Halaman

Selasa, Mac 31, 2009

KEMALANGAN


Pada jam 1.05 petang, ketika saya sedang memandu kereta menuju ke rumah mak cik saya, seorang pelajar sekolah menengah yang sedang menunggang motorsikal telah merempuh kereta yang sedang saya pandu. Kenapa saya kata merempuh? Sebab pelajar sekolah ini memecut dengan laju motorsikalnya tanpa memakai topi keledar dan akhirnya dia hilang kawalan dan memasuki jalan yang bertentangan dan melanggar kereta saya. Bumper kereta rosak teruk. 

Pada awal kejadian, saya agak kaget, risaukan kondisi pelajar tersebut. Muka pelajar itu memang pucat ketakutan. Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu segera mengerumuni kami dan memarahi pelajar tersebut kerana memecut laju. Kesian juga dengan pelajar ini. Setiap manusia tidak pernah terlepas dari membuat kesilapan terutama tika usia remaja. Nafsu untuk memecut laju ketika memandu kenderaan memang hanya ALLAH sahaja yang tahu. 

Saya segera meminta pelajar tersebut menghubungi ibu bapanya. Pada mulanya, dia enggan dan cuba berdalih dengan memberi pelbagai alasan. Akhirnya setelah didesak, dia menghubungi ibunya. Ibunya enggan untuk datang dan meminta abang pelajar tersebut untuk datang ke tempat kejadian. Abang pelajar tersebut berjanji untuk membayar ganti rugi. Kereta dihantar ke bengkel untuk dibaiki.

Abang pelajar tersebut meminta maaf kepada saya. Saya memaafkan pelajar tersebut sambil berpesan agar tidak menunggang motorsikal dengan laju di masa akan datang. Niat saya apabila memanggil penjaga pelajar ini bukan untuk mendapatkan ganti rugi semata-mata tetapi yang lebih utama ingin memberi pengajaran yang berguna kepada pelajar ini. Sewaktu saya di sekolah menengah dahulu, saya juga pernah menunggang motorsikal tanpa lesen. Sejak disaman oleh pihak polis, saya serik untuk menunggang motorsikal sehinggalah saya mendapat lesen memandu saya pada tahun 2005! =)

Sabtu, Mac 28, 2009

EARTH HOUR PUNYA HAL


Saya mempunyai pengalaman buruk dengan EARTH HOUR. Pada malam tersebut, saya terlibat dengan sebuah program motivasi para nuqaba' yang mana saya telah dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan sedikit pengisian berkenaan dengan Usrah. Slot saya akan bermula selepas solat Isyak. Segala persiapan power point telah pun selesai dan hanya perlu sedikit sentuhan akhir. Ketika idea mencurah-curah datang, tangan pula sedang laju menaip baris demi baris isi-isi penting, tiba-tiba bilik saya gelap! Black out! 

Saya segera keluar dari bilik untuk melihat keadaan diluar bilik. Satu asrama gelap. Dengan penuh gembira, seorang lelaki muncul dari bilik elektrik sambil berkata, "Kita menyahut seruan dunia menyokong EARTH HOUR". Geram saya bukan kepalang. Tidak lama kemudian, elektrik kembali dibuka. Fail power point saya hilang. Fail recovered pun tiada. Saya pasrah dan redha. 

Slot saya berjalan seperti biasa tanpa power point. Tidak mengapa, powerpoint itu bukan 'tongkat' saya. Ia tidak lebih sekadar penambah ceria bagi saya, ibarat 'penambah perisa' dalam makanan. 

Khamis, Mac 26, 2009

KTI GEMPUR KL SENTRAL

AJK Muslimin yang bertugas. Berdiri dari kiri: Hangguk The Return, Qayyum Dainuri, Husaini dan Ikmal. Duduk dari kiri: Mazri dan Safa.

Aku dan Safa.


Muslimat yang aktif memainkan peranan.


Inteam Reunited ketika sesi fotografi dan autografi bersama peminat.



Isteri Suhaimi juga hadir bagi memeriahkan promosi album Inteam Reunited di KL Sentral.

Nama program : Inteam Reunited Meet The Fans @ KL Sentral.
Tarikh : 22 Mac 2009
Tempat : KL Sentral

Sabtu, Mac 21, 2009

JATUH CINTA!


Saya sengaja letak gambar telefon bimbit ini, Sony Ericsson K850i. Jatuh cinta? Mungkin...

Tapi cinta itu tidak semestinya memiliki.

Bila cinta dilafaz, ia bukan bererti kita harus memilikinya...

Kadang-kadang cinta itu cukup sekadar meminati, memerhati dan merindui.

Cinta oh cinta...

Mungkin aku sedang mabuk cinta!

Cinta dengan SE K850i....... =)

Khamis, Mac 12, 2009

CERAMAH MAULID NABI UST NABIL FAR EAST HARI INI DI UIA!!!


CERAMAH MAULID NABI
"MALU RASANYA MENGATAKAN CINTA"
Oleh USTAZ NABIL AHMAD (FAR EAST)
Tarikh : 12 MAC 2009
Masa : 8.30pm - 11.00pm
Tempat : Main Auditorium UIAM, Gombak.
Penampilan Khas INTEAM REUNITED
Anjuran : Law Society, Ahmad Ibrahim Kulliyyah Of Law (AIKOL), UIAM.
ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR.
TOLONG SEBARKAN.
PROGRAM INI ADALAH BERSEMPENA SAMBUTAN MAULID NABI ANJURAN LAW SOCIETY DAN MAHALLAH SAFIYYAH.

Selasa, Mac 10, 2009

KATA PUJANGGA 2



Watch your thoughts, they become words...

Watch your words, they become actions...

Watch your actions, they become habits...

Watch your habits, they become character...


WATCH YOUR CHARACTER, FOR IT BECOMES YOUR DESTINY!

Jumaat, Mac 06, 2009

QASIDAH OLEH DATUK HJ HASSAN AZHARI DAN KUMPULAN



Malam Amal Maulidur Rasul

Tarikh : 9 MAC 2009

Masa : 8.30pm - 11.00pm

Tempat : Auditorium Utama KAED, UIAM.

Persembahan khas oleh Datuk Haji Hassan Hj Azhari dan kumpulan beserta Kumpulan Syababul Islam.

PROGRAM INI ADALAH BERSEMPENA SAMBUTAN MAULID NABI ANJURAN LAW SOCIETY UIAM DAN MAHALLAH SAFIYYAH.

Khamis, Mac 05, 2009

PILDACIL DI UIAM ISNIN INI 9.3.2009


PROGRAM PILDACIL
(Pilihan Daei Kecil)
Tarikh : 9 Mac 2009
Masa : 8.00am - 4.30pm
Tempat : Mini Auditorium UIAM
Mari saksikan sulaman ayat dakwah yang datang dari bibir kanak-kanak yang bergelar daei kecil. Sama-sama meriahkan program yang cukup menarik ini.
PROGRAM INI BERSEMPENA SAMBUTAN MAULID NABI ANJURAN LAW SOCIETY UIAM DAN MAHALLAH SAFIYYAH.