Halaman

Ahad, Oktober 30, 2011

Resipi - Cara Nak Buat Sagon


Pernah makan sagon? Ala, yang dibungkus dalam plastik aiskrim, berserbuk warna putih. (Waktu kecil, saya ingatkan Sagon ini dadah!). Bagi mereka yang pernah tinggal di kampung atau pergi ke kampung, pasti akan ingat Sagon kerana ia adalah makanan ringan kegemaran kebanyakkan orang tanpa mengira umur! (budak kecil, pak cik mak cik, datuk nenek pun suka makan! Betul!)

Disini saya ingin berkongsi cara membuat Sagon. Lepas ini, bolehlah anda cuba di rumah anda!

Cara membuat Sagon.

Bahan-bahan:
  • Setengah biji Kelapa parut
  • 200g Tepung beras 
  • 50g Tepung pulut (Pilihan. Ikut selera anda. Ada yang letak, ada yang tidak letak Tepung Pulut)
  • Gula (secukup rasa)
Langkah-langkah: 
  1. Goreng kelapa parut di dalam kuali tanpa minyak dengan api perlahan (kecil). (Jangan sampai hangus pulak!)
  2. Apabila sudah kering dan nampak kekuningan, masukkan tepung beras dan tepung pulut. Gaulkan sehingga sebati. 
  3. Jangan terlalu lama, nanti hangus tak sedap. Padamkan api dan biarkan ia sejuk. 
  4. Apabila sudah sejuk, masukkan gula dan gaulkan sekali lagi. Sedia untuk dihidang!
 Kalau mahu kelihatan lebih menarik seperti gambar diatas, anda bolehlah guna pewarna yang ada dijual di kedai. Tetapi saya tidaklah menggalakkan!
    Selamat mencuba!

    p/s: Sambil buat, berzikirlah supaya makanan yang kita buat mendapat barakah, menjadi makanan yang baik untuk si pemakannya kelak. =)

    4 ulasan:

    Muhammad Faris Zaidi berkata...

    x thu pun ada blog

    amirnawawi berkata...

    haha3.. best giler kot sagon nih..kecik2 dulu selalu gak makan.. tapi sekarang dah susah nak beli. Nak buat pom rasa cam malas jer..

    p/s: Aku Amir. Still ingat lagi tak? Movie day-out ngan abang Budiey

    Alip Putera Kedah berkata...

    Lma x mkan sagon ni thanx sbb share lpsni klau trngin nk mkan bleh bt sndri..

    Unknown berkata...

    macam mana nak color kan ye...pkai pewarna yg serbuk ke cecair