Isnin, Oktober 17, 2011

Tips Kelihatan Kurus Di Facebook Vol 1

Rujuk gambar ini sebagai contoh kepada tips-tips yang dinyatakan dibawah.
  1.  Sengetkan sedikit badan anda ketika hendak bergambar kerana gambar dari sisi tampak sedikit kurus berbanding saiz asal badan anda. Jangan tangkap gambar secara 'mengadap kamera' seperti hendak tangkap gambar pasport! kerana ia akan memberi gambaran luas bentuk badan anda yang sebenar. 
  2. Seperti badan, anda juga digalakkan untuk sengetkan sedikit muka anda ke arah kamera supaya hanya sebahagian sahaja muka dan badan anda yang akan dilihat- menjadikan anda kelihatan sedikit 'kecil' dan 'kurus' dari saiz anda yang sebenar. 
  3. Hanya tangkap gambar hingga paras dada sahaja. Jangan lebih! Sekiranya lebih, anda akan kelihatan sedikit besar dan saiz anda yang sebenar akan kelihatan. Selalunya, ramai orang akan 'menonjol' di bahagian perut. Jadi, jangan masukkan perut anda yang comel dalam gambar anda! 
  4. Sebolehnya, tangkap gambar dari atas- iaitu kamera diatas dan anda dibawah supaya anda kelihatan sedikit mendongak. Apabila anda mendongak, lemak dibawah dagu (yang kebanyakkannya berlapis-lapis) dapat disembunyikan.
  5. Ketika bergambar, jangan mengetap gigi. Sebaliknya, cuba pastikan rahang mulut anda sedikit terbuka dengan membuka sedikit mulut. Apabila anda mengetap gigi, pipi anda akan kelihatan tembam. Dengan membuka sedikit mulut, pipi yang tembam akan tertarik ke bawah dan anda tidak kelihatan terlalu tembam. 
to be continued..... 

1 comments:

Mohd. Ramadan Bin Ab.Hamid berkata...

Omg.. is there any tips to look 'fat'...?? haha :p