Halaman

Isnin, Oktober 24, 2011

Sijil Tauliah Mengajar Agama Di Perak


Sewaktu menemani Bonda menyantuni guru agama beliau, Ustazah Hendon di Manjoi, Ipoh, saya ternampak satu sijil bertulisan jawi yang digantung di dinding rumah Ustazah Hendon. (Saya mudah tertarik untuk baca sebarang materi bertulisan Jawi kerana ia begitu klasik! Jarang jumpa sekarang ini melainkan kalau ke Kelantan, Kedah dan Terengganu.) 
Apabila selesai membacanya, barulah saya tahu ini rupanya Sijil Tauliah Mengajar Agama yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Mungkin negeri-negeri lain juga turut menggunakan sijil yang hampir sama dengan sijil ini. Sekurang-kurangnya, saya pernah tengok dengan mata kepala saya sendiri rupa sijil tauliah yang menjadi kontroversi satu ketika dahulu.

Sekadar ingin berkongsi, pada sijil tersebut tertulis subjek-subjek khusus yang boleh diajar oleh si penerima tauliah. Sebagai contoh, mengajar Al-Quran dan tajwid, mengajar Fekah, mengajar Tauhid. (Rujuk pada bahagian yang ada no 1,2,3 pada sijil). Maksudnya, si penerima tauliah dibenarkan mengajar mengikut subjek yang telah ditetapkan dalam sijil tauliah tersebut. Wujud satu persoalan dalam minda saya, adakah si penerima tauliah dibenarkan mengajar hanya subjek tersebut semata-mata atau si penerima tauliah bebas mengajar agama merangkumi apa jua subjek tetapi fokusnya adalah subjek-subjek yang tertera dalam sijil. 

InshaALLAH, Raya Haji nanti, saya nak ajak Bonda ke rumah Ustazah Hendon lagi. Mungkin waktu itu, saya boleh tanya Ustazah Hendon sendiri. =)

Tiada ulasan: