Halaman

Sabtu, Jun 14, 2008

NASYID NOSTALGIA MEMORI THE ZIKR


JUDUL : NASYID NOSTALGIA MEMORI THE ZIKR
ARTIS : NAZREY JOHANI
TERBITAN : INTEAM RECORDS SDN BHD
HARGA : CD RM 24.90. KASET RM 15.90.

Sebuah album yang cukup menarik untuk anda miliki! Secara peribadi, album yang dirakam semula dengan susunan muzik yang segar ini, menampilkan 10 track lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid The Zikr. Lagu-lagu yang mendayu dan mendamaikan ini merupakan alunan suara gemersik Nazrey Johani yang tampil solo setelah meninggalkan kumpulan Raihan. Kulit album yang begitu menarik dan susun atur lagu di dalam album yang begitu tersusun mampu membawa anda menyusuri memori gemilang The Zikr suatu masa dahulu. Antara lagu-lagu menarik pilihan saya dalam album ini adalah Air Mata Keinsafan, Perantau, Harapan PadaMu Subur Kembali, Tak Seindah Sentuhan Mata, Mengemis Kasih dan Antara Dua Cinta. Lagu-lagu lain yang turut dimuatkan dalam album ini adalah Secerah Pawana, Wahai Kaum Muslimin, Isteri Solehah dan Wahai Kekasih. Tidak keterlaluan bagi saya menyatakan inilah album projek terbaik keluaran Inteam Records Sdn Bhd setakat ini. Tahniah kepada Nazrey Johani dan semua yang terlibat dalam menjayakan album ini.

Saya bagi 5 bintang untuk album ini.

p/s: Saya ada menjual album-album keluaran Inteam Records Sdn Bhd. Jika anda berminat untuk mendapatkannya, sila berhubung dengan saya. Terima kasih.

Selasa, Jun 03, 2008

THE POWER OF IMAGINATION


Menurut kajian sekumpulan saintis barat, sistem neuron manusia gagal untuk membezakan diantara imaginasi dan realiti. Seorang lelaki berusia 50an yang aktif bekerja tiba-tiba diserang strok. Doktor yang merawat mengesahkan bahawa beliau akan lumpuh seluruh badan untuk seumur hidup. Lelaki ini tidak mempercayai kata-kata doktor tersebut. Setiap hari beliau membayangkan yang beliau kembali menjalani kehidupan normalnya seperti bekerja, berjalan-jalan dan sebagainya. Tidak sampai setahun, lelaki ini telah berjaya menjalani kehidupan normalnya dan dia kini telah sembuh dari penyakit stroknya! Doktor yang merawat beliau menyifatkan kejadian ini sebagai satu yang ajaib!

"You are what you think"



Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh!

P/s: Mulai hari ini, gambarkan kejayaan-kejayaan yang ingin anda kecapi dalam hidup anda dan berusahalah untuk mencapainya! Jangan angan-angan Mat Jenin.