Sudah lama saya simpan perkara ini. Sudah lama saya diamkan. Bukan
bererti saya takut sebaliknya sabar. Sabar dalam melihat tingkah laku
manusia yang saya kira mungkin kurang sedar akan apa yang dia lakukan.
Ramai
diluar sana yang mengaku menyokong nasyid. Tidak kurang juga yang
bingkas bangun menyuarakan itu ini mengenai nasyid. Respon ini cukup
membanggakan namun ada beberapa perkara yang merosakkan manifestasi
sokongan tersebut.
Bagaimana kita boleh mengaku kita menyokong
kuat irama nasyid, berhasrat ingin memartabatkan nasyid, mendokong dan
mengangkat nasyid ke seantero dunia kalau kita sendiri yang menyediakan
pautan muat turun (link download) lagu-lagu nasyid secara tidak sah? Bukan setakat 1, 2
lagu malah keseluruhan album!
Tidak cukup dengan khianat
tersebut, ada segelintir yang walaupun pada hakikinya tidak terlibat
dengan pautan muat turun tersebut, tidak terlibat mahupun memiliki
blog-blog yang menyediakan pautan muat turun tersebut, namun tanpa sedar
'memiliki saham' apabila mempromosi blog-blog tersebut di alam maya
dengan gigihnya.
Apakah kita tidak sedar perbuatan khianat
menyediakan link download lagu-lagu ini bakal menutup periuk nasi artis
dan syarikat rakaman? Tahukah anda, setiap album yang dihasilkan
mempunyai 'bahagian' yang akan diagihkan kepada semua pihak
yang terlibat dalam pembikinan album tersebut.
Tindakan menyediakan link download secara illegal, mempromosi dan menyebarluaskan kepada orang ramai telah menjadikan anda perompak hak orang lain! Kalau lanun cetak rompak mengaut keuntungan melalui penjualan CD cetak rompak, apa bezanya kita yang telah menafikan hak artis, syarikat dan orang yang terlibat dalam album tersebut dari mendapatkan hak dan royalti mereka?
Nah, kita ambil contoh album Almarhum Ustaz Asri. Syarikat rakaman cetak 10,000 unit untuk sasaran pembeli lebih kurang 10,000 orang. 4,000 orang beli CD Original. 2,000 orang mungkin 'dilanun' oleh lanun cetak rompak. lagi 4,000 orang 'diculik' oleh insan-insan yang menyediakan link download percuma seluruh album! Di akhir jualan, pihak syarikat hanya mampu memberi royalti kepada keluarga almarhum untuk jualan 4,000 unit CD sahaja memandangkan lagi 6,000 unit tidak terjual akibat khianat lanun cetak rompak dan penyebaran link download secara tidak sah tersebut. Tidakkah kita rasa bersalah menafikan secara tidak langsung hak dan royalti yang sepatutnya diterima oleh keluarga Almarhum Ustaz Asri Rabbani sedangkan kita tahu anak-anak almarhum masih kecil dan royalti tersebut sangat membantu bagi mereka. Lebih-lebih lagi mereka ialah anak yatim!
Berhentilah! Berhentilah dari menjadi manusia yang zalim. Sama ada anda menyediakan link download secara haram atau anda mempromosi link mahupun blog tersebut, anda pasti memiliki 'saham' di akhirat kelak! 'Saham' ini kelak akan dituntut oleh mereka yang anda zalimi dan 'saham' inilah yang akan menjadikan anda muflis di akhirat kelak.
Saya menyeru rakan-rakan blogger nasyid supaya hentikan aktiviti yang bakal memufliskan anda di akhirat kelak. Marilah kita saling menjaga hak individu yang termaktub dalam Islam. Semoga ALLAH swt memelihara kita dari sebarang perkara-perkara tidak baik sama ada secara sedar mahupun tidak sedar.
Landskap Kehidupan
Khamis, Februari 02, 2012
Rabu, Januari 25, 2012
Mencintaimu
Mencintaimu tidak pernah kenal erti lelah,
Mencintaimu tidak pernah kenal erti payah,
Kasih dan sayangmu senantiasa menyelimuti kalbuku,
Mendamaikan jiwaku,
Menghentikan resahku,
Sungguh cintamu ekspresi teragung dalam hidupku.
Semoga Selawat dan Salam yang kuratibkan
Menjadi bukti tulus cintaku
Buatmu...
Ya Rasulullah S.A.W...
Abu Afham
Ipoh, Perak.
25 Januari 2012 / 1 Rabi'ul Awwal 1433H
Sabtu, Januari 14, 2012
Ahad, Januari 01, 2012
Puisi:Takut 66 Takut 98
TAKUT 66, TAKUT 98
Oleh : Taufiq Ismail (Indonesia)
Mahasiswa takut pada dosen
Dosen takut pada dekan
Dekan takut pada rektor
Rektor takut pada menteri
Menteri takut pada presiden
Presiden takut pada mahasiswa
1998
Republika Online
7 Jun 1998
Jumaat, Disember 16, 2011
Skrin 'Terra Nullius' Kena Avada Kadavra Dari Voldemort
Baru-baru ini saya telah diserang oleh Voldemort di kawasan UIA (
Maka, spell 'Avada Kadavra' Voldemort telah terkena skrin Terra Nullius sebelum ia terpantul semula ke hidung Voldemort menyebabkan hidung dia kemek! haha. Selepas kejadian itu, Voldemort terus menghilangkan diri. (
Terra Nullius memandang saya. Dia tahu saya sedih melihat ketidakupayaan dia. (
Terra Nullius : Tuhan tolong lembutkan hati dia.. Untuk terimaku seadanya...
(Belum sempat dia menghabiskan lagunya, aku pula menyambung...)
Saya : Kerna ku tak sanggup, kerna ku tak mampu, hidup tanpa SMS disisiku..... =P
Maka, bengang la Terra Nullius. Daripada on tak sampai seminit kemudian off beberapa minit, semalam dia off berjam-jam! Aduh.... Nasib la...
Disclaimer:
- Cerita serangan Voldemort itu adalah rekaan semata-mata.
- Kisah skrin Hp rosak memang betul. Buat masa ini, saya sangat menghargai jika anda terus call saya daripada anda SMS saya. (Nak baca SMS, kena take time..)
- Kisah Hp menyanyi itu sememangnya tidak logik. Sekadar hiburan ringan...
Ahad, Oktober 30, 2011
Resipi - Cara Nak Buat Sagon
Pernah makan sagon? Ala, yang dibungkus dalam plastik aiskrim, berserbuk warna putih. (Waktu kecil, saya ingatkan Sagon ini dadah!). Bagi mereka yang pernah tinggal di kampung atau pergi ke kampung, pasti akan ingat Sagon kerana ia adalah makanan ringan kegemaran kebanyakkan orang tanpa mengira umur! (budak kecil, pak cik mak cik, datuk nenek pun suka makan! Betul!)
Disini saya ingin berkongsi cara membuat Sagon. Lepas ini, bolehlah anda cuba di rumah anda!
Cara membuat Sagon.
Bahan-bahan:
- Setengah biji Kelapa parut
- 200g Tepung beras
- 50g Tepung pulut (Pilihan. Ikut selera anda. Ada yang letak, ada yang tidak letak Tepung Pulut)
- Gula (secukup rasa)
- Goreng kelapa parut di dalam kuali tanpa minyak dengan api perlahan (kecil). (Jangan sampai hangus pulak!)
- Apabila sudah kering dan nampak kekuningan, masukkan tepung beras dan tepung pulut. Gaulkan sehingga sebati.
- Jangan terlalu lama, nanti hangus tak sedap. Padamkan api dan biarkan ia sejuk.
- Apabila sudah sejuk, masukkan gula dan gaulkan sekali lagi. Sedia untuk dihidang!
p/s: Sambil buat, berzikirlah supaya makanan yang kita buat mendapat barakah, menjadi makanan yang baik untuk si pemakannya kelak. =)
Selasa, Oktober 25, 2011
Buncit Itu Seksi? Euw....
Langgan:
Catatan (Atom)