. Sekadar mengambil pandangan Azizi Ali jika betul mereka yang menyertainya ingin menilai program ini dari sudut kewangan.
Dua hari lepas seorang kawan bertanya, “Kau tak takut ke tulis pasal program ni?” Saya tahu risikonya sebab kebanyakan yang masuk program ini pun merupakan kawan terdekat saya sendiri. Kalau saya takut, saya tak akan tulis mengenai baik buruk program ini. Sudah banyak kali saya cuba menerangkan kepada mereka, tetapi digelakkan sahaja. Samalah halnya dengan menyembelih ayam. Niat sudah dibaca betul dengan semuanya tertib. Tetapi cara atau bahagian yang disembelih itu salah. Halal atau haram untuk makan ayam tersebut?


P/s: Kalau betul-betul mahu tahu pemikiran Robert T. Kiyosaki, saya mengajak anda untuk mengikuti bengkel Cashflow 101. Saya sanggup deal dengan penganjur untuk mengenakan bayaran yang murah sahaja.

PIRAMID WANG POS oleh AZREE MH

# ARTIKEL INI DIAMBIL DENGAN IZIN DARI BLOG STUDIO MUSLIM #

Ada satu bentuk skim cepat kaya baru semakin hangat di UIA. Sampai pusat operasi ceramah mereka pun dibuat di salah sebuah kelas dalam masjid.

“Jom la masuk sekali, bukan banyak pun. Lagipun niat ikhlas nak men’derma’.” Ajak seorang kawan.

Beginilah saya huraikan sedikit skim tersebut yang dipanggil ‘Program Ekspres’. Caranya mudah sahaja, beli 5 keping wang pos berharga RM5 setiap satu. Dan setiap keping wang pos tersebut ditulis nama penerima yang ingin kita ‘derma’ mengikut senarai yang diberikan. Kemudian poskan wang tersebut ke syarikat X. Syarikat X lah yang akan menguruskan hal lain.
Selepas nama kita tersenarai di satu kertas lain pula, kita perlu cari orang baru untuk ‘derma’ supaya dia pula mendapat senarai nama baru yang ada namanya. Untuk menggalakkan orang ramai masuk program ini di UIA, maka tugasnya mudah sahaja - sms orang untuk datang ‘ceramah’ di masjid.

Selepas puas beberapa orang kawan saya nasihat supaya mengenal pasti betul-betul halal haram program tersebut, alasan mereka berikan senang sahaja. Kata mereka, dalam program tersebut mereka perlu mengucapkan aqad yang mengatakan duit itu hanyalah ‘derma’ ikhlas sahaja. Jadi, itu yang membuatkan program tersebut halal.

Halal ke haram?
Malah kata mereka, imam masjid pun dah turut serta dan beberapa lecturer syariah law(sebab dia budak law) pun dah menyertai dan kata hukumnya halal.
Apa yang saya lihat program tersebut tidak lebih hanya ‘money game‘ yang berlegar. Dan jelas ia tidak dibenarkan dalam Islam.
Apa pula pendapat anda?

Rabu, Januari 09, 2008

SALAM TAHUN BARU 1429H



PUNCAKKAN AZAM, SATUKAN TEKAD,

BERSAMA MEMANIFESTASI SPIRITUAL ISLAM DI 1429H


Jangan lupa baca Doa Akhir Thun dan Doa Awal Tahun ya...

Selasa, Januari 08, 2008

MELATAH PUN BOLEH DAPAT PAHALA!

Pernah dengar orang melatah? Sekarang ini, orang melatah tak kira tua atau muda. Cuma yang tak sedapnya apabila melatah dengan menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sedap didengar. Mungkin agak sukar untuk ubah tapi apa kata anda mencuba! (Jika anda melatah la)

Jika anda mahu melatah, cuba TUKAR dari perkataan-perkataan yang mencarut atau kurang sopan KEPADA untaian zikir. Contoh: Subhanallah Walhamdulillah Allahuakbar.
Cara terbaik nak ubah, mungkin buat permulaan, anda boleh biasakan lidah anda dengan mengucap berkali-kali perkataan zikrullah ini. Lama-lama pasti anda akan melatah pun dengsn zikrullah.

Kan senang nak tambah pahala. Sambil melatah pun boleh dapat pahala! Cubalah! Gerenti syok!

IKTIBAR BUAT SEMUA

Untaian kata cendikiawan:

Manusia sanggup menggadaikan masa depan mereka hanya semata-mata untuk keseronokkan beberapa ketika.

Sebelum melakukan sesuatu, fikirkan natijah yang bakal dihadapi pada akhir perkara yang ingin anda lakukan.
p/s: Moga apa yang berlaku menjadi pengajaran berguna buat semua.

Sabtu, Januari 05, 2008

BLOG INI BERUSIA 6 BULAN

Tanggal 9hb Januari 2008 ini, genaplah 6 bulan saya menulis di blog ini. Segala suka dan duka saya kongsikan bersama didalam blog kesayangan saya ini. Ada penulisan saya yang begitu santai, kadang-kadang 'panas' dan sebagainya. Namun, inilah saya. Saya hanya akan melontarkan apa yang saya rasa benar dan baik untuk dikongsi bersama. Saya tidak mahu menjadi hipokrit. Jika benar, benarlah saya kata. Jika salah, akan saya katakan salah. Tapi saya tahu, saya tidak dapat nak gembirakan hati semua pihak. Bukan semua tulisan saya senada dengan anda. Pun begitu, diharapkan segala pencanggahan pendapat ini hanyalah ibarat kepelbagaian warna bunga di dalam sebuah taman yang menyerikan taman itu bukan merosakkan taman itu.
Segala kritik, sumbang saran, cadangan mahupun idea untuk memperbaiki blog ini boleh anda kemukan kepada saya. Sebagai insan biasa, saya pun punyai banyak kelemahan. Dari blog ini, saya belajar dan terus belajar!

Selasa, Januari 01, 2008

JUARA NMI 2007 DI ANAK TIRIKAN?






Sekitar Festival Nasyid Kebangsaan 2007 yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 30.Disember 2007. Agak mendukacitakan apabila Juara Nasyid Minggu Ini 2007 turut 'diselitkan' sebagai acara sampingan. Seolah-olah Juara NMI 2007 sekadar program selingan yang tidak berprestij. Walhal, Juara NMI 2007 sepatutnya menjadi anugerah berprestij bagi RTM dan JAKIM untuk menghargai jasa dan pengorbanan penasyid yang telah bersama-sama menyampaikan dakwah. (Sekurang-kurangnya membantu JAKIM dalam kerja dakwah). Juara NMI 2007 juga memperlihatkan lagi cacatnya sebagai majlis anugerah apabila pemenang hanya menerima trofi sumbangan Sekretariat Anugerah Industri Nasyid (AIN) tanpa sebarang hadiah wang tunai. Manakala pemenang bagi Festival Nasyid Kebangsaan 2007 yang mencungkil bakat-bakat baru mendapat trofi, hadiah wang tunai beserta hadiah iringan yang cukup mengujakan. Adakah ini nasib penasyid-penasyid Malaysia? Takkan nak tunggu Media Prima buat anugerah nasyid baru RTM dan JAKIM akan terbuka matanya untuk mengangkat Juara NMI ke tahap anugerah berprestij?

SERONOK MEMILIKI DIARI



Selamat Tahun Baru 2008! Lembaran baru pun bermula. Sudahkah anda memiliki sebuah diari 2008 untuk catatan harian bagi tahun ini? Jika belum, pastikan anda mendapatkannya secepat mungkin. Rugi jika pengalaman pahit manis anda pada tahun ini tidak anda coretkan didalam diari. Sekurang-kurangnya, di akhir tahun nanti, anda boleh imbas kembali setiap detik kenangan yang anda lalui pada tahun tersebut (Kan seronok tu!). Anda juga boleh catatkan setiap kejayaan, kegagalan mahupun setiap aktiviti yang berlangsung pada tahun tersebut.

Tahukah anda, diari juga boleh menjadi bukti jika berlaku salah faham. Pada tahun 2007, saya tidak menghadirkan diri dalam kuliah atas sebab-sebab kesihatan. Saya gagal mendapatkan MC pada ketika itu. Apabila hujung semester, pensyarah saya pun menyoal selidik saya. Selepas teruk di 'provoke', akhirnya saya jadi celaru dan gagal untuk mengimbas kembali apa sebenarnya yang berlaku kepada saya pada waktu itu. Saya pohon kepada pensyarah saya untuk pulang ke hostel mengambil diari dan saya tunjukkan pada dia pada tarikh tersebut rupa-rupanya saya kena demam selesema. Dia menerima jawapan saya dan memuji atas disiplin saya dalam menulis diari.

Disamping itu, saya juga menyarankan anda memiliki sebuah diari kecil bersaiz poket untuk memudahkan anda mencatat setiap tugasan mahupun temujanji penting anda. Selalunya diari mini ini berharga RM2.00-RM4.00 sebuah. Memiliki diari mini ini mampu membuatkan anda kelihatan elegan dan penuh disiplin. Anda juga boleh catatkan tarikh lahir orang yang penting dalam hidup anda seperti ibu, ayah, adik beradik, isteri, suami mahupun sahabat karib anda. Dengan ini, anda akan membuatkan mereka berasa begitu dihargai apabila anda mengucapkan selamat hari lahir kepada mereka pada hari lahir mereka sebagai tanda ingatan anda kepada mereka. (Walaupun anda tidak menghafalnya. hanya mencatatnya di dalam diari mini!)

Apa tunggu lagi? Dapatkan segera diari 2008 anda sekarang!

p/s: saya tidak mempromosikan sebarang diari keluaran mana-mana syarikat. hanya sekadar saranan buat semua tanpa sebarang keuntungan peribadi. hehe