Halaman

Isnin, Julai 09, 2007

MINGGU ORIENTASI UIAM 07/08 (TAARUF WEEK)

Memang 'taaruf week' di UIA gombak agak berbeda dari minggu orientasi yang pernah saya sertai. Layanan agak baik dan matang. Dari aspek makanan pula, sarapan pagi memang agak mengecewakan. Tapi bila tiba makanan tengah hari, malam dan minum malam makanan boleh dikategorikan sebagai kelas ke 2! AJK pelaksana juga agak 'sporting' dengan kami (kecuali DNI, nama lupa la...) Dia agak tegas dan sering bernada keras. Namun, memang sesuai dengan tugas dia sebagai Biro Disiplin dan Ibadah.

Ramai kawan baru yang sebelum ini saya tidak kenal di CFS IIUM. Ada juga sahabat dari KISAS yang sudah lama saya tidak jumpa. Tidak lupa juga sahabat dari SARJANA yang agak 'meletup' bila datang uia ni. Sedih juga apabila Malam Kebudayaan tidak jemput artis nasyid untuk buat persembahan seperti di CFS dahulu. Namun, kesedihan terubat dengan persembahan sahabat-sahabat saya yang cukup bermakna buat saya. Santai dan bermesej.

Saya tinggalkan segala warna-warni kenangan 'Taaruf Week' kali ini dengan sebuah azam baru. Di dewan ini (CAC) saya mula menjejakkan kaki ke uia, bermula dengan taaruf week hinggalah selamat saya baiah secara rasmi sebagai mahasiswa uia, saya akan belajar, belajar dan terus belajar hinggalah di dewan ini jugalah satu hari nanti, saya akan terima ijazah saya yang pertama, Ijazah Sarjana Muda Undang-undang!

Tiada ulasan: