Khamis, Oktober 27, 2011

Ya ALLAH, Bagilah Aku Pandai Berenang!











Di UIA, ada subjek wajib yang perlu diambil untuk mencukupkan kredit graduasi antaranya subjek kokurikulum (CCAC). Untuk level 3, ada banyak subjek skill yang ditawarkan antaranya Memasak, Menjahit, Rekreasi, Berbasikal, Berenang, Tennis, Memanah dan sebagainya. Setiap subjek, ada 2 level- Level 1 (basic) dan level 2 (intermediate).

Setelah membuat pertimbangan, saya telah memilih untuk mengambil subjek Swimming 1 (berenang). Saya ambil subjek ini sebab saya tidak pandai berenang. (Kalau setakat berjalan dalam air, boleh la! haha). Tambahan pula, kalau saya belajar berenang di luar, memang yuran agak tinggi. Di UIA, kelas swimming ini percuma! F.O.C. =)

Kelas pertama bermula hujung September 2011. Alhamdulillah, dapat ramai kawan baru dalam kelas berenang ini. Jurulatih renang pula bekas graduan AIKOL. (My senior! Senpai la konon!). Dalam kelas pertama, kami diajar bernafas dalam air, cara turun dalam kolam secara profesional, cara naik semula secara profesional dan beberapa teknik asas. Alhamdulillah, I did well!

Masuk kelas kedua, kami diajar cara mengapungkan diri dan menenggelamkan seluruh badan dalam air sehingga mencecah lantai kolam. Alhamdulillah, boleh buat. (Yang seronoknya, aku antara yang boleh buat sebab ada beberapa orang tidak begitu mahir teknik ini.) Sebelum berakhir, kami diajar cara berenang dengan menggunakan kaki. Sewaktu praktis ditepi kolam, memang senang la. Tetapi bila buat dalam air, terus tidak bergerak. Sekadar bunyi kocakan air sahaja yang lebih... Adeh.. Dalam 20 orang pelajar, ada 9 orang gagal bergerak. (termasuk aku!).

Untuk kelas seterusnya juga, kami masih dilatih berenang dengan menggunakan kaki. Macam mana? Rujuk dalam gambar. (Bezanya, jurulatih tidaklah sampai kena pegang perut kami untuk memudahkan kami terapung macam dalam gambar diatas!) Kami dibekalkan dengan swimming pad untuk memudahkan kami terapung di atas air. Memang jenuh! Kelas sebelum ini, saya boleh buat setiap langkah yang diajar. Tetapi, untuk kelas hari ini, memang saya agak gagal sedikit! Arahannya mudah, berenang dengan menggunakan kaki dan alat bantuan swimming pad sejauh 50 meter sahaja.

Berenang dengan menggunakan swimming pad tetapi statik di satu tempat, tidak bergerak-gerak! (Malu siot!). Kalau bergerak pun, sedikit sahaja. Tidak seperti kawan-kawan yang lain. Ada la dalam 4 orang tak boleh buat termasuk saya. Urm.. Jurulatih sudah ajar tetapi mungkin saya dan 3 orang yang lain ada silap teknik sehinggakan kami tidak bergerak-gerak. Dari awal kelas sampai habis saya cuba, akhirnya bergerak sedikit sahaja. Di penghujung kelas, jurulatih memaklumkan kepada kami bahawa untuk Final Exam, kena buat 300 meter untuk lulus! Aku terus nganga! (50 meter pun masih tak sampai, inikan pula 300 meter? Pengsan!).

Dalam perjalanan balik ke bilik, hati tidak henti-henti berkata, "Aku tidak mahu repeat!"

Tiba-tiba terus teringat Goo Jun Pyo dalam drama Korea Boys Over Flowers. Dalam drama ini, Goo Jun Pyo pada mulanya tidak pandai berenang. Apabila Geum Jan Di (kekasihnya) hampir lemas di laut kerana kaki 'cramp', dia tidak dapat menyelamatkan kekasihnya itu. Rakan dia dalam F4 yang menyelamatkan Geum Jan Di. (Mungkin Goo Jun Pyo rasa tercabar. Almaklumlah, orang lain yang selamatkan kekasihnya!). Selepas menyertai kelas belajar berenang, akhirnya Goo Jun Pyo dapat menangkis fobianya terhadap air dan dapat berenang dengan baik. Dalam episod seterusnya, Geum Jan Di lemas di kolam renang ketika cuba mencari rantai yang pernah diberi oleh Goo Jun Pyo kepadanya. (Asyik lemas je minah ni!) Disinilah Goo Jun Pyo menebus kembali maruahnya apabila kali ini dialah yang berjaya menyelamatkan kekasihnya. Memang kagum dengan semangat Goo Jun Pyo!

Saya terus bersikap positif! Well, kalau Goo Jun Pyo boleh berenang, saya pun mestilah boleh berenang juga! Terus tersenyum... InshaALLAH, minggu hadapan saya akan berlatih lagi sebelum masuk ke kelas. Berlatih sampai berjaya berenang 50 meter! Wo hoi nu li! Husaini, aja-aja fighting!!!!

Ya ALLAH, permudahkanlah.. Bantulah.. Ilhamkanlah... =)

p/s:
1) Saya adalah penggemar Drama Korea dan saya tidak malu mengakuinya! Ia juga sebahagian daripada seni yang boleh kita nikmati mengikut citarasa kita.
2) Saya memilih untuk memotivasikan diri saya sendiri dengan menggunakan teknik Motivasi Melalui Perumpamaan. Anda boleh rujuk buku Hidup Zero Alasan tulisan Fazrul Ismail, Raihan Mustafa Kamal (Kak Raihan!) dan Najwa Abd Latif, terbitan PTS.

0 comments: