Halaman

Isnin, Julai 09, 2007

MAHALNYA PENGALAMAN

Cuti semester bagi mahasiswa dan mahasiswi pun bermula!!!
Masing-masing mula mencari pekerjaan bagi memenuhi masa terluang. Tidak kurang juga yang menyambung pengajian secara 'part time' di pondok-pondok pengajian bagi menambah ilmu didada. (ayat popular yang sering digunakan ialah 'menadah kitab') Saya pun turut mengambil kesempatan di kelapangan ini untuk menambahkan kemahiran yang belum saya perolehi lagi.
Cuti terluang ini telah saya manfaatkan untuk belajar tentang pengurusan sebuah syarikat. Sewaktu mula bercuti, saya telah diberi kesempatan untuk bersama-sama mengendalikan 'event management' bagi sambutan maulidur rasul peringkat kebangsaan. Saya jadi penolong pengarah pentas. Seronok juga jadi orang belakang tabir. hehe. Saya juga agak teruja apabila cuti kali ini saya sering di undang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama adik-adik dan remaja-remaja dalam slot motivasi. Sedikit sebanyak, saya telah mempelajari untuk berkomunikasi dengan baik di khalayak ramai. Saya juga kini dalam proses menyiapkan skrip terjemahan saya. Jika di izin ALLAH, akan terbitlah buku pertama saya dan rakan-rakan saya nanti. (terjemah je...) Dalam cuti ini juga, saya diberi kesempatan untuk bekerja di tempat kegemaran saya, Sek Ren Islam Al-Amin, KL. Alhamdulillah.
InsyaALLAH, cuti berbaki ini saya nak menambahkan pengalaman saya dalam pelbagai bidang supaya impian saya untuk jadi insan yang serba boleh tercapai! Saya harap dalam usia muda ini, saya dapat mengumpulkan seberapa banyak pengalaman yang berguna untuk bekalan saya kelak. Yang penting, segala apa yang kita usahakan, kita bermohon dan bersyukur kepada Tuan Punya Alam, ALLAH SWT.

Tiada ulasan: