Halaman

Memaparkan catatan dengan label SHARING MOMENT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SHARING MOMENT. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 24, 2011

Sijil Tauliah Mengajar Agama Di Perak


Sewaktu menemani Bonda menyantuni guru agama beliau, Ustazah Hendon di Manjoi, Ipoh, saya ternampak satu sijil bertulisan jawi yang digantung di dinding rumah Ustazah Hendon. (Saya mudah tertarik untuk baca sebarang materi bertulisan Jawi kerana ia begitu klasik! Jarang jumpa sekarang ini melainkan kalau ke Kelantan, Kedah dan Terengganu.) 
Apabila selesai membacanya, barulah saya tahu ini rupanya Sijil Tauliah Mengajar Agama yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Mungkin negeri-negeri lain juga turut menggunakan sijil yang hampir sama dengan sijil ini. Sekurang-kurangnya, saya pernah tengok dengan mata kepala saya sendiri rupa sijil tauliah yang menjadi kontroversi satu ketika dahulu.

Sekadar ingin berkongsi, pada sijil tersebut tertulis subjek-subjek khusus yang boleh diajar oleh si penerima tauliah. Sebagai contoh, mengajar Al-Quran dan tajwid, mengajar Fekah, mengajar Tauhid. (Rujuk pada bahagian yang ada no 1,2,3 pada sijil). Maksudnya, si penerima tauliah dibenarkan mengajar mengikut subjek yang telah ditetapkan dalam sijil tauliah tersebut. Wujud satu persoalan dalam minda saya, adakah si penerima tauliah dibenarkan mengajar hanya subjek tersebut semata-mata atau si penerima tauliah bebas mengajar agama merangkumi apa jua subjek tetapi fokusnya adalah subjek-subjek yang tertera dalam sijil. 

InshaALLAH, Raya Haji nanti, saya nak ajak Bonda ke rumah Ustazah Hendon lagi. Mungkin waktu itu, saya boleh tanya Ustazah Hendon sendiri. =)

Ahad, Oktober 09, 2011

Nak Kurus Ke?

Gambar saya baru selesai berjogging di Menara Tinjau, Taman Metropolitan Kepong.

"Sejak bulan lepas, rajin betul kau beriadah. Kau mahu kurus ke?" -Rayyan
"Rajin betul awak pergi Taman Botani Shah Alam untuk berbasikal. Tak penat ke?" -Qaisara

Saya akui, sejak 2,3 bulan ini, memang saya 'terlebih' rajin untuk bersukan dan melakukan aktiviti riadah. Jika berkelapangan, saya akan berjogging di Taman Metropolitan Kepong, berbasikal di Taman Botani Negara, Shah Alam mahupun melakukan senaman ringan di bilik. Saya sudah jadikan aktiviti-aktiviti ini sebagai sebahagian daripada rutin harian saya. =)

Nak kurus?
Jawapannya, kurus adalah bonus tetapi ia bukan matlamat utama. Kurus pun, kalau kolestrol dalam badan tinggi, tak guna juga. Sebenarnya, saya rasa terpanggil untuk menjalani kehidupan sihat ini setelah melihat ramai kenalan saya mula menghidapi sakit itu, sakit ini. MashaALLAH, memang sedikit mengerikan apabila mendengar cerita mereka.

Diabetis di usia 19 tahun!
Ada seorang junior saya mengidap penyakit kencing manis (diabetis) di usia muda- 19 tahun! Dia seorang lelaki yang agak kacak dan pandai bergaya. Walaupun dia seorang yang aktif tetapi dia mempunyai tabiat yang kurang sihat iaitu merokok dan gemar minum minuman manis terutama Coke. Kesannya, dia terpaksa menjalani kehidupan sebagai pesakit diabetis diusia yang begitu muda.

Gaya 'pakcik-pakcik' walaupun masih berusia 21 tahun!
Seorang kenalan saya memiliki berat badan melebihi 130kg. Dia mengalami masalah obesiti yang serius. Dia sering kelihatan penat, tidak bermaya, berpeluh-peluh malah berpenampilan seperti 'pakcik-pakcik' yang berusia 40 tahun ke atas sedangkan dia baru berumur 21 tahun. Apabila ditanya, dia memberitahu yang dia jarang bersukan dan tidak mengawal pemakanannya.

Sakit buah pinggang
Kenalan saya ini sudah berumah tangga dan memiliki seorang anak perempuan yang baru berusia setahun. Sedihnya, awal April tahun ini dia pengsan ketika sedang bekerja. Rakan-rakan sekerjanya membawa dia ke hospital dan dia ditahan di hospital selama beberapa hari. Sewaktu saya menziarahi dia di hospital, dia memberitahu yang doktor mengesahkan dia menghidapi penyakit buah pinggang tahap kronik yang menyebabkan dia terpaksa menjalani cuci buah pinggang atau dialisis untuk sepanjang hidupnya. Menurut dia lagi, dia tidak pernah tahu yang dia menghidapi penyakit buah pinggang ini sehinggalah kejadian dia pengsan dan dimasukkan ke hospital.

Sebenarnya, ada lagi kisah-kisah kenalan saya yang membuat saya tersentak mendengarnya. Tetapi, cukuplah 3 cerita ini sahaja untuk saya kongsikan. Sejak itu, saya bertekad untuk menjalani kehidupan yang sihat. Saya menjaga pemakanan saya. Setiap makanan yang saya ambil, saya akan pastikan ianya kurang kolestrol, bersaiz sederhana dan berkhasiat. Saya juga memperuntukkan sedikit wang untuk membeli supplemen tambahan seperti Vitamin C dan lain-lain sebagai makanan tambahan untuk badan saya. Saya juga menyusun jadual saya dan menyediakan waktu bersukan supaya badan saya cergas dan sihat.

Mulakanlah dari sekarang! Jalani kehidupan yang sihat. Berpenampilan cantik, kurus itu bonus. Yang lebih utama ialah SIHAT! =) 


Sabtu, Oktober 08, 2011

Say No To Plastic Bag





Sejak Kempen No Plastic Bag On Saturday ini berlangsung, semakin hari semakin terdidik diri saya untuk mengurangkan penggunaan plastik. Setiap kali ke pasaraya, saya akan meminimumkan penggunaan beg plastik. Adakalanya, saya sendiri yang menolak penggunaan beg plastik dan selesa memegang barang-barang yang saya beli (dalam kuantiti kecil la!) walaupun ia bukan pada hari Sabtu!

Alhamdulillah, ternyata kempen ini berjaya mendidik pengguna seperti saya.

Saya yakin, setiap orang mahu memberi sumbangan kearah Malaysia dan bumi yang lebih baik untuk didiami. Sesungguhnya bumi ini adalah amanah daripada ALLAH swt buat kita selaku manusia yang dianugerahkan akal fikiran. Setiap individu mempunyai peranannya untuk menjaga bumi yang kita cintai ini.

Saya kini sudah mengurangkan penggunaan plastik. Saya juga diajar untuk mengurangkan penggunaan elektrik di bilik oleh roomate saya, Nasrul Nawi. (Thanks Nasrul!). Sejak sebilik dengan Nasrul, saya belajar untuk meminimumkan penggunaan lampu dan kipas di bilik. alhamdulillah...

InshaALLAH, saya turut berhasrat untuk mengadakakan 'Kempen Save Energy' untuk diri sendiri. Buat permulaan, 2 langkah yang saya akan ambil untuk menjayakan 'kempen peribadi' ini. hehe.

  • Mengurangkan penggunaan motorsikal untuk elak pembaziran tenaga petrol dan pencemaran asap motorsikal. Jadi, saya perlu memperbanyakkan berjalan kaki berbanding menunggang motorsikal di dalam kampus. Untuk aktiviti luar kampus, saya rasa bermotorsikal masih relevan. huhu. 
  • Beli beg IKEA atau Jusco yang boleh diguna berulang kali sebagai ganti beg plastik untuk mengisi barang-barang yang akan saya beli kelak di mana-mana pasaraya. (Beg tersebut mestilah boleh dilipat kecil supaya senang masuk poket atau beg. =)



Ahad, Oktober 02, 2011

Menjengah Taman Botani

Ahad lepas, saya, Haziq dan Azida pergi ke Taman Botani Negara Shah Alam. Saya buat 'open invitation' di Facebook, kot-kot ada yang mahu sertai saya. Mulanya plan mahu berbasikal di Taman Botani Shah Alam. Tetapi sebab saya datang lewat (spocket motor ada masalah! huhu), maka kena beratur panjang untuk sewa basikal. Disebabkan malas mahu menunggu, akhirnya kami memilih untuk berjalan menikmati panorama indah alam semulajadi di Taman Botani Shah Alam.

Saya sukakan kedamaiannya. Mendengar bunyi-bunyi haiwan yang tidak pernah sunyi bersuara sambil melihat sinergi alam oleh tumbuh-tumbuhan yang menghijau, nyata meredakan sedikit tekanan yang melanda selama seminggu. =)

Sungguh ciptaan ALLAH itu cukup luarbiasa hebatnya. Terasa kerdil diri ini tatkala melihat kehebatan alam ciptaan ALLAH. Alam juga seakan bertasbih, meratib Asma' Yang Esa, Tuhan Yang Menciptakan kita semua. Syukur...

Alhamdulillah, walaupun tidak dapat berbasikal, berjalan kaki pun satu exercise juga buat badan. Yang penting, apa jua aktiviti yang kita lakukan mestilah ia memberi manfaat kepada diri kita terutama dari aspek kesihatan. Kesihatan perlu dijaga sedari awal. Bukankah pencegahan itu lebih baik dari merawat. (Berfalsafah pula!)

InshaALLAH, selepas ini, harap-harap lebih ramai lagi rakan-rakan yang dapat sertai kami bertiga ke Taman Botani Shah Alam. Mungkin 2 minggu sekali ke atau sebulan sekali ke. =)

Khamis, Februari 17, 2011

Tubuhkan Media Rasmi UIAM


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

  1. Saya rasa, sudah sampai masanya mahasiswa UIAM berfikir untuk mempunyai medium media sendiri yang memberi fokus kepada liputan berita dalam universiti yang tercinta ini.
  2. Media rasmi mahasiswa UIAM ini boleh berperanan menyebarkan berita mengenai sebarang acara rasmi yang berlangsung di UIAM, program-program anjuran persatuan-persatuan di dalam UIAM, liputan khas pilihanraya kampus mahupun pilihan raya kuliyyah based society dan sebagainya. Media ini juga boleh berperanan memberi ruang kepada SRC mahupun KBS/MRC/persatuan-persatuan di dalam UIAM untuk memberi penjelasan mengenai sebarang isu yang menuntut mereka untuk bersuara dan banyak lagi.
  3. Ia juga adalah kesinambungan idea yang pernah dizahirkan oleh Tuan Zamri Mohammad kepada saya dan rakan-rakan.
  4. Untuk permulaan, saya cadangkan ada dua jalur media penting yang boleh diusahakan. Pertama, laman web rasmi yang bakal menempatkan berita bertulis. Kedua, Channel di Youtube untuk menempatkan berita bervideo. Media ini mungkin boleh ditubuhkan dan diletakkan dibawah bidang kuasa sekretariat informasi SRC.
  5. Buat masa ini, saya melihat kewujudan FB Buletin UIAM sangat relevan dan ia wajar diperluaskan menjadi media rasmi mahasiswa UIAM. Jika anda bergerak seorang diri, maka carilah kawan-kawan, tubuhkan satu team untuk gerakkan media ini secara lebih agresif. Fikirkan jalan terbaik sama ada mahu bergerak secara independent sebagai media rasmi mahasiswa UIAM ataupun mahu bernaung dibawah SRC/ kelab yang relevan di Kuliyyah HS.
  6. Saya berharap semoga penubuhan media rasmi mahasiswa UIAM ini menjadi realiti dan menjadi wahana terbaik buat mahasiswa UIAM untuk cakna mengenai isu-isu di dalam kampus. Mahasiswa Pedulisme! -Seperti yang pernah dilaungkan oleh mantan Presiden SRC 09/10, Muhammad Firwan Norliza.

Jumaat, Februari 11, 2011

Voucher RM20 IKEA



MALMA Mirror
28x26cm pine
RM3.80



Saya ada mendaftar sebagai ahli IKEA Friends. Setiap transaksi pembelian di IKEA, saya akan dapat point yang akhirnya saya boleh tebus menjadi voucher. Pada tahun lepas, IKEA kirimkan saya voucher RM20.00. Tahun lepas, saya hanya beli Quilt dan sarung bantal (yang sedang promosi) berharga RM19.90. (Siap tanya President Lawsoc 10/11, Izzat Emir, cara nak guna Quilt! huhu). Selebihnya, makcik saya dan kawan-kawan saya yang guna. Entah apa yang mereka beli sampaikan saya boleh tebus voucher RM20.00! =D

Alhamdulillah, di atas ini adalah barang yang saya beli dengan menggunakan voucher RM20.00 tersebut. Granat cushion berwarna hijau striking ini sangat empuk! Warna pun cantik. (Almaklumlah, peminat warna hijau la katakan!). Barang kedua, saya beli Jall laundry bag with stand. Kenapa beli laundry bag ini? Sebab baldi yang ada, boelh diguna untuk rendam baju. Pakaian kotor boleh diletak di dala laundry bag ini. Kemudian saya beli cermin frame hitam. Harga murah dan nampak sempoi. barang terakhir, bakul sampah berwarna merah striking. Subhanallah, bakul sampah je pun tapi sangatlah lawa! huhu. Jumlah perbelanjaan: RM28.40. Guna voucher RM20.00, saya hanya berbelanja RM8.40 sahaja. (Mode: Happy!)

Kepada kawan-kawan yang nak berbelanja di IKEA, anda boleh pergi dengan saya. Tetapkan masa yang sesuai, kita pergi. Jangan risau, saya amalkan prinsip 'Give and Take' dimana anda dapat diskaun dengan menggunakan kad saya manakala saya pula mengumpul point hasil pembelian anda! =)

Jumaat, Mac 12, 2010

SUBHANALLAH




Subhanallah, hujan turun sebaik sahaja Solat Sunat Istisqa yang diimamkan oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bermula.

Sabtu, Januari 30, 2010

BLOG TENTANG HAMSTER





Saya kini mengendalikan sebuah lagi blog baharu berkenaan Hamster. Di blog ini, saya kongsikan segala info, cerita, gambar-gambar menarik berkenaan hamster dan 'dunia'nya. Blog ini lahir tika mana minat saya terhadap dunia hamster semakin meningkat. Justeru, saya manifestasikan minat saya ini dalam bentuk blog juga supaya kelak ia memberi manfaat kepada pembacanya.

layari:
www.bubustylo.blogspot.com

Ahad, Disember 20, 2009

TEATER NATRAH DI ISTANA BUDAYA

Barisan pelakon teater Natrah diperkenalkan sejurus tamat pementasan teater.


Tepukan gemuruh daripada penonton pementasan teater Natrah.



Harun yang kelakar.

Selasa, Disember 08, 2009

BANJIR OH BANJIR

Keadaan rumah setelah banjir surut. Jenuh membersihkan rumah.



Keadaan didalam rumah ketika banjir.


Fridge yang menyimpan ais krim turut terapung. Keadaan di dalam kedai runcit keluarga.


Diluar rumah. Air makin naik apabila menjelang malam.


Suasana banjir di kampung saya beberapa hari selepas Raya Haji. Nasib baik 8 ekor lembu korban telah selamat dikorbankan. InsyaALLAH ada hikmah disebaliknya.
Sedikit sebanyak, kejadian ini merapatkan lagi hubungan kekeluargaan kami bila sama-sama bergotong royong berpadu tenaga membersihkan rumah. =)

Sabtu, November 07, 2009

HUJAN: BERSABARLAH




Sewaktu kecil, bila hujan turun dengan lebat, saya sering mengeluh, “Mengapa hujan turun?” tanpa saya sedari secara tidak langsung saya telah mengeluh pada suatu kejadian ALLAH SWT.

Bila saya pinta supaya hujan berhenti, saya sebenarnya telah berlaku tidak adil pada alam, pada tumbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan yang memerlukan hujan sebagai sumber air mereka. Saya lupa hujan itu rahmat buat alam, ia membasahi tanah yang kering, membekalkan air kepada tumbuh-tumbuhan, menjadi air minum buat haiwan-haiwan dan juga sebagai sumber air kepada kita juga untuk memenuhi keperluan hidup.

Sekarang bila hujan turun dengan lebat tika mana saya harus menyelesaikan sesuatu urusan, saya tidak lagi mengeluh… Saya tidak boleh pentingkan diri sendiri. Alam juga berhak untuk menerima rahmat ALLAH. Saya hidup di bumi ini bukan berseorangan tetapi saya berkongsi alam ini dengan haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta hidupan lain yang juga ciptaan ALLAH Yang Maha Esa. Justeru, saya memilih untuk bersabar sehingga hujan kembali reda dan seusai itu saya kembali meneruskan kerja-kerja yang tertangguh sebentar tadi….

Ahad, November 01, 2009

MEMANAH DI STAR ARCHERY

Selesa dan kontemporari.


'Posing' selepas memanah. =)



Pada suatu hari di bulan Oktober, saya telah berpeluang untuk pergi ke Star Archery di Sunway Pyramid, Selangor. Kenalan saya menang kuiz di sebuah majalah lelaki popular terbitan Karangkraf, Majalah Maskulin. Seronok jug adapt peluang memanah di Star Archery, tambahan pula PERCUMA! Hehe. Tempat yang selesa dan peralatan yang tidak terlalu sukar untuk dikendalikan menjadikan kami berasa teruja untuk kembali lagi ke tempat itu kelak. Bagi yang baru mula nak menggunakan peraltan disitu, terdapat jurulatih yang akan membantu memberi tunjuk ajar. Kepada mereka yang berminat untuk memanah di Star Archery, bolehlah berkunjung ke Sunway Pyramid. Harga bagi 12 batang anak panah hanya RM9.00 sahaja.

p/s: Saya punyai hasrat untuk mengajak teman-teman KTI untuk ke sana suatu hari nanti…

Sabtu, September 26, 2009

PAGI 1 SYAWAL DI HOSPITAL

Gambar katil di hospital pada hari raya ke-3, beberapa minit sebelum discaj dari hospital.


Ubat-ubatan yang perlu saya ambil selepas discaj nanti.


Sehari suntuk saya terpaksa bergantung dengan alat bantuan pernafasan ini.


Doktor memasukkan ubat cecair melalui saluran di tangan saya.


Ia akan jadi teman setia saya mulai hari ini.

Ahad, September 13, 2009

HADIAH UNTUK MAMA


Tidak sabar hendak pulang beraya bersama keluarga, terutama hendak jumpa mama. Saya ada belikan telefon bimbit terbaru untuk mama saya, Nokia 6120c. Mama pakai telefon lama, Nokia 3310. Sebagai kejutan, 16hb ni saya akan bagi telefon ini kepada mama.

Antara sebab utama saya beli telefon ini adalah untuk memudahkan saya menggunakan aplikasi 3G dengan mama. Boleh cakap sambil tengok muka. Maklumlah, anak bujang mama ini jarang juga balik ke rumah. Tambahan, saya hendak hantar MMS kepada mama supaya mama tahu apa yang saya sedang buat, makan, pelajaran dan lain-lain.

Mulanya nak beli Sony Ericcson. Tetapi bila fikir semula, mama sudah terbiasa dengan nokia. Kalau bagi Sony Ericcson nanti, lain format dan cara pengendaliannya, takut mama tidak mahu guna nanti. Alhamdulillah, mudah-mudahan hadiah yang tidak seberapa ini mampu mengembirakan mama.

Saya pun turut gembira bila mama saya gembira. =)

Sabtu, Ogos 15, 2009

OPICK JALAN-JALAN DI KUALA LUMPUR

Opick dan teman-teman menziarahi pejabat Inteam Records Sdn Bhd.


Opick di Bazaar Tilawah PWTC sempena Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa.


Opick melihat album-album bacaan Al-Quran, zikir dan nasyid yang dijual di Bazaar Tilawah, PWTC.

Opick di KLCC
Opick sedang mencuba salah satu permainan uji minda di Ruang Pameran Sky Bridge, KLCC.

Jumaat, Ogos 14, 2009

KEHILANGAN

Baru-baru ini, saya kehilangan cincin perak kesayangan saya. Sedih rasanya. Saya seorang yang sayangkan barang-barang. Bila hilang macam ini, ada sedikit perasaan ralat. Cincin itu bukan diberi oleh siapa-siapa. Saya sendiri yang beli kerana saya berkenan dengan cincin itu. Saya memakai cincin perak itu sekadar ingin mengikut sunnah Nabi SAW yang pernah memakai cincin perak.

Dari satu sudut, mungkin ada hikmahnya kehilangan cincin itu. Sebelum ini, timbul cakap-cakap yang mengatakan saya sudah bertunang dan cincin itu bukti saya sudah bertunang. Ada juga cakap-cakap yang sampai ke telinga saya mengatakan cincin itu adalah pemberian seseorang yang istimewa. Semua itu adalah salah belaka. Saya tidak pernah bertunang dengan siapa-siapa dan cincin itu saya yang beli sendiri, bukan diberi oleh orang lain.

Dari kehilangan ini, saya belajar erti ikhlas. Saya belajar erti redha atas segala suratan. Terima apa adanya. Sedih itu sudah pasti tetapi ia tidak mengembalikan cincin saya yang telah hilang. Apa yang wajar ialah bersabar dan ikhlas menerima ketentuan yang cincin kesayangan saya itu telah hilang.

Pelajaran sabar, pelajaran ikhlas merupakan antara hikmah disebalik kehilangan ini...

Khamis, Ogos 13, 2009

PERGINYA PEJUANG NASYID YANG DISEGANI

Rata-rata terkejut dengan pemergian Ustaz Asri. Gambar dirakam di Hospital Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur.


Bacaan Yaasin dan tahlil yang diadakan di rumah bonda Allahyarham Ustaz Asri di Kampung Bukit Lancung, Shah Alam. (Saya berkopiah kuning dan berbaju putih, cuba cari...)


Allahyarham Ustaz Asri dikelilingi isteri dan anak-anak beserta hadirin yang turut menziarahi allahyarham.


Proses pengkebumian Allahyarham Ustaz Asri di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Allahyarham dikebumikan selepas solat Maghrib.


Bacaan talkin dan tahlil seusai pengkebumian.

Saya mendapat berita pemergian Ustaz Asri kira-kira jam 11.20 pagi daripada seorang teman di Inteam Records. Saya bergegas ke Hospital Pantai, Bangsar untuk menziarahi Allahyarham. Ramai artis nasyid dan juga penggiat seni yang hadir menziarahi Allahyarham. Pihak media juga hadir membuat liputan. Dalam pukul 3 lebih, jenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumah ibundanya di Kampung Bukit Lancung, Shah Alam. Apabila sampai di rumah bonda Allahyarham, kami semua membacakan Yaasin dan tahlil yang dipimpin oleh seorang Ustaz. Ramai yang hadir menziarahi Allahyarham buat kali terakhir. Kebanyakan yang ditemui menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang paling disegani dikalangan teman-teman. Allahyarham dikebumikan seusai solat maghrib di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Moga ALLAH SWT menempatkan Allahyarham Ustaz Asri dikalangan hamba-hambaNYA yang bertaqwa.

Al-Fatihah.

Rabu, April 29, 2009

INTERNATIONAL MUSLIM YOUTH CAMP 2009

Peserta perempuan dari pelbagai negara.

Peserta lelaki


Bergambar dengan sekumpulan peserta dari Palestin.


Bergambar dengan peserta-peserta dari Brunei Darussalam.
Alhamdulillah, pada 26 April 2009 hingga 1 Mei 2009, saya berpeluang menjadi ajk bagi program International Muslim Youth Camp 2009 (IMYC).




Isnin, April 27, 2009

MAKAN MALAM DI RESTORAN CHENG HO

Di hadapan Restoran Cheng Ho milik Amy Search. Sebelah restoran ini, di tingkat atas adalah pejabat Mawi AF3.

Eksklusif!


Bergambar dengan rakan-rakan KTI dan Amin Inteam.


Rakan-rakan KTI



Warga Inteam Records Sdn Bhd bersama keluarga.
p/s: Majlis Kesyukuran ini diadakan khas untuk semua yang terlibat dalam menjayakan booth IRSB di Pest Buku PWTC 2009. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih IRSB.