Selasa, Oktober 18, 2011

Facial Party Bersama Kak Tim

 Dari kiri: Joel, Fizi, Miss X (sebab tak ingat nama) dan saya.

 Bergambar dengan para peserta Facial Party.

Alhamdulillah, baru-baru ini saya menyertai Facial Party yang dianjurkan oleh Kak Tim and da gang! Facial Party ini telah diadakan di My Nutrition Garden di Taman Melawati. Untuk pengetahuan semua, Facial Party ini diadakan secara berkala pada setiap hari Sabtu oleh My Nutrition Garden. (Siapa yang nak hadir, boleh hubungi saya untuk 'book' tempat. It's free of charge!)

Kak Tim dan Kak Zila yang merupakan pemilik My Nutrition Garden begitu sporting melayan kerenah kami. Sambil buat facial treatment secara free, saya dapat berkenalan dengan ramai kenalan baru seperti Fizi yang bekerja di Bank Rakyat, Joel yang merupakan pelajar UTAR dan beberapa orang baru yang terlupa nama. (Eh, kata berkenalan dengan ramai kenalan, tetapi boleh lupa plak! Ish3)

Menariknya, selepas menjalani facial treatment ini, ada perubahan ketara pada bahagian kiri muka saya. (Almaklumlah, pakai separuh muka sahaja! huhu). InshaALLAH, kalau ada rezeki lebih, saya cadang nak beli produk tersebut. Harga memang berpatutan berdasarkan kandungan produk yang berasaskan herba. 

Sabtu ini, saya bercadang untuk buat facial lagi sebelum ke HIMPUN. =)

Apa pun, terima kasih Kak Tim, Kak Zila dan semua! Anda semua memang 'awesome'!

1 comments:

Mohd. Ramadan Bin Ab.Hamid berkata...

Omg... pegi sorang je kewww??