Halaman

Memaparkan catatan dengan label ISLAM IS THE WAY OF LIFE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISLAM IS THE WAY OF LIFE. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 24, 2011

Sijil Tauliah Mengajar Agama Di Perak


Sewaktu menemani Bonda menyantuni guru agama beliau, Ustazah Hendon di Manjoi, Ipoh, saya ternampak satu sijil bertulisan jawi yang digantung di dinding rumah Ustazah Hendon. (Saya mudah tertarik untuk baca sebarang materi bertulisan Jawi kerana ia begitu klasik! Jarang jumpa sekarang ini melainkan kalau ke Kelantan, Kedah dan Terengganu.) 
Apabila selesai membacanya, barulah saya tahu ini rupanya Sijil Tauliah Mengajar Agama yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Mungkin negeri-negeri lain juga turut menggunakan sijil yang hampir sama dengan sijil ini. Sekurang-kurangnya, saya pernah tengok dengan mata kepala saya sendiri rupa sijil tauliah yang menjadi kontroversi satu ketika dahulu.

Sekadar ingin berkongsi, pada sijil tersebut tertulis subjek-subjek khusus yang boleh diajar oleh si penerima tauliah. Sebagai contoh, mengajar Al-Quran dan tajwid, mengajar Fekah, mengajar Tauhid. (Rujuk pada bahagian yang ada no 1,2,3 pada sijil). Maksudnya, si penerima tauliah dibenarkan mengajar mengikut subjek yang telah ditetapkan dalam sijil tauliah tersebut. Wujud satu persoalan dalam minda saya, adakah si penerima tauliah dibenarkan mengajar hanya subjek tersebut semata-mata atau si penerima tauliah bebas mengajar agama merangkumi apa jua subjek tetapi fokusnya adalah subjek-subjek yang tertera dalam sijil. 

InshaALLAH, Raya Haji nanti, saya nak ajak Bonda ke rumah Ustazah Hendon lagi. Mungkin waktu itu, saya boleh tanya Ustazah Hendon sendiri. =)

Sabtu, Februari 12, 2011

Meng'Islamik'kan Valentine's day?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

  1. Bulan Februari dikaitkan dengan Hari Kekasih atau lebih popular dengan nama Valentine's Day. Pada setiap 14.Februari, restoran-restoran akan penuh ditempah oleh pasangan-pasangan cinta yang kononnya meraikan hari paling bersejarah dalam kemuncak cinta mereka. Perayaan ini jelas BUKAN perayaan orang Islam tetapi masih ramai orang Islam yang menyambutnya.
  2. Maka wujudlah seruan dan gesaan pengharaman Valentine's Day. Anda boleh ke laman web Ustaz Zaharuddin untuk kupasan menarik mengenai Hukum Meraikan Valentine's Day.
  3. Di IPTA dan juga sekolah-sekolah, setiap kali tiba bulan Februari, maka berbondong-bondonglah program dan aktiviti yang dilaksanakan khusus bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar dan juga mahasiswa berkenaan isu Valentine's Day. Sedar atau tidak, program-program yang dianjurkan juga bertemakan cinta. Walaupun semua maklum program tersebut mahu highlight Cinta Ilahi ataupun Cinta Rasul tetapi dalam ceramah, forum atau aktiviti-aktiviti tersebut masih menyentuh aspek Cinta Manusia yang kononnya diselitkan supaya hadirin yang hadir suka mendengarnya dan akan ketawa terbahak-bahak. Yang muslimatnya pula akan tersipu-sipu malu dengan gaya penuh ayu!
  4. Tidak cukup itu, segala bagai poster mahupun kain rentang yang dibuat masih bertemakan warna pink atau merah dan simbol Cinta masih digunakan walaupun mesejnya berbeda.
  5. Persoalannya, mengapa dalam kita menghebahkan pengharaman Valentine's Day, dalam masa yang sama kita juga turut mewujudkan suasana cinta itu sendiri dengan bercakap soal cinta, menggunakan warna pink yang meromantiskan lagi suasana pasangan yang sedang mabuk bercinta? Adakah kita cuba meng'Islamik'kan Valentine's Day dengan cara sedemikian rupa?
  6. Di UIA sekarang ini, bersepah-sepah poster yang wujud perkataan cinta, yang menggunakan warna pink dan merah dan tidak kurang juga yang menggunakan simbol cinta! (Dalam kes ini, Iluvislam.com tidak tersenarai ya!). Juga terdapat forum, ceramah dan pelbagai program yang dianjurkan bertemakan cinta! Sehinggakan seorang rakan saya berkata, "UIA kini dipenuhi dengan aura Valentine's Day. Cuma pengisiannya lebih Islamik!"
  7. Memetik kata-kata Wardina Safiyyah di laman Facebook, "Nak minta tolong rakan2 Media, tak payah sebut, highlight and cover hari Valentine, jangan buat special coverage, tema warna pink, pegang bunga rose even. Minta tolong buat tak tahu, seolah hari itu tidak wujud. NO to Valentine! Let's put this as our status update! Penghinaan kepada wanita jika anda ingat dia setahun sekali je.. Harap maklum!"
  8. Paling menyedihkan dalam kerancakkan isu Valentine's Day ini disensasikan, Maulidur Rasul seakan tenggelam. Tidak cukup dengan itu, sambutan Maulidur Rasul juga 'diserang' dengan hujah-hujah segelintir pihak yang mengatakan itu bid'ah, ini bid'ah sehinggakan nak sambut Maulidur Rasul pun masyarakat jadi keliru. Kesudahannya siapa yang rugi? Tepuk dada, tanya diri!

Selasa, Ogos 17, 2010

Puisi Hati


Untaian tasbih seakan menari-nari,
Di celahan jari-jemari,
Mengalun nyanyian zikir,
Mengingati Rabbi.

Dimensi pentas duniawi yang kosong,
Hanya membawa aku menerobos angan-angan palsu,
Jiwa di kiri, hati di kanan,
Cinta disisi, perasaan dirawan,
Perlukah aku khabarkan kepada alam,
Bahawa hatiku milik Tuhan?
Tipukah aku jika aku meletakkan cintaku hanya untukNYA?

Biar Iman berbicara,
Menjadi tanda sebuah cerita cinta,
Bukan saksi bisu yang kaku tunduk layu.

Abu Afham

Jumaat, Mei 14, 2010

LESEN JUDI SUKAN

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

  1. ALLAH swt telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. (2:219).
  2. Di dalam ayat yang lain, ALLAH swt telah berfirman yang bermaksud:Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah perbuatan keji dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (5:90)
  3. Perkara yang halal telah jelas halalnya manakala perkara haram telah jelas haramnya.
  4. Tindakan kerajaan persekutuan 'menghalalkan' judi sukan dengan meluluskan permohonan lesen judi yang dipohon oleh Berjaya Group amat dikesali.
  5. Hujah dangkal yang mengatakan bahawa ia boleh memberi keuntungan dan menyumbang kepada ekonomi Malaysia merupakan hujah yang tidak boleh diterima pakai. Wajarkah nasib rakyat 1 Malaysia diperjudikan hanya untuk keuntungan yang tidak berpanjangan?
  6. Apabila judi sukan 'dihalalkan;, ia akan memberi impak besar kepada rakyat. Impak ini mampu menjejaskan individu, institusi kekeluargaan mahupun masyarakat.
  7. Masalah jenayah juga dijangkakan meningkat, bilangan muflis akan bertambah dan beban hidup rakyat yang terlibat dengan judi ini nanti akan bertambah.
  8. Rakyat yang tidak terlibat dengan judi juga pasti akan terkesan apabila berlaku peningkatan jenayah di dalam masyarakat.
  9. Meletakkan rakyat sebagai mangsa untuk keuntungan yang tidak berpanjangan adalah bertentangan dengan konsep 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang dipopularkan oleh YAB Perdana Menteri.
  10. Alasan bahawa judi ini kelak hanya untuk orang bukan Islam merupakan penyataan yang tidak bertanggungjawab. Adakah pihak kerajaan bersedia mewujudkan sebuah badan khas untuk menghalang orang Islam terlibat dengan judi ini kelak? Atau bersediakah Jabatan Agama Islam Negeri ataupun JAKIM memantau?
  11. Saya optimis, semua agama tidak akan merestui penganutnya untuk terlibat dengan perkara negatif terutama judi yang memberi impak negatif yang besar kepada pelakunya.
  12. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, saya berpendirian tegas bahawa tindakan kerajaan persekutuan meluluskan lesen judi adalah tidak wajar dan kerajaan persekutuan mestilah membatalkan lesen judi yang telah diluluskan.

Husaini Hussein

Rabu, April 07, 2010

GOVT AGREES TO INTER-FAITH COMMITTEE



Govt agrees to inter-faith committee (update)
(www.thestar.com.my)

KUALA LUMPUR: The Government has agreed to the formation of a special inter-faith committee to promote better religious understanding between Islam and other religious faiths.

Minister in the Prime Minister's Department Tan Sri Dr Koh Tsu Koon said the committee will be headed by former Kota Baru MP Datuk Ilani Isahak, who will be appointed as the special coordinator.

Members will comprise representatives from the Islamic Development Department (Jakim), Institute of Islamic Understanding (Ikim) and the Malaysian Consultative Council on Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism.

"The committee is not a legal structure; it's not a rigid structure. It's a framework to provide exchange of ideas on religion.

"We don't want to call it an inter-faith panel, but a special committee to promote understanding and harmony among the various faiths.

"The idea of the committee is for the members to hold informal dialogues, not on only one issue, but also matters such as inter-marriages, religious conversions as well as custody of children.

"The committee will exchange their views and we will get feedback and get a better understanding on religious issues," he told reporters at the Parliament lobby on Tuesday.

Dr Koh, who is charge of national unity and integrity, said he will report the committee's activities to the Cabinet from time to time.

He added the formation of the committee was first proposed in January and the Cabinet gave its approval in February.

There have been numerous calls for the formation of an inter-faith panel aimed at promoting religious understanding.

The calls became much louder following the controversy over a High Court ruling on the use of the word "Allah" by The Herald , a publication by the Catholic church.

However, the idea for the formation of an inter-faith council was rejected by various Muslim groups.

Dr Koh said Ilani was chosen to head the committee because she had good personal contacts with the country's religious leaders.

"We decided this will be the best set-up rather than involving politicians. Let the religious leaders sit down and talk to each other," he added

Jumaat, Mac 12, 2010

SUBHANALLAH




Subhanallah, hujan turun sebaik sahaja Solat Sunat Istisqa yang diimamkan oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bermula.

Jumaat, Februari 12, 2010

ADA APA DENGAN USRAH VOL 2



"Usrah bukan sekadar ukhwah bahkan satu medan perbincangan berkenaan isu-isu berbangkit di kalangan ummat. Berkongsi satu pengalaman seorang sahabat (senior) graduan Mesir. Beliau menjadikan usrah sebagai medan bukan sekadar perbincangan biasa malah perbentangan kertas kerja rancangan jalan penyelesaian sesuatu isu ummah."
-Wani Rosle, Mahasiswi UIAM.


"Usrah itu ilmu."
- Mohd Sallehuddin Ismail


"Budayakan usrah. Usrah tunjang tarbiyyah."
-Aklil Ayob, Vice President of Students' Representative Council 09/10 UIAM. (MPP UIAM)


"Kuasa halaqah. Sunnatullah dalam membina jaringan sepanjang zaman. Nabi Isa a.s dengan golongan huwariyyun sehinggalah zaman Nabi Muhammad s.a.w. Dihidupkan kembali dengan nafas yang baru oleh Imam Hassan Al-Banna."
-Aizuddinur Zakaria, Penulis buku Jejak Bisnes Rasul terbitan PTS.


"Usrah itu suatu nikmat. Susah nak cakap.Siapa yang duduk dalam usrah sahaja tahu nikmatnya... Subhanallah."
-Siti Masleha Makenan, Exco Law Students' Society 09/10 UIAM.


"Usrah itu nadi tarbiyyah. Satu tapak asas untuk membina jiwa-jiwa yang 'tanggung' (solid) yang akan keluar menyebarkan agama ALLAH. Susuk manusia yang juga digelar Rijal Al-Dakwah. Asasnya adalah pembinaan iman yang bukan sahaja lahir dalam bentuk taqrir dan tashdiq bahkan akan menolak dan meledakkan i'tikad itu dalam bentuk amal zahir. yang seterusnya akan keluar dan bertebaran di muka bumi dalam menegakkan kalimahnya sesuai dengan tingkatan imannya... makrifah -> fikrah -> harakah. Wallahua'lam."
-Herna Naping, Exco Law Students' Society 09/10 UIAM.


"Usrah sama dengan ukhuwah yang tiada galang gantinya. Usrah melahirkan pejuang-pejuang tegar mempertahankan Islam. Usrah yang mekar adalah syiar kefahaman dan keutuhan terhadap tuntutan akidah perjuangan."
-Badiuzzaman Tuan Ibrahim, Exco Students Representative Council 09/10 UIAM.

ADA APA DENGAN USRAH VOL 1

Bersempena Majlis Pelancaran Jilul Quran dan Halaqah,
anjuran
Dakwah and Tarbiyyah Secretariat, Law Students' Society 09/10.

"Halaqah atau usrah adalah medan pembinaan secara intensif peribadi-peribadi muslim yang akan mahu menyebar nilai-nilai Islam dan mempertahakan prinsip Islam dimana sahaja dia berada."
-Nurul Izzah Zainol, Mahasiswi Undang-undang UIAM.


"Saya memandang usrah sebagai satu ikatan ukhwah tiada tandingan yang terjalin atas dasar iman dibawah satu jiwa, yang mana menghadirkan diri padanya menghidupkan hati, meruntun jiwa menguatkan ruh dan mengetuk pintu hati yang terlena... Perlaksanaan manhaj yang sebetulnya menjadikan usrah sebagai satu wasilah tazkiyatun nafs yakni penyucian diri, tarbiyyah, dakwah, siasah serta medan ilmu duniawi dan ukhrawi serta menjaga hubungan cinta pada Khaliq dan Makhluk. Itulah usrah!"
-Aisyah Fauzi, Mahasiswi Undang-undang UIAM merangkap Mantan Exco Law Students' Society 08/09 UIAM.


"Usrah sudah tentu bermaksud keluarga. Keluarga yang macam mana? Adanya taaruf, tafahhum dan takaful. Kenal dalam dan luar ahli usrah, faham keadaan sahabat samada susah senang dirinya, saling membantu antara satu sama lain, bukan sekadar perjumpaan tetapi ikatan hati. Rindu apabila lama tidak berjumpa, ingat sentiasa dalam doa, InsyaALLAH."
-Muhammad Firwan Bin Norliza, Presiden Students' Representative Council UIAM (MPP UIAM).


"Makna usrah bagi saya lebih kepada perhubungan dan perkongsian antara ahli-ahli ibarat seperti sebuah keluarga yang mana aktiviti dan perkara yang dibuat adalah pelbagai. Perumpamaan juga boleh dibuat seperti Naruto dan rakan-rakan yang ibarat sebuah keluarga. Mereka punya 'guru' yang sanggup mengajar mereka. Guru itu ibarat naqib kepada Naruto dan rakan-rakan."
-Ahmad Fahmi Shamsudin, Mahasiswa UIAM merangkap Mantan Exco Students' Representative Council 08/09 UIAM (MPP UIAM).


"Usrah itu keluarga."
-Aiman Mohd Misri, Sound Engineer.


"Usrah itu famili bahkan lebih dari itu. Tempat dimana kita ditarbiyah, dididik, diajar pelbagai perkara, pengalaman, tangggungjawab dan sebagainya."
-Muhammad Huzaifah Ahmad, Mahasiswa UIAM.


"Usrah = Keluarga = Syurga yang disegerakan di dunia."
-Muhammad Syahril Bin Abd Khalid, Vokalis Kumpulan Nasyid Inteam, Pengarah Inteam Records Sdn Bhd.


"Usrah perkara yang perlu ada dalamnya 1. taaruf 2.tafahhum 3. takaful."
-Muhammad Syaufiq Bin Abd Latif, Exco Law Students' Society 09/10 UIAM.


"The thing about islam is that it doesn't work when you are alone. It takes more than one to actually become a complete muslim because sometimes when you have faith but you are alone and it is easy to break your faith. But when you have a group of people supporting you behind, it will harder to break it."
-Mahasiswi Undang-undang UIAM.


"Usrah umpama grup studi kecil yang mempunyai seorang mentor. Usrah yang seronok adalah usrah yang setiap ahlinya mempunyai minat dalam bidang yang sama tetapi mempunyai pemikiran yang berbeza berkaitan bidang tersebut. Sebagai contoh dalam bidang media ada banyak mazhab. Ada yang minat penulisan buku, ada yang minat pengiklanan dan lain-lain lagi."
-Azree Hanifiah, Pengasas Studio Muslim (http://www.studiomuslim.com/)

Jumaat, Januari 15, 2010

BACA@LRT 16/01/10



Mari hangatkan kempen BACA@LRT yang julung kalinya diadakan di Malaysia!

Tarikh: 16 Januari 2010
Hari: Sabtu
Masa: 9.30pagi
Tempat: LRT Stesen Terminal Putra.

Butiran tentatif adalah seperti berikut:

9.35: berkumpul di Platform Terminal Putera Gombak.

Tiada taklimat yang akan diberikan pada masa tersebut bagi mencipta natural setting. Seperti ini aktiviti bukan dirancang. namun anda boleh menegur rakan-rakan yang dikenali. Katakunci: "natural"

Bagi mudah dikenali oleh yang lain, pegang buku, majalah atau bahan bacaan masing-masing.

Pastikan sebelum 10.00: beli tiket ke destinasi pilihan masing-masing dan masuk ke platform.

10.00 : beratur dan menaiki tren yang tiba. Kedudukan adalah bebas samada berdiri ataupun duduk dan juga terpulang kepada pintu dan gerabak pilihan masing-masing.

Jika terlepas tren, naik sahaja tren berikutnya. Teruskan aktiviti membaca. Jumpa di platform Kelana Jaya.

10.45 : Tiba di Kelana Jaya. Keluar dari tren dan berkumpul di platform untuk rehat dan bertukar-tukar pengalaman selama 15 minit.

11.00 : Naik tren semula dan menuju ke destinasi masing-masing.

* Bookmark akan diberi di stesen kelana jaya, semoga Allah permudahkan usaha ini. rasional: untuk mengukuhkan lagi natural setting.

** Penyokong digalak hadir awal bagi memudahkan pembelian tiket di kaunter dan selesa kepada semua.

*** Daftar secara rasmi disini: DAFTAR

Maklumat bergambar dapat di lihat di Fan Page Facebook Baca@LRT

Jumaat, Januari 08, 2010

KEPUTUSAN PILIHANRAYA UMUM KTI




Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh...

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
saya selaku pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya KTI, dengan ini,
secara rasminya mengumumkan Penyandang jawatan-jawatan berikut dalam saf kepimpinan KTI 2010:

A. Presiden: Abuafham

B. Timbalan Presiden 1: Yeopmi

C. Timbalan Presiden 2: Ainur87

D. Setiausaha: Bingkisanurani

E. Bendahari: Abadaa


F. 5 orang AJK terpilih:

1. Shahrael
2. Aliff
3. Mazri
4. Rosma
5. Hudafatinah

Saya juga dengan rasminya melantik 5 lagi AJK berdasarkan undian anda:

6. Silantra
7. Anosasasdira
8. mmsafa
9. Sutera
10. Hynarazak

Menjadikan semua AJK berjumlah 10 orang.

Pengumuman barisan Moderator baru akan diumumkan dalam masa terdekat.

Semua keputusan di atas adalah hasil pungutan suara majoriti anda semua, harap beristighfar bagi yang dilantik dan dapat menjalankan amanah dengan penuh bertanggungjawab.

Jangan menganggap ini sebagai satu bebanan yang berat kerana seperti yang selalu ana sebutkan, KTI ini adalah tempat sukarela, tiada paksaan dan tiada perkara yang mahu menyusahkan mana-mana individu.


Muhammad Hazamin Harun
Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya KTI
Merangkap Penasihat Tetap Komuniti Teman Inteam.


p/s:

Astaghfirullahal'azim, astaghfirullahal'azim, astaghfirullahal'azim.
Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah ALLAHU AKBAR.
Segala puja dan puji hanya untuk Tuhan sekalian alam, Yang Maha Esa, ALLAH SWT. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Amanah ini dterima dengan penuh keinsafan atas dasar setiap amanah yang diberi, membawa bersama satu tanggungjawab yang cukup besar. Terima kasih diucapkan kepada Inteam Records Sdn Bhd (IRSB) dan para pengundi atas kepercayaan yang diberi. Hamba dan sahabat-sahabat di SAF KEPIMPINAN KTI 2010 akan berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan setiap amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

Kepada sahabat-sahabat SAF KEPIMPINAN KTI 2010, mari bekerja sebagai satu keluarga! Yang salah ditegur, yang berat dibantu, yang sukar dimudahkan dan sebagainya. InsyaALLAH, jadikn kerja-kerja ini sebagai ibadah nescaya segalanya akan dipermudah ALLAH swt. Krja-kerja yang bakal kita lakukan insyaALLAH tidak membebankan sejajar dengan KTI itu sendiri sebagai platform amal sukarelawan. Tiada paksaan. Namun jangan pula dipandang enteng ya! Sekian dahulu.

BERSAMA MEMARTABATKAN KTI!
KTI FOR ALL!
SAYA SAYANG KTI!

Husaini Hussein a.k.a. abuafham.

Sabtu, November 07, 2009

HUJAN: BERSABARLAH




Sewaktu kecil, bila hujan turun dengan lebat, saya sering mengeluh, “Mengapa hujan turun?” tanpa saya sedari secara tidak langsung saya telah mengeluh pada suatu kejadian ALLAH SWT.

Bila saya pinta supaya hujan berhenti, saya sebenarnya telah berlaku tidak adil pada alam, pada tumbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan yang memerlukan hujan sebagai sumber air mereka. Saya lupa hujan itu rahmat buat alam, ia membasahi tanah yang kering, membekalkan air kepada tumbuh-tumbuhan, menjadi air minum buat haiwan-haiwan dan juga sebagai sumber air kepada kita juga untuk memenuhi keperluan hidup.

Sekarang bila hujan turun dengan lebat tika mana saya harus menyelesaikan sesuatu urusan, saya tidak lagi mengeluh… Saya tidak boleh pentingkan diri sendiri. Alam juga berhak untuk menerima rahmat ALLAH. Saya hidup di bumi ini bukan berseorangan tetapi saya berkongsi alam ini dengan haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta hidupan lain yang juga ciptaan ALLAH Yang Maha Esa. Justeru, saya memilih untuk bersabar sehingga hujan kembali reda dan seusai itu saya kembali meneruskan kerja-kerja yang tertangguh sebentar tadi….

Selasa, September 15, 2009

Jumaat, Ogos 21, 2009

PAMERAN MEMPERINGATI KEBIADABAN YAHUDI

Kempen Memperingati Masjid Al-Aqsa yang pernah dibakar oleh Yahudi laknatullah.


Antara gambar-gambar dan info terkini yang dipaparkan oleh Persatuan Teman Al-Aqsa. (Al-Aqsa's Friend Society, UIAM).


Khamis, Ogos 20, 2009

MASJID UIA EDAR BUBUR LAMBUK PERCUMA

Pihak Masjid UIA mengedarkan bubur lambuk percuma sempena ketibaan Ramadhan 1430H pada 20 Ogos 2009.


Antara staff yang turut sama membantu mengedarkan bubur lambuk kepada para pelajar dan staff UIA. Turut membantu, salah seorang Wakil Pelajar MPP (a.k.a. SRC), Saudara Mukhlis.

Khamis, Ogos 13, 2009

PERGINYA PEJUANG NASYID YANG DISEGANI

Rata-rata terkejut dengan pemergian Ustaz Asri. Gambar dirakam di Hospital Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur.


Bacaan Yaasin dan tahlil yang diadakan di rumah bonda Allahyarham Ustaz Asri di Kampung Bukit Lancung, Shah Alam. (Saya berkopiah kuning dan berbaju putih, cuba cari...)


Allahyarham Ustaz Asri dikelilingi isteri dan anak-anak beserta hadirin yang turut menziarahi allahyarham.


Proses pengkebumian Allahyarham Ustaz Asri di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Allahyarham dikebumikan selepas solat Maghrib.


Bacaan talkin dan tahlil seusai pengkebumian.

Saya mendapat berita pemergian Ustaz Asri kira-kira jam 11.20 pagi daripada seorang teman di Inteam Records. Saya bergegas ke Hospital Pantai, Bangsar untuk menziarahi Allahyarham. Ramai artis nasyid dan juga penggiat seni yang hadir menziarahi Allahyarham. Pihak media juga hadir membuat liputan. Dalam pukul 3 lebih, jenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumah ibundanya di Kampung Bukit Lancung, Shah Alam. Apabila sampai di rumah bonda Allahyarham, kami semua membacakan Yaasin dan tahlil yang dipimpin oleh seorang Ustaz. Ramai yang hadir menziarahi Allahyarham buat kali terakhir. Kebanyakan yang ditemui menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang paling disegani dikalangan teman-teman. Allahyarham dikebumikan seusai solat maghrib di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Moga ALLAH SWT menempatkan Allahyarham Ustaz Asri dikalangan hamba-hambaNYA yang bertaqwa.

Al-Fatihah.

Khamis, April 30, 2009

[IKLAN] PELEKAT KERETA FREE PALESTINE





Komuniti Teman Inteam dengan kerjasama Inteam Records Sdn Bhd telah mengeluarkan produk terbaru Pelekat Kereta FREE PALESTINE. Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan produk ini, sila berhubung dengan saya. Harga bagi setiap pelekat kereta ini hanya RM10.00 sekeping.

RM10.00 SEKEPING!!!

HUSAINI 013-3005038

Rabu, April 29, 2009

INTERNATIONAL MUSLIM YOUTH CAMP 2009

Peserta perempuan dari pelbagai negara.

Peserta lelaki


Bergambar dengan sekumpulan peserta dari Palestin.


Bergambar dengan peserta-peserta dari Brunei Darussalam.
Alhamdulillah, pada 26 April 2009 hingga 1 Mei 2009, saya berpeluang menjadi ajk bagi program International Muslim Youth Camp 2009 (IMYC).