Halaman

Memaparkan catatan dengan label INFO SIHAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label INFO SIHAT. Papar semua catatan

Ahad, Oktober 09, 2011

Nak Kurus Ke?

Gambar saya baru selesai berjogging di Menara Tinjau, Taman Metropolitan Kepong.

"Sejak bulan lepas, rajin betul kau beriadah. Kau mahu kurus ke?" -Rayyan
"Rajin betul awak pergi Taman Botani Shah Alam untuk berbasikal. Tak penat ke?" -Qaisara

Saya akui, sejak 2,3 bulan ini, memang saya 'terlebih' rajin untuk bersukan dan melakukan aktiviti riadah. Jika berkelapangan, saya akan berjogging di Taman Metropolitan Kepong, berbasikal di Taman Botani Negara, Shah Alam mahupun melakukan senaman ringan di bilik. Saya sudah jadikan aktiviti-aktiviti ini sebagai sebahagian daripada rutin harian saya. =)

Nak kurus?
Jawapannya, kurus adalah bonus tetapi ia bukan matlamat utama. Kurus pun, kalau kolestrol dalam badan tinggi, tak guna juga. Sebenarnya, saya rasa terpanggil untuk menjalani kehidupan sihat ini setelah melihat ramai kenalan saya mula menghidapi sakit itu, sakit ini. MashaALLAH, memang sedikit mengerikan apabila mendengar cerita mereka.

Diabetis di usia 19 tahun!
Ada seorang junior saya mengidap penyakit kencing manis (diabetis) di usia muda- 19 tahun! Dia seorang lelaki yang agak kacak dan pandai bergaya. Walaupun dia seorang yang aktif tetapi dia mempunyai tabiat yang kurang sihat iaitu merokok dan gemar minum minuman manis terutama Coke. Kesannya, dia terpaksa menjalani kehidupan sebagai pesakit diabetis diusia yang begitu muda.

Gaya 'pakcik-pakcik' walaupun masih berusia 21 tahun!
Seorang kenalan saya memiliki berat badan melebihi 130kg. Dia mengalami masalah obesiti yang serius. Dia sering kelihatan penat, tidak bermaya, berpeluh-peluh malah berpenampilan seperti 'pakcik-pakcik' yang berusia 40 tahun ke atas sedangkan dia baru berumur 21 tahun. Apabila ditanya, dia memberitahu yang dia jarang bersukan dan tidak mengawal pemakanannya.

Sakit buah pinggang
Kenalan saya ini sudah berumah tangga dan memiliki seorang anak perempuan yang baru berusia setahun. Sedihnya, awal April tahun ini dia pengsan ketika sedang bekerja. Rakan-rakan sekerjanya membawa dia ke hospital dan dia ditahan di hospital selama beberapa hari. Sewaktu saya menziarahi dia di hospital, dia memberitahu yang doktor mengesahkan dia menghidapi penyakit buah pinggang tahap kronik yang menyebabkan dia terpaksa menjalani cuci buah pinggang atau dialisis untuk sepanjang hidupnya. Menurut dia lagi, dia tidak pernah tahu yang dia menghidapi penyakit buah pinggang ini sehinggalah kejadian dia pengsan dan dimasukkan ke hospital.

Sebenarnya, ada lagi kisah-kisah kenalan saya yang membuat saya tersentak mendengarnya. Tetapi, cukuplah 3 cerita ini sahaja untuk saya kongsikan. Sejak itu, saya bertekad untuk menjalani kehidupan yang sihat. Saya menjaga pemakanan saya. Setiap makanan yang saya ambil, saya akan pastikan ianya kurang kolestrol, bersaiz sederhana dan berkhasiat. Saya juga memperuntukkan sedikit wang untuk membeli supplemen tambahan seperti Vitamin C dan lain-lain sebagai makanan tambahan untuk badan saya. Saya juga menyusun jadual saya dan menyediakan waktu bersukan supaya badan saya cergas dan sihat.

Mulakanlah dari sekarang! Jalani kehidupan yang sihat. Berpenampilan cantik, kurus itu bonus. Yang lebih utama ialah SIHAT! =) 


Sabtu, Januari 19, 2008

SEDAPNYA PISANG


Anda suka makan pisang? Pisang adalah antara buah-buahan yang paling unik sekali terutama dikalangan orang Melayu. Pada setiap hari Jumaat, kita akan dapat lihat lambakan buah pisang di masjid-masjid yang disedekahkan oleh orang tertentu sebagai tanda syukur mahupun hajat bersedekah. Tapi, tahukah anda khasiat buah pisang?


Pisang kaya dengan potassium, magnesium dan sumber vitamin B-6. Ia mampu menambah tenaga dalam badan anda. Ia baik untuk mengawal tekanan, degupan jantung serta tekanan darah anda. Buah pisang juga berupaya membantu mengurangkan risiko untuk kena strok. Boleh meningkatkan sistem imunisasi badan anda. Ia juga membantu pembentukkan sel darah merah, menstabilkan sistem darah dan meningkatkan metabolisma badan. Ia juga sebagai pelawas terbaik buat individu yang sukar untuk ‘melepaskan hajat’. =p


p/s: banyak lagi sebenarnya khasiat yang terdapat dalam pisang. apa yang saya kongsikan disini hanya sebahagian dari khasiatnya yang saya perolehi dari sebuah bahan bacaan.

Jumaat, Ogos 31, 2007

LELAKI, JANGAN 'MENGANDUNG'

(Sekadar gambar hiasan)

Lelaki 'mengandung'? Tidak. Mereka tidak mengandung. Tapi perut mereka seakan-akan mengandung! Ada sahabat saya berkata, "Isteri suka kalau lelaki boroi sebab bukti dia pandai masak". Tidak kurang juga yang kata lelaki berperut buncit ini seksi. Seksi ke? Biarlah apa pun nilaian orang, yang penting sebagai lelaki, anda juga harus menjaga penampilan diri. Baik dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Kali ini saya mahu berkongsi tips untuk atasi perut buncit. Dari aspek senaman, pertama sekali anda duduk di atas lantai dengan selesa dengan kaki melunjur ke hadapan. Jika ada alas dengan tikar pun bagus. Bengkokkan lutut anda. Letakkan kedua tangan anda di dada dan rendahkan sedikit badan anda ke belakang. Cuba baringkan badan anda tanpa mencecah ke lantai kemudian naik semula. Ulang sebanyak tiga kali kemudian rehat sebentar. Kemudian ulang mengikut kemampuan anda. Anda tidak boleh paksa tubuh anda melakukannya berulang kali dalam satu masa tambahan anda baru hendak mula, dikhuatiri otot anda akan cedera. Untuk aspek pemakanan, elakkan minum air selepas makan. Cuba rehat kira-kira 10 minit selepas makan baru anda minum. Penampilan yang menarik mampu membuat anda beras yakin diri berhadapan dengan orang ramai. Jaga kesihatan dan tampak menarik ini bukan tertumpu pada remaja semata-mata, tapi lelaki yang sudah berusia pun perlu amalkannya. Baru nampak muda sentiasa. hehe.