Halaman

Rabu, Mei 21, 2008

IKLAN : MANUAL CINTA HARAKI



TEMPAT SEMINAR : MANUAL CINTA HARAKI
Di sampaikan oleh :
Al-Fadhil Ustaz Hasrizal Bin Abdul Jamil
Penulis dan Blogger www.saifulislam.com

Serta Pelancaran Bukunya yang bertajuk AKU TERIMA NIKAHNYA

(khusus kepada Pelajar-Pelajar IPT yang sedang bercuti)

Tarikh : 12 Jun 2008 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Silveritage Galleria, Medan Gopeng, Ipoh. (atas Terminal Bas Medan Gopeng)
Anjuran : INFOGO
Peserta : Pelajar IPT Tempatan dan Luar Negara (Tempat terhad 200 orang sahaja)

Bayaran : RM30.00 (akaun Maybank : 158060468959 MEOR SAIFUL NAZLI BIN MEOR NAZRO) *Sila emelkan nama, no tel. dan resit 'bank in' pada royem_alboothy@yahoo.com

Tarikh Tutup Penyertaan : 6 Jun 2008 (Jumaat)


Tentatif Program

8.30 pagi : Pendaftaran Peserta

9.00 pagi : Slot 1 : MANUAL HIDUP MEMBERI

11.00 pagi : Minum Pagi

11.30 pagi : Slot 2 : MANUAL CINTA HARAKI

1.00 tengahari : Makan Tengahari dan Solat Zohor

2.00 petang : Talk Show

3.30 petang : Majlis Perasmian Penutup

5.00 petang : Bersurai


* Maklumat lanjut dan pembayaran hubungi call / sms : 019-427 9554 (Sdr. Saiful) , 019-5708046 (Sdr. Azhar), 019-526 0807 (Sdri. Hafsah)

HUSAINI KEMBALI

Lama saya tinggalkan blog kesayangan saya ini. Bukan merajuk, bukan menyepi. Tapi kesibukan saya menguruskan perniagaan sendiri mengekang masa saya untuk menghadap komputer. Alhamdulillah, berkat kasih sayang ALLAH, saya telah menjalankan perniagaan menjual telefon bimbit dan kad isian semula (top up). Banyak juga dugaan yang saya tempuhi di awal pembukaan kedai tersebut. Saya juga pelajari banyak benda baru sepanjang menguruskan syarikat yang saya beri nama HS Technologies ini. Sepanjang cuti semester ini, saya manfaatkan masa saya dengan menimba ilmu dalam bidang perniagaan. Menguruskan HS Technologies mendekatkan saya dengan budaya kerja orang cina. Mereka mahu segalanya pantas tapi teliti. Apabila berurusan dengan orang cina, mereka mementingkan kepuasan pelanggan dan ketepatan masa. Mereka juga tidak suka membuang masa dengan berbual perkara yang tidak mendatangkan faedah. Yang paling penting, apabila anda menjadi pelanggan tetapnya, banyak keistimewaan yang anda peroleh.

Saya bersyukur kerana diberi kesempatan menguruskan perniagaan sendiri dengan baik. Kalau sebelum ini saya jalankan perniagaan sekadar untuk tambah duit poket dan suka-suka, kini saya jalankan perniagaan sendiri dengan serius. Niat saya menceburi bidang perniagaan ini bukan atas dasar wang ringgit semata-mata. Lebih dari itu, saya berazam untuk meningkatkan ekonomi orang Islam. Biarlah cita-cita besar saya bermula dari usaha yang kecil. Saya akan berusaha sedikit demi sedikit untuk maju dan terus maju. Saya sudah pun memilih jalan ini dan saya tidak akan berundur.
Saya belajar kerana ALLAH dan bekerja untuk Ummah!

SELAMAT HARI GURU



Walaupun agak terlambat, tapi saya ingin mengabadikan ucapan ini kepada insan-insan yang pernah mengajar saya dalam segala bentuk ilmu yang bermanfaat terutama yang mencorakkan minda dan pemikiran saya :

Mama dan Babah.
Guru-guru Tabika Perpaduan Kg Kuala Pari, Ipoh, Perak.
Guru-guru Sek. Keb Kuala Pari, Ipoh, Perak.
Guru-guru SMK Sungai Pari, Ipoh, Perak.
Guru-guru SM Raja Dr Nazrin Shah, Kg Gajah, Perak.
Guru-guru Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor.
Pensyarah-pensyarah Pusat Asasi UIAM.
Pensyarah-pensyarah UIAM.
Warga Inteam Records Sdn Bhd.
En Mustapha Kamal Bin Sindin dari CIMB.
En Shamsuddin Kadir.
Sifu PTS.
Puan Norlela Zubir.
Dan ramai lagi yang saya tidak dapat nyatakan di sini.

Semoga jasa kalian semua di ganjar oleh ALLAH dengan sebaik-baik ganjaran. Amin.