Halaman

Sabtu, September 20, 2008

PROJEK TERKINI


Saya sebenarnya dalam proses menyiapkan satu projek yang boleh saya sifatkan sebagai 'projek mega' untuk syarikat saya dan rakan. 70% telah siap. InsyaALLAH, kami sedang berusaha kuat untuk siapkan projek ini sebelum Syawal. Beberapa perancangan untuk projek-projek akan datang telah saya kenal pasti dan teliti. Saya pohon doa kalian semua agar projek ini berjaya diusahakan dengan jayanya. Moga niat kami untuk memperkasakan ekonomi Islam akan termakbul.

Saya berdoa, memohon agar ALLAH jadikan setiap orang Muslim yang menceburi bidang bisnes menjadi hartawan yang dermawan seperti Abd Rahman Bin Auf dan warak seperti Saidina Abu Bakar As-siddiq.

BERSAMA MEMPERKASAKAN EKONOMI ISLAM

Khamis, September 18, 2008

ALAHAI KAD RAYA

" Mana main kad raya dah... Sekarang ini SMS atau email sahaja".
" Kad raya ini ketinggalan zaman la... Rugi duit sahaja. Email dan SMS lagi murah"

Ayat diatas adalah antara ayat yang saya terima apabila bercadang mahu membeli kad raya di Medan Mara pada hari Rabu lepas. nak sedapkan hati, biarlah orang nak kata apa pun. Yang penting, niat saya nak balas kad raya yang telah dihantar oleh kawan-kawan saya dan juga menghantar kad raya kepada guru-guru saya tercapai!

Kad raya ini ada nilai sentimental. Nilai untuk menghargai dan terasa dihargai. SMS dan email boleh padam bila-bila masa. Kad raya ini boleh dipegang, ditatap tanpa perlu bayar duit elektrik komputer dan internet. Saya seorang yang begitu menghargai setiap kad raya yang dihantar kepada saya. Saya sedaya upaya akan cuba membalas kad-kad tersebut. Mungkin itu amalan tradisi saya sejak dari sekolah rendah lagi. Alhamdulillah, tahun ini saya dapat lebih 40 keping kad raya dari rakan-rakan saya. Ada yang dari sekolah rendah, sekolah menengah dan tak kurang juga dari jiran sebelah rumah. Agen Insuran Etiqa takaful saya pun rasanya akan hantar kad raya pada tahun ini berdasarkan rekod tahun-tahun lepas yang tidak pernah ketinggalan menghantar kad raya kepada saya.

Kepada yang telah menghantar kad raya kepada saya. ucapan penghargaan saya tujukan khas buat kalian. Tunggu kad raya saya sampai di peti surat rumah anda pula!

p/s: Nasihat buat teman-teman dan juga kepada diri saya sendiri, jangan terlalu ghairah menyambut Aidil Fitri kerana kita masih di Bulan Barokah yang mulia ini. Rebutlah peluang yang ada dengan menambahkan lagi amalan kita di penghujung Ramadhan 1429H kerana belum tentu kita berpeluang berjumpa dengan Ramadhan 1430H.

INDAHNYA RAMADHAN 2

Ini dia kuih yang paling popular di bazar Ramadhan. Pergilah mana-mana pun bazar ramadhan, kuih wajib ini pasti ada. Nama kuih ini pun berbeza mengikut tempat. Ada yang panggil Kuih Tako, Kuih Tepung Bungkus dan Kuih Tepung Pelita. Saya? saya panggil Kuih Tepung Pelita.

Apa pun jua nama kuih ini, yang penting kuih ini dinikmati bukan saja Umat Islam yang berpuasa, malah ia turut dinikmati oleh penganut agama lain.

Saya sempat membantu seorang lelaki berbangsa Inggeris membeli kuih muih tempatan di Ampang Park. Pada waktu itu, saya baru selesai berurusan di Tabung Haji. Saya lihat penjual terpinga-pinga apabila berhadapan dengan pelancong Inggeris itu. Saya hampiri pelancong itu dan berkomunikasi dengan dia. Rupa-rupanya, dia teringin nak rasa juadah makanan tempatan yang dijual oleh penjual itu. Maka saya 'recommend' kepada pelancong itu beberapa jenis kuih yang lazat dan sesuai dinikmati oleh pelancong tersebut. (pelancong ini tak suka makanan berempah). Dalam banyak-banyak kuih, kuih Tepung Pelita ini la yang paling digemari lelaki Inggeris tersebut. Saya tersenyum. Sebelum beredar, saya bagi kad nama saya supaya kelak jika dia menghadapi sebarang kesulitan di Malaysia, dia boleh berhubung dengan saya.

Jumaat, September 12, 2008

TAG!

Saya kena 'TAG'! Raihan Mustafa Kamal merupakan sahabat baik saya di UIA. Memandangkan dia yang 'TAG' saya, nak tak nak saya terima sahaja. Sebab apa? Sebab dia kan kawan baik saya.... hehe


TAG

Question 1: What were you doing 5 years ago?

Answer: Pada bulan September 2003, saya sedang sibuk dengan peperiksaan percubaan Thanawi.


Question 2: What are the 5 things on your to-do list today?

Answer:
  1. Pergi kelas tutorial ganti.
  2. Berurusan dengan MARA di Medan MARA, Jalan Raja laut selepas solat Jumaat.
  3. Siapkan kertas kerja program di Pagoh, Johor.
  4. Cari maklumat tambahan untuk laman web syarikat.
  5. Berbuka puasa di UM.

Question 3: What are the 5 snacks that you enjoy?
  1. Fruits. (Of course)
  2. Biskut Oreo
  3. Chocolate bar
  4. Keropok Cheesy Cheese
  5. Biskut tawar dengan orange marmalade.

Question 4: What are the 5 things that you would do if you were a billionaire?
  1. Do investment!
  2. Beli rumah-rumah untuk disewakan.
  3. Perkara-perkara Islami (bawa keluarga pergi Haji, infaq untuk Islam)
  4. Lebarkan sayap bisnes menjadi empayar bisnes Islam terhebat di DUNIA!
  5. Beli Malaysia!

Question 5: What are the 5 jobs you've had?
  1. Guru ganti sekolah rendah
  2. Fasilitator dan motivator.
  3. Eksekutif Kewangan di Imtiyaz Edutainment
  4. Peniaga dari pintu ke pintu. (jual petai, air soya, pisang goreng sewaktu kecil)
  5. Pengarah Eksekutif Zafran Management

OK...finally the 5 lucky people that hopefully will continue this tag:

  1. Kak Aini Amin
  2. 'Abid UIA
  3. Nabil Afham
  4. Nadirah KTI
  5. Amirah Azman

Selasa, September 09, 2008

INDAHNYA RAMADHAN 1


Hebatnya Ramadhan…

· Orang yang jarang bangun awal pagi pun akan bangun pagi untuk bersahur. [dah bangun awal pagi, teruslah solat Subuh. Jangan sambung buat tahi mata…hehe]

· Orang yang jarang berniaga pun akan mula berniaga. Paling tidak, jual kuih raya ataupun bubur lambuk. [Orang jenis ini hanya berniaga di bulan Ramadhan sahaja. Habis sahaja ramadhan, maka habislah perniagaan dia. Tutup]

· Orang yang tak tahu waktu solat Maghrib pun secara automatik akan tahu waktu solat Maghrib. [sebab nak cepat berbuka puasa]

· Kurma yang sebelum ini kurang laku di pasaran menjadi laris apabila tiba bulan barokah ini.

· Orang berlumba-lumba mengikut sunnah. [bila berbuka, ramai yang akan menjamah kurma terlebih dahulu. Katanya ingin mengikut sunnah, Alhamdulillah]

· Orang yang jarang datang masjid pun akan mula kelihatan di masjid. [sama ada kes nak makan percuma mahupun kes nak solat terawikh sahaja. Bagi kes solat terawikh, jangan awal bulan sahaja semangat…]

· Orang yang jarang solat pun akan solat walaupun hanya solat terawikh dan bukan solat fardu! [mungkin ia satu permulaan baik ke arah melazimkan amalan solat dalam kehidupan. Namun, adalah lebih afdhal diutamakan solat fardu. Alang-alang dah ada rasa nak bersolat, takkan nak solat sunat je beb!]

· Kuih muih yang jarang orang buat pun akan mudah dilihat di bazaar Ramadhan. [buat pengunjung bazaar terliur sahaja dan rambang mata bila tengok kuih muih yang beraneka jenis]

· Kalau sebelum ini jarang dapat rasa masakan jiran, bila masuk Ramadhan, jiran kiri, kanan depan belakang bertukar-tukar juadah dengan kita. [pergh… inilah suasana yang paling seronok sekali]

· Amalan sedekah menjadi tradisi di bulan mulia ini walaupun sebelum ini rasa berat nak bersedekah.

· Jadual anak-anak yatim jadi padat dipenuhi dengan undangan Majlis Berbuka Puasa di hotel sana sini. [Alhamdulillah, syukur sangat bila lihat mereka diraikan]

· Orang yang tak pernah bayar zakat pun akan bayar zakat! [tapi zakat fitrah je la…]

· Dan banyak lagi…… anda sendiri melihat dan merasai perubahan yang berlaku di sekeliling anda bukan? Syukur kepada Allah SWT kerana menemukan kita dengan bulan yang cukup barokah, penuh rahmah dan maghfirah. Allahu akram!

SEBUAH PERINGATAN DARI MIMPI


Malam tadi saya mimpikan sesuatu yang buruk berlaku kepada rakan saya sewaktu di sekolah rendah, A. Dia merupakan rakan baik saya sewaktu di sekolah rendah. Sejurus terjaga sahaja dari mimpi, saya terus menghantar mesej dalam bentuk sms kepada dua orang rakan yang rapat dengan A untuk mendapatkan nombor telefon A. Ketika sedang bersahur, saya menerima mesej nombor telefon A dari rakan saya. Apa lagi, saya terus hantar mesej kepada dia bertanya khabar. Mesej pertama tidak berbalas menyebabkan hati saya semakin gundah gulana kerana risaukan diri rakan saya, A. Akhirnya mesej kedua saya berbalas. Tuhan sahaja yang tahu betapa gembira dan leganya hati saya apabila rakan saya tadi berada dalam keadaan sihat dan tiada sebarang perkara buruk berlaku ke atas dia. Saya syukur.

Selesai menunaikan solat Subuh, saya termangu seketika mengenangkan apa yang berlaku pada awal pagi ini. Sebenarnya, mimpi yang saya alami hanyalah sebagai satu peringatan daripada Allah SWT supaya saya menghargai semua sahabat-sahabat saya. Sebelum ini, persahabatan saya dengan si A boleh dikatakan terputus dek geografi alam. Saya di Kuala Lumpur manakala dia di Kuala Kangsar. Nombor telefon dia pula saya tak simpan. Takdir Tuhan, pagi ini kami mesra berbual. Maklumlah, sudah terlalu lama tidak berhubung. Terasa kemanisan sebuah ukhwah yang telah terjalin sekian lama. Alhamdulillah.

Mungkin agak sukar untuk saya berhubung setiap hari dengan semua rakan-rakan saya. Namun, walau dimana jua kalian berada, dekat mahupun jauh, kalian akan sentiasa berada dalam setiap doa-doa yang saya titipkan kepada Allah SWT. Niat saya bersahabat dengan kalian semua kerana Allah SWT. Bertemu dan berpisah kita kerana Allah SWT. Moga dengan kemanisan ukhwah ini, ianya menjadi mahabbah yang mengikat hati-hati kita untuk mencapai matlamat yang satu, mardhatillah.

To all my friends, you are always in my heart.