Aku perlu memilih
Untuk hidup dengan kamu atau dia
Dengan dia atau yang lainnya
Bukan kerna dia lebih istimewa daripada kamu
Bukan kerna yang lain lebih istimewa daripada dia
Tetapi kerana aku ingin perkahwinan itu berpanjangan
Sehingga akhir hayatku
Akhir hayat permaisuri hatiku
Aku bukan bernikah untuk bercerai
Aku bukan bernikah untuk mengasari
Aku bukan bernikah untuk disakiti
Aku bernikah kerana ALLAH
Aku bernikah untuk menyempurnakan agamaku
Aku bernikah untuk memenuhi tuntutan hidupku
Kerna aku lelaki
Justeru aku berhak memilih
Membuat keputusan yang akan mengubah hidupku
0 comments:
Catat Ulasan