Halaman

Memaparkan catatan dengan label TIPS MINGGUAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TIPS MINGGUAN. Papar semua catatan

Ahad, Oktober 30, 2011

Resipi - Cara Nak Buat Sagon


Pernah makan sagon? Ala, yang dibungkus dalam plastik aiskrim, berserbuk warna putih. (Waktu kecil, saya ingatkan Sagon ini dadah!). Bagi mereka yang pernah tinggal di kampung atau pergi ke kampung, pasti akan ingat Sagon kerana ia adalah makanan ringan kegemaran kebanyakkan orang tanpa mengira umur! (budak kecil, pak cik mak cik, datuk nenek pun suka makan! Betul!)

Disini saya ingin berkongsi cara membuat Sagon. Lepas ini, bolehlah anda cuba di rumah anda!

Cara membuat Sagon.

Bahan-bahan:
  • Setengah biji Kelapa parut
  • 200g Tepung beras 
  • 50g Tepung pulut (Pilihan. Ikut selera anda. Ada yang letak, ada yang tidak letak Tepung Pulut)
  • Gula (secukup rasa)
Langkah-langkah: 
  1. Goreng kelapa parut di dalam kuali tanpa minyak dengan api perlahan (kecil). (Jangan sampai hangus pulak!)
  2. Apabila sudah kering dan nampak kekuningan, masukkan tepung beras dan tepung pulut. Gaulkan sehingga sebati. 
  3. Jangan terlalu lama, nanti hangus tak sedap. Padamkan api dan biarkan ia sejuk. 
  4. Apabila sudah sejuk, masukkan gula dan gaulkan sekali lagi. Sedia untuk dihidang!
 Kalau mahu kelihatan lebih menarik seperti gambar diatas, anda bolehlah guna pewarna yang ada dijual di kedai. Tetapi saya tidaklah menggalakkan!
    Selamat mencuba!

    p/s: Sambil buat, berzikirlah supaya makanan yang kita buat mendapat barakah, menjadi makanan yang baik untuk si pemakannya kelak. =)

    Sabtu, Oktober 08, 2011

    Say No To Plastic Bag





    Sejak Kempen No Plastic Bag On Saturday ini berlangsung, semakin hari semakin terdidik diri saya untuk mengurangkan penggunaan plastik. Setiap kali ke pasaraya, saya akan meminimumkan penggunaan beg plastik. Adakalanya, saya sendiri yang menolak penggunaan beg plastik dan selesa memegang barang-barang yang saya beli (dalam kuantiti kecil la!) walaupun ia bukan pada hari Sabtu!

    Alhamdulillah, ternyata kempen ini berjaya mendidik pengguna seperti saya.

    Saya yakin, setiap orang mahu memberi sumbangan kearah Malaysia dan bumi yang lebih baik untuk didiami. Sesungguhnya bumi ini adalah amanah daripada ALLAH swt buat kita selaku manusia yang dianugerahkan akal fikiran. Setiap individu mempunyai peranannya untuk menjaga bumi yang kita cintai ini.

    Saya kini sudah mengurangkan penggunaan plastik. Saya juga diajar untuk mengurangkan penggunaan elektrik di bilik oleh roomate saya, Nasrul Nawi. (Thanks Nasrul!). Sejak sebilik dengan Nasrul, saya belajar untuk meminimumkan penggunaan lampu dan kipas di bilik. alhamdulillah...

    InshaALLAH, saya turut berhasrat untuk mengadakakan 'Kempen Save Energy' untuk diri sendiri. Buat permulaan, 2 langkah yang saya akan ambil untuk menjayakan 'kempen peribadi' ini. hehe.

    • Mengurangkan penggunaan motorsikal untuk elak pembaziran tenaga petrol dan pencemaran asap motorsikal. Jadi, saya perlu memperbanyakkan berjalan kaki berbanding menunggang motorsikal di dalam kampus. Untuk aktiviti luar kampus, saya rasa bermotorsikal masih relevan. huhu. 
    • Beli beg IKEA atau Jusco yang boleh diguna berulang kali sebagai ganti beg plastik untuk mengisi barang-barang yang akan saya beli kelak di mana-mana pasaraya. (Beg tersebut mestilah boleh dilipat kecil supaya senang masuk poket atau beg. =)



    Khamis, Mac 20, 2008

    PESANAN BERSAMA


    Jangan meniru dalam peperiksaan ya! Selamat menghadapi peperiksaan pada kali ini.
    All the best!
    Chayok, Chayok!

    Sabtu, Mac 15, 2008

    MARI BERDOA


    Sebagai manusia biasa, anda pasti mempunyai seribu satu keinginan yang masih anda usahakan untuk mendapatkannya bukan? Namun, cukupkah dengan berusaha semata-mata?

    Seorang muslim digalakkan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu. Usaha yang jitu perlu disertakan dengan doa supaya permintaan kita dimakbulkan Allah SWT. Hilangkan mentaliti “Apabila berdoa, anda hanya perlu memohon kebaikan di akhirat sahaja” kerana mentaliti ini hanya mengasingkan kehidupan dunia anda dengan Islam sedangkan Islam meliputi seluruh aspek kehidupan di dunia dan akhirat. Tak ada salahnya anda berdoa memohon agar Allah memudahkan urusan anda membeli kereta Toyota Vios. Dapat atau tidak, hanya Allah yang berhak menentukan. Sebagai hamba, kita mestilah sabar dan teruskan berdoa tanpa putus asa. Percayalah, Allah tahu yang terbaik buat kita!

    Jangan berhenti berdoa. Berdoalah untuk setiap keperluan dan keinginan kita. Kan doa itu senjata orang muslim. Jadi, gunakan senjata anda itu sebaik mungkin!

    “Berdoalah kepadaKu, nescaya akanku perkenankan” Al-Quran, Surah Al-Ghafir, ayat 60.

    Sabtu, Januari 19, 2008

    TIPS AWET MUDA 1

    Kali ini saya akan kongsikan bersama anda salah satu rahsia awet muda yang paling praktikal. Tips ini mudah dan boleh dipraktikkan tanpa sebarang kos. Caranya, anda hanya perlu bangun di awal pagi, kira-kira jam 5 pagi. Kemudian, anda mandi tanpa menggunakan air panas.. Kalau anda rasa malas nak mandi di waktu itu, anda boleh ambil wudhuk untuk bersiap sedia mengerjakan solat Subuh. Dengan berwudhuk, anda telah membasuh muka anda dengan air yang sejuk itu.

    Tahukah anda, apabila anda tidur, kulit wajah anda akan mengendur. Liang-liang pori diwajah anda akan terbuka pada ketika itu. Jadi, apabila anda bangun di awal pagi dan membasuh muka anda dengan air sejuk pada waktu itu, kulit wajah anda akan kembali tegang. Liang-liang pori yang terbuka pula akan mengecil dan ia mengembalikan keremajaan kulit anda! Jadi, tidak hairanlah kebanyakkan orang yang sering bangun di awal pagi memiliki wajah yang sihat tampak muda! (Dato Sarimah Ahmad juga mengakuinya dalam buku tulisan beliau)

    p/s: Berwudhuk juga satu amalan yang baik. Amalkanlah agar kita sentiasa berada dalam keadaan suci selalu. =)

    Selasa, Januari 08, 2008

    MELATAH PUN BOLEH DAPAT PAHALA!

    Pernah dengar orang melatah? Sekarang ini, orang melatah tak kira tua atau muda. Cuma yang tak sedapnya apabila melatah dengan menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sedap didengar. Mungkin agak sukar untuk ubah tapi apa kata anda mencuba! (Jika anda melatah la)

    Jika anda mahu melatah, cuba TUKAR dari perkataan-perkataan yang mencarut atau kurang sopan KEPADA untaian zikir. Contoh: Subhanallah Walhamdulillah Allahuakbar.
    Cara terbaik nak ubah, mungkin buat permulaan, anda boleh biasakan lidah anda dengan mengucap berkali-kali perkataan zikrullah ini. Lama-lama pasti anda akan melatah pun dengsn zikrullah.

    Kan senang nak tambah pahala. Sambil melatah pun boleh dapat pahala! Cubalah! Gerenti syok!