
Bapa Suhaib, tahanan ISA-7 tahun, masih dikurung di Kem Kamunting.
" Do you know something? " tanyaku pada anak tunggalku sebaik saja beliau pulang dari bermain Futsal.
" Ohhh... tentang Najib bebaskan tahanan ISA?..... ada ramai orang sms tanya hal tu... tapi malas nak jawab" jawab beliau.
"So sorry to say, Abah is not in the list of thirteen released..." kataku perlahan.
"Tak apa! Kita dah biasa dengar berita macam tu... kan?" jawab beliau tanpa memandangku, namun beg berisi kasut untuk bermain Futsal tadi, di hempas agak kuat ke lantai.
"Are you okay? Marah ke?" tak tahu kenapa bertanya soalan "bodoh" itu dan cepat-cepat menukar tajuk perbincangan kami.
Saat-saat indah berdua-duaan seperti gambar diatas antara seorang anak dan ayah tidak di nikmati oleh Suhaib. Sejak berusia lapan tahun, beliau membesar dari seorang kanak-kanak kepada remaja tanpa bimbingan seorang bapa, walaupun bapa beliau masih hidup dan sihat wal afiat!!!
Aku cukup memahami beratnya bebanan perasaan ini, namun tidak dapat membayangkan mahupun merasakan bagaimanakah penderitaan jiwa Suhaib yang terpaksa memikul segala-galanya bersendirian. Seorang ibu, adalah seorang ibu. Suhaib tetap perlukan seorang bapa.... bukan bapa angkat atau bapa tiri, tetapi bapa kandungnya sendiri.
Aku tidak dapat memahami sepenuhnya perasaan Suhaib kerana tidak pernah mengalami keadaan sepertimana yang sedang di lalui oleh Suhaib kini....
Bagi sesebuah keluarga yang normal, tiada istimewanya dengan gambar seperti diatas kerana mereka boleh melakukannya setiap hari. Namun, inilah realitinya bagi mangsa ISA seperti Suhaib, terpaksa mencuri-curi peluang hanya untuk makan bersama seperti ini. Peluang ini mungkin datangnya hanya sekali dalam setahun atau mungkin tiada langsung.
Ini adalah realiti kehidupan mangsa ISA seperti Suhaib dan bapanya. Dan yang paling menyiksakan perasaan Suhaib ialah ketika ada pengumuman pembebasan tahanan ISA, tetapi nama bapanya tiada dalam senarai mereka yang dibebaskan.......
P/s: Suhaib merupakan bekas murid saya sewaktu saya menjadi Guru Ganti di Sek Ren Islam Al-Amin, Kuala Lumpur. Bapa Suhaib, Mat Sah Bin Mohd Satray yang ditahan pada April 2002 masih di kurung di Kem Kamunting. nama beliau tiada dalam senarai yang diumum bebas oleh PM Najib semalam. Ya ALLAH, kuatkan hati-hati mereka menghadapi ujian duniaMu ini.





0 comments:
Catat Ulasan