Memaparkan catatan dengan label FROM AUTHOR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FROM AUTHOR. Papar semua catatan
Isnin, Ogos 29, 2011
Sabtu, Januari 30, 2010
BLOG TENTANG HAMSTER





layari:
www.bubustylo.blogspot.com
Ahad, Januari 24, 2010
Rabu, Januari 20, 2010
Jumaat, Januari 15, 2010
PILIHANRAYA KAMPUS UIAM 2010

Selamat berpilihanraya kampus!
Sedikit info berkenaan Pilihanraya Kampus UIAM 2010:
Hari Penamaan Calon: 14 Januari 2010.
Tempoh berkempen: 15 Januari 2010 - 20 Januari 2010.
Hari Mengundi: 21 Januari 2010.
Bagi kerusi AIKOL, tiada pertandingan memandangkan dua calon AIKOL telah menang tanpa bertanding.
Tahniah diucapkan buat
Saudara Mohd Syauqi Mohd Suhaimi
dan
Saudari Izyan Hazwani
yang berjaya mewakili suara AIKOLIANs di dalam SRC 09/10.
Laksanakan amanah yang telah diberikan oleh ALLAH swt sebaik mungkin.
Husaini Hussein
TAHNIAH SRC 08/09

Ucapan tahniah buat semua mantan exco SRC 08/09 yang diketuai oleh Saudara Muhammad Sofiyussalam atas segala penat lelah, jerih payah dalam melaksanakan amanah ALLAH swt. Kalian telah memberi khidmat yang terbaik sepanjang menjalankan tugas. Semoga pengorbanan dan usaha kalian diberi ganjaran oleh ALLAH dengan sebaik-baik ganjaran. Ameen.
Terima kasih. Thank you. Syukran. Xiexie. Nandri. Arigato Gozaimas. Kamsahamida. Kumawo. Gracias. Syukriya.
Terima kasih. Thank you. Syukran. Xiexie. Nandri. Arigato Gozaimas. Kamsahamida. Kumawo. Gracias. Syukriya.
Husaini Hussein
Ahad, Disember 27, 2009
WALIMAH ZAIM SRC
(Husaini dengan My Girl sukar dipisahkan...)
Hari ini, saya menghadiri majlis perkahwinan sahabat saya, roomate saya yang juga Ahli MPP UIA (SRC UIA), Saudara Hairulza'im. Mereka sebenarnya telah pun bernikah pada bulan Ogos 2009, cuma majlisnya dibuat hari ini supaya lebih meriah dengan kehadiran sahabat handai dan saudara mara.
Ramai tetamu yang hadir. Makanan yang dihidangkan juga cukup enak. Menurut Zaim, hidangan ini dimasak secara bergotong-royong dengan menggunakan kayu api oleh penduduk Taman Satria, Senawang, Negeri Sembilan. Meriah betul!
Deejay yang bertugas, Saudara Huzaifah turut merancakkan lagi suasana majlis dengan celoteh santai tetapi berilmiah beserta selingan lagu-lagu nasyid yang mewarnai majlis perkahwinan Zaim.
Selamat Pengantin Baharu Zaim dan Fatimatun!
Jumaat, Disember 25, 2009
ADIK HAZMIRUL AEMAN DALAM KENANGAN

Saya dengan ini menzahirkan lafaz takziah saya kepada keluarga Tuan Hasrul diatas pemergian anakanda tercinta, Allahyarham Adik Muhammad Hazmirul B Hasrul yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam 23.Disember.2009 akibat sesak nafas.
Saya berdoa semoga allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan bertaqwa.
ameen.
-Husaini Hussein-
Saya berdoa semoga allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan bertaqwa.
ameen.
-Husaini Hussein-
Isnin, Disember 14, 2009
PEMBUBARAN SAF KEPIMPINAN KTI 2009

Pembubaran ini bagi melengkapkan lagi proses Pilihanraya Umum KTI 2009 supaya ianya dapat dijalankan dengan bebas, adil dan tanpa sebarang pengaruh daripada mana-mana pihak.
Kami di Saf Kepimpinan KTI 2009 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli KTI yang sudi memberi kerjasama, memberi sokongan, kritik saran, cadangan dan idea sepanjang tempoh perkhidmatan kami. Kami juga ingin melahirkan ucapan penghargaan kami kepada pihak Inteam Records Sdn Bhd di atas kepercayaan yang telah diberikan kepada kami. Tidak dilupakan, semua pihak yang terlibat dalam menjayakan semua program anjuran Komuniti Teman Inteam (KTI) bagi tahun 2009.
Sebagai manusia biasa, kami juga ingin memohon maaf atas segala salah silap, kenakalan bicara, terlepas pandang dan segalanya yang telah mengguris hati dan perasaan anda semua. Segala salah silap mohon dimaafi.
Kami berdoa semoga Saf Kepimpinan KTI 2010 akan lebih berperanan efektif dalam memacu KTI ke arah kecemerlangan!
SAF KEPIMPINAN KTI 2009
(abuafham, musaza, tulipsakura, bingkisanurani, ainur87, yeopmi, rosma, sutera, silantra, radziah, mujahidislah, ikmal, hanggukthereturn, myinteam, wahyuni, ikiaz, Aliff, faeyzall, ratusyahadah dan f_niesa)
Khamis, November 26, 2009
SALAM EIDUL ADHA 1430H
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDUL ADHA
buat semua pengunjung blog saya yang beragama Islam.
Bersama kita hayati semangat pengorbanan Para Anbiya', Syuhada, para ulama' dan semua pejuang-pejuang Islam dalam menegakkan kalimah tauhid di muka bumi ini.
-Husaini Hussein
Law Students Society 2009/2010, AIKOL, UIAM.
Saf Kepimpinan Komuniti Teman Inteam 2009
Sabtu, November 07, 2009
HAPPY BIRTHDAY AMIN INTEAM

Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran buat Amin Inteam. Semoga ALLAH SWT mengurniakan keberkatan umur kepada beliau, mengurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada beliau sekeluarga serta memberi kesihatan yang baik kepada beliau sekeluarga.
Tidak dilupakan kepada keluarga bahagia Amin Inteam, semoga keluarga bahagia ini kekal ke syugra dan mendapat perlindungan dari ALLAH SWT.
Husaini Hussein.
Saf Kepimpinan KTI 2009
Komuniti Teman Inteam.
Tidak dilupakan kepada keluarga bahagia Amin Inteam, semoga keluarga bahagia ini kekal ke syugra dan mendapat perlindungan dari ALLAH SWT.
Husaini Hussein.
Saf Kepimpinan KTI 2009
Komuniti Teman Inteam.
Selasa, November 03, 2009
DOA BUAT SAUDARA MUJAHID DAN ISTERINYA

Saya mendapat berita dari Saudari raihan Mustapa Kamal bahawa sahabat saya, Saudara Abdullah Mujahid Hasanuddin dan isteri, Saudari Nihlah telah dimasukkan ke wad di Hospital Ampang Puteri setelah disahkan positif H1N1. Isteri Saudara Mujahid dikhabarkan juga sedang mengandung anak sulung mereka pada ketika ini. Sama-sama kita berdoa kepada ALLAH SWT semoga Saudara Mujahid serta keluarganya kembali sihat seperti sediakala dan diselamatkan ALLAH SWT dari sebarang bala bencana. ameen.
Husaini Hussein
Law Students' Society 2009/2010
Isnin, November 02, 2009
ALL THE BEST IN YOUR FINAL EXAM!
Ahad, Oktober 25, 2009
AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM DR ZAINUDDIN JAAFAR
Saya menzahirkan ucapan takziah kepada sahabat saya di Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law (AIKOL), Saudari Ulfah Mansurah dan keluarga di atas pemergian ayahandanya, Allahyarham Dr Zainuddin Jaafar yang kembali ke rahmatullah petang tadi.
Belasungkawa: Allahyarham Dr Zainuddin Jaafar
Ringkasnya Allahyarham merupakan bekas Dekan di Pusat Matrikulasi UIAM sekitar tahun 1994. Allahyarham pernah menjadi Rektor Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) sebelum berkhidmat sebagai Pensyarah Undang-undang di Universiti Brunei Darussalam. Allahyarham juga pernah menjawat jawatan Penasihat Syariah bagi CIMB Bank. Saya berpeluang bertemu allahyarham pada tahun 2003 ketika beliau diamanahkan menjadi Yang Dipertua PIBG Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Allahyarham juga adalah mantan Exco ABIM.
Marilah sama-sama berdoa agar Allahyarham Dr Zainuddin Jaafar ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada ALLAH swt. Ameen.
Semoga Saudari Ulfah Mansurah dan keluarga tabah dan redha dengan pemergian allahyarham.
Info: Dipetik dari Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Mohamad Husaini Bin Hussein
Belasungkawa: Allahyarham Dr Zainuddin Jaafar
Ringkasnya Allahyarham merupakan bekas Dekan di Pusat Matrikulasi UIAM sekitar tahun 1994. Allahyarham pernah menjadi Rektor Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) sebelum berkhidmat sebagai Pensyarah Undang-undang di Universiti Brunei Darussalam. Allahyarham juga pernah menjawat jawatan Penasihat Syariah bagi CIMB Bank. Saya berpeluang bertemu allahyarham pada tahun 2003 ketika beliau diamanahkan menjadi Yang Dipertua PIBG Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Allahyarham juga adalah mantan Exco ABIM.
Marilah sama-sama berdoa agar Allahyarham Dr Zainuddin Jaafar ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada ALLAH swt. Ameen.
Semoga Saudari Ulfah Mansurah dan keluarga tabah dan redha dengan pemergian allahyarham.
Info: Dipetik dari Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Mohamad Husaini Bin Hussein
Khamis, Ogos 27, 2009
PAKAI 'MASK' KE BAZAAR RAMADHAN
Sabtu, Ogos 22, 2009
Isnin, April 27, 2009
MAKAN MALAM DI RESTORAN CHENG HO
Khamis, Mac 12, 2009
CERAMAH MAULID NABI UST NABIL FAR EAST HARI INI DI UIA!!!

CERAMAH MAULID NABI
"MALU RASANYA MENGATAKAN CINTA"
Oleh USTAZ NABIL AHMAD (FAR EAST)
Tarikh : 12 MAC 2009
Masa : 8.30pm - 11.00pm
Tempat : Main Auditorium UIAM, Gombak.
Penampilan Khas INTEAM REUNITED
Anjuran : Law Society, Ahmad Ibrahim Kulliyyah Of Law (AIKOL), UIAM.
ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR.
TOLONG SEBARKAN.
PROGRAM INI ADALAH BERSEMPENA SAMBUTAN MAULID NABI ANJURAN LAW SOCIETY DAN MAHALLAH SAFIYYAH.
Selasa, Januari 27, 2009
TAHNIAH SAHABAT!

Entri ini ditulis sebagai satu penghargaan, ucapan tahniah dan takziah buat saya kepada sahabat saya, Mohd Hairulza'im Bin Md Zin atas kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Kampus UIAM baru-baru ini. Didoakan moga beliau tabah dan kuat menghadapi hari-hari yang mendatang sebagai pemimpin mahasiswa UIAM.
Selamat bertugas YB! Ops... YB merujuk kepada Yang Bertanggungjawab, Yang Berkhidmat, bukan Yang Berhormat. =)
p/s: gambar tersebut diambil pada TAHUN LEPAS di Majlis Perlancaran Album Nasyid Legenda 2, Ust Akhil Hayy. Waktu itu, saya berisi sedikit. hehe
Selasa, Disember 09, 2008
SALAM TAKZIAH

Juga tidak dilupakan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur. Cekalkan hati dan redha pada ketentuan Ilahi. Moga iman kita kian bertambah.
Langgan:
Catatan (Atom)