Selasa, Disember 29, 2009
Isnin, Disember 28, 2009
Ahad, Disember 27, 2009
WALIMAH ZAIM SRC
(Husaini dengan My Girl sukar dipisahkan...)
Hari ini, saya menghadiri majlis perkahwinan sahabat saya, roomate saya yang juga Ahli MPP UIA (SRC UIA), Saudara Hairulza'im. Mereka sebenarnya telah pun bernikah pada bulan Ogos 2009, cuma majlisnya dibuat hari ini supaya lebih meriah dengan kehadiran sahabat handai dan saudara mara.
Ramai tetamu yang hadir. Makanan yang dihidangkan juga cukup enak. Menurut Zaim, hidangan ini dimasak secara bergotong-royong dengan menggunakan kayu api oleh penduduk Taman Satria, Senawang, Negeri Sembilan. Meriah betul!
Deejay yang bertugas, Saudara Huzaifah turut merancakkan lagi suasana majlis dengan celoteh santai tetapi berilmiah beserta selingan lagu-lagu nasyid yang mewarnai majlis perkahwinan Zaim.
Selamat Pengantin Baharu Zaim dan Fatimatun!
Jumaat, Disember 25, 2009
ADIK HAZMIRUL AEMAN DALAM KENANGAN

Saya dengan ini menzahirkan lafaz takziah saya kepada keluarga Tuan Hasrul diatas pemergian anakanda tercinta, Allahyarham Adik Muhammad Hazmirul B Hasrul yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam 23.Disember.2009 akibat sesak nafas.
Saya berdoa semoga allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan bertaqwa.
ameen.
-Husaini Hussein-
Saya berdoa semoga allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan bertaqwa.
ameen.
-Husaini Hussein-
Ahad, Disember 20, 2009
Isnin, Disember 14, 2009
PEMBUBARAN SAF KEPIMPINAN KTI 2009
Dengan lafaz Bismillah, saya dengan ini mengumumkan pembubaran Saf Kepimpinan KTI 2009 berkuatkuasa pada hari ini, 14.Disember.2009 bersamaan 26 Zulhijjah 1430H.Pembubaran ini bagi melengkapkan lagi proses Pilihanraya Umum KTI 2009 supaya ianya dapat dijalankan dengan bebas, adil dan tanpa sebarang pengaruh daripada mana-mana pihak.
Kami di Saf Kepimpinan KTI 2009 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli KTI yang sudi memberi kerjasama, memberi sokongan, kritik saran, cadangan dan idea sepanjang tempoh perkhidmatan kami. Kami juga ingin melahirkan ucapan penghargaan kami kepada pihak Inteam Records Sdn Bhd di atas kepercayaan yang telah diberikan kepada kami. Tidak dilupakan, semua pihak yang terlibat dalam menjayakan semua program anjuran Komuniti Teman Inteam (KTI) bagi tahun 2009.
Sebagai manusia biasa, kami juga ingin memohon maaf atas segala salah silap, kenakalan bicara, terlepas pandang dan segalanya yang telah mengguris hati dan perasaan anda semua. Segala salah silap mohon dimaafi.
Kami berdoa semoga Saf Kepimpinan KTI 2010 akan lebih berperanan efektif dalam memacu KTI ke arah kecemerlangan!
SAF KEPIMPINAN KTI 2009
(abuafham, musaza, tulipsakura, bingkisanurani, ainur87, yeopmi, rosma, sutera, silantra, radziah, mujahidislah, ikmal, hanggukthereturn, myinteam, wahyuni, ikiaz, Aliff, faeyzall, ratusyahadah dan f_niesa)
Rabu, Disember 09, 2009
Selasa, Disember 08, 2009
BANJIR OH BANJIR
Suasana banjir di kampung saya beberapa hari selepas Raya Haji. Nasib baik 8 ekor lembu korban telah selamat dikorbankan. InsyaALLAH ada hikmah disebaliknya.
Sedikit sebanyak, kejadian ini merapatkan lagi hubungan kekeluargaan kami bila sama-sama bergotong royong berpadu tenaga membersihkan rumah. =)
Langgan:
Catatan (Atom)



