Halaman

Khamis, September 20, 2007

BISNES DI BULAN RAMADHAN


Betapa barakahnya bulan Ramadhan ini hinggakan ramai orang boleh jadi Orang Kaya Baru (OKB) dalam bulan ini. Di Bazaar Ramadhan, kita dapat lihat betapa ramainya orang berniaga. Walaupun sebelum ini tidak pernah berniaga pun, tapi Ramadhan punya pasal, orang tak pandai berniaga pun boleh pandai.

Skop perniagaan cukup luas. Makanan, pakaian, alat kelengkapan ibadah, album nasyid, pelita tak lupa juga buku agama! Disinilah peluang yang terbuka luas untuk anda 'test market' dan menguji bakat berniaga anda.

Tak semestinya bila nak berniaga, anda perlu buka meja, pasang payung dan sewa tapak di bazaar Ramadhan tu. Anda juga boleh jadi "ahli mesyuarat tingkap" yang menjual barang-barang jualan anda kepada jiran-jiran terdekat dan orang sekitar kawasan perumahan anda. Jimat kos. Anda juga boleh buat satu katalog dan pas kat kawan-kawan anda di pejabat. (Pastikan waktu rehat sahaja) Tidak dilupakan melalui medium yang cukup popular belakangan ini, internet! Dengan menggunakan kaedah yang saya sebut tadi, anda dapat jimatkan kos. Rakan-rakan dan jiran-jiran anda juga sebenarnya adalah 'promoter terbaik' sekiranya mereka berpuas hati dengan kualiti barangan anda dan berasa puas berurusniaga dengan anda. Saya yakin mereka akan sebarkan kepada rakan-rakan mereka tentang produk anda dan kepuasan berurusniaga dengan anda. (Sebagai penjual, saya pernah alaminya!)

Luaskan jaringan perniagaan anda! Tak semestinya kalau nak berniaga kena berniaga di bazaar Ramadhan sahaja kan?

1 ulasan:

Raihan Mustafa KamaL berkata...

Husaini,
Teringat aku ada sorang hamba Allah ni, menghantar sms kepada aku. Yang aku terkejut, dia
promote serunding daging.Tak pernah aku terima sms macam itu. Tapi agak kretiflah orang itu.

Itulah sekarang, macam-macam cara orang nak promote. Sampai digunakan segala macam teknologi yang ada untuk melariskan jualan.