Halaman

Isnin, Februari 18, 2008

MAGNET DIRI UST AKHIL HAYY. BAJU PUN DAKWAH

Sabtu lepas saya berkunjung ke sebuah pameran kokurikulum di IPTA terkemuka negara. Di pameran tersebut, saya singgah di sebuah gerai untuk membeli donat yang sedang hangat di ibu kota terutama di Pavillion! Saya lihat seorang perempuan muda sedang sibuk melayani kerenah pelanggan-pelanggannya yang beratur panjang dari tadi. Saya dan rakan saya segera beratur kerana kami juga tidak mahu melepaskan peluang merasai sendiri donat yang popular dengan keenakkannya ini.

Apabila tiba giliran saya dan rakan, kami pun segera menunjuk donat yang menjadi pilihan kami. Namun, tatkala memandang tulisan yang tertera di t-shirt saya, perempuan muda tadi yang memakai tudung ala-ala 'mak datin' ini terus berpaling ke belakang dan membetulkan tudung dia. Rambut yang terjurai di dahi sudah tidak kelihatan lagi. Dengan senyum tersipu-sipu, perempuan tadi membungkus donat kami dan mengambil duit yang kami beri. Selepas memulangkan duit baki, kami beredar.

Rakan saya berkata, "Hebat penangan Ust Akhil Hayy ya. Tulisan nama dia pada baju pun boleh buat perempuan itu tersipu-sipu malu membetulkan tudung dia." Saya hanya tersenyum. Dalam hati, lepas ini saya kena beli beberapa helai baju t-shirt yang tertera nama AKHIL HAYY dan INTEAM dari Inteam Records Sdn Bhd. Baju pun dakwah!

p/s: Baju yang saya pakai waktu itu adalah t-shirt berwarna hitam dengan tulisan AKHIL HAYY. Nanti saya cuba letak gambar baju tersebut. Magnet Diri yang saya tulis adalah bersumberkan ilham tulisan Tuan Amin Idris.

Rabu, Februari 13, 2008

SELAMAT BERAKHLAK MULIA!

(Gambar Perdana Menteri Malaysia bersama Timbalannya ketika mengumumkan pembubaran Parlimen. Gambar sumber dari Utusan Online)


Parlimen telah dibubarkan berkuatkuasa pada hari ini.



Buat yang bakal bertanding dalam pilihan raya kali ini, Selamat Bertanding!

Kepada pengundi, laksanakan tanggungjawab anda dengan bijak dan berhemah. Undi anda mahal! Saya tak berpeluang mengundi kerana bulan Ogos tahun ini baru umur saya mencecah 21 tahun.

Kepada sahabat-sahabatku dan mentor-mentorku yang berada di dalam Barisan Nasional dan Barisan Alternatif, teruskan misi perjuangan kalian. Biar berbeza pendapat, asalkan kalian bersatu pada perkara-perkara yang membawa kebaikan kepada Ummah dan Islam.

BERSATU PADA KUASA UMMAH!

MASA ITU SUBJEKTIF


Kata guru saya, masa itu sesuatu yang subjektif. Sewaktu saya kecil, 1 jam diperuntukkan untuk belajar dianggap terlalu lama jika nak dibandingkan dengan 1 jam diperuntukkan untuk bermain bersama kawan-kawan. Di universiti, 3 jam waktu peperiksaan dianggap terlalu singkat berbanding 3 jam waktu belajar didalam kuliah yang dianggap lama 'giler'.

Mungkin ada benarnya kata-kata pensyarah saya, Prof Madya Syed Ahmad Shihabuddin Abdurrahman Al-Sagoff, masa itu ada barakahnya. Ada orang hidup berpuluh-puluh tahun tapi apabila dilihat sumbangannya kepada Islam atau masyarakat, masih terlalu sedikit. Ada orang hidup tidak terlalu lama namun jasa dan sumbangannya kepada Islam dan masyarakatnya amatlah besar ibarat dia hidup 100 tahun. (Imam Syafie, Ibnu Sina dan ramai lagi.)

Jom sertai saya mencari keberkatan masa!


p/s: Artikel ini sebenarnya adalah cetusan penghargaan saya buat Sifu PTS, Pn Ainon Muhd yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-58. Besar jasanya kepada Islam dan negara terutama dalam usaha memandaikan masyarakat. Layari Universiti PTS untuk kuliah bersama Sifu PTS.

SELF SPONSORED STUDENT

Mulai hari ini, saya bukan lagi pelajar UIAM yang mendapat pinjaman pendidikan PTPTN. Saya kini pelajar UIAM yang membiayai sendiri kos pengajian saya. (Self sponsored student)

Saya tidak mahu lagi bercerita tentang kisah duka saya menanti pinjaman PTPTN dari semester satu hinggalah kini. Saya tidak mahu lagi 'memanjat' bangunan PTPTN di Wisma Chase Perdana, Damansara Height untuk melayani kerenah birokrasi terlampau PTPTN.

Saya terpaksa lupakan sementara hasrat untuk memiliki sebuah laptop dalam masa terdekat ini. Saya akan gunakan duit tabungan saya (untuk beli laptop) itu untuk langsaikan yuran pengajian semester 1 dan 2 saya. Tanpa PTPTN, saya masih boleh hidup dan meneruskan pengajian saya di UIAM dalam bidang Undang-undang!

Hidup Husaini! (Nak sedapkan hati)


p/s: Perjuangan yang lebih serius sudahpun bermula!

Isnin, Februari 04, 2008

BENGKEL UNTUK TRAINER oleh OSMAN AFFAN

Semalam, saya berpeluang menyertai Bengkel Untuk Trainer yang dianjurkan oleh Saudara Osman Affan. Saya agak teruja untuk hadir ke bengkel tersebut kerana ia disampaikan oleh Saudara Osman Affan yang merupakan antara 'mentor tidak rasmi' saya dalam bidang motivasi dan training. Bengkel juga dihadiri oleh ramai penulis-penulis buku PTS yang berkaliber seperti Zamri Mohamad, Shamsuddin Kadir, Amin Idris (ini seorang lagi 'mentor tidak rasmi' saya!) dan lain-lain yang tidak dapat saya nyatakan disini. Daripada bengkel tersebut, dapat saya simpulkan 3 topik utama yang disentuh oleh Saudara Osman Affan.
  1. The Presentation. Bagaimana untuk menghasilkan 'presentation' yang terbaik dan menarik dari segi isi, susun atur isi dan seni penyampaian menurut Saudara Osman Affan.
  2. The Presenter. Teori dan praktikal menarik untuk menjadi 'trainer' yang terbaik. Kami diajar cara untuk mengawal rasa takut dan gementar apabila berhadapan dengan audiens yang ramai, teknik lontaran suara (macam penyanyi pula rasanya! hehe) dan bahasa badan (Body language) yang sesuai untuk seorang trainer.
  3. Power Point. Cara-cara untuk menghasilkan powerpoint yang menarik dan berkesan.

Alhamdulillah, saya perolehi banyak ilmu baru dari bengkel yang dianjurkan Saudara Osman Affan. Peserta yang hadir juga banyak berkongsi pengalaman yang mereka ada serta idea-idea baru yang menarik untuk manfaat bersama. Dari sini, semangat saya semakin kuat. Jiwa saya semakin kental untuk menghadapi pelbagai dugaan atau cabaran yang bakal saya harungi kelak. Yang paling penting, saya semakin berkeyakinan! Terima kasih Saudara Osman Affan atas segala tunjuk ajar. Terima kasih buat peserta-peserta bengkel yang sudi berkongsi pengalaman dan pendapat. Kredit untuk kalian!

Sabtu, Februari 02, 2008

SENDIRI

Sesekali, luangkanlah waktu untuk bersendiri. Supaya kita jauh dari kesibukan dunia. Keluar dari kepompong masa yang sering membelenggu. Carilah diri dan lihatlah ia sedalamnya. Apa yang mengembirakan manusia di sekelilingmu. Juga yang menjelekkan pandangan manusia pada dirimu. Yang pasti, bagaimanakah gerangan dirimu nanti di hadapan Ilahi?