Cuba teka, perkataan yang mana salah eja?
Mungkin niat baik- untuk memartabatkan tulisan Jawi yang satu ketika dahulu cuba 'dipupuskan' oleh mereka sendiri. Tetapi, janganlah tunjukkan sangat yang ahli UMNO tidak pandai menulis Jawi!
Bukankah Kementerian Pelajaran mempunyai guru-guru J-QAF yang mahir lagi pakar dalam tulisan Jawi? Di sini, jelas betapa pentingnya Tulisan Jawi itu kepada masyarakat Melayu Islam di Malaysia. Tulisan Jawi mendekatkan masyarakat dengan bahasa Arab. Ia juga membantu masyarakat menyebut makhraj huruf dengan betul. Ia juga lambang kemelayuan yang UMNO agung-agungkan.
Tahniah Tun Pak Lah atas dasar J-QAF yang diperkenalkan. (Sempena mengenang Tun Pak Lah)
Foto ihsan dari CINA MUSLIM.






0 comments:
Catat Ulasan