Halaman

Isnin, September 17, 2007

KERJA VOL 3


Saya bertugas di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Lumpur selama tiga bulan. Bulan pertama saya menggantikan Cikgu Arman yang berpindah kerja. Saya mengajar subjek Sains dan Matematik. Subjek ini diajar dalam Bahasa Inggeris. Memang seronok mengajar di Sekolah Al-Amin ini. Murid-murid Al-Amin comel sangat. Mereka panggil saya Sir Husaini. =p Pada bulan kedua saya mengajar Bahasa Melayu darjah 4 dan 5 serta Kajian Tempatan menggantikan Cikgu Murtasa yang menjalani pembedahan ketika itu. Bulan ini agak mencabar kerana walaupun saya mengajar subjek mudah namun saya turut menjadi guru kelas! Baru saya tahu betapa susahnya menjadi guru kelas. tapi yang seronoknya, saya bertambah rapat dengan murid-murid saya. Sewaktu mengajar pada bulan kedua ini, saya dipanggil Ustaz Husaini! Murid Al-Amin cukup baik. Mereka sopan. Saya tidak memuji sebarangan.
Saya suka suasana atau 'biah solehah' yang ada di sekolah ini. Suasana ini yang membuat saya tenang dan selesa di sekolah ini. Sepanjang saya mengajar di sekolah ini, hati saya terhibur dengan keletah murid-murid Al-Amin yang aktif dan pintar. Melihat senyuman manja mereka membuatkan saya menjadi antara manusia paling bahagia ketika itu.
Saya memang suka kanak-kanak. Guru-guru di Al-Amin juga ibarat guru bagi saya memandangkan mereka acapkali berkongsi cerita, pengalaman dan ilmu yang mereka ada. Pada bulan terakhir, saya ditugaskan menjadi Guru Pusat Sumber. Saya tak suka jadi Guru Pusat sumber kerana saya tidak dapat mengajar. Hanya mengadap timbunan buku di Pusat Sumber! Selepas tamat tempoh perkhidmatan saya, saya membuka kelas tuisyen di sekolah tersebut. Sedikit sebanyak terubat juga rindu saya dengan melihat sebahagian anak-anak murid saya yang menyertai kelas tuisyen itu.
Mengajar di Al-Amin merupakan satu rahmat dari ALLAH kepada saya. Saya syukur. Kini walaupun sudah tidak mengajar lagi disitu, setiap kali saya melintasi kawasan sekolah itu, saya pasti teringat akan segala memori indah sewaktu di Al-Amin. Saya sayang Al-Amin!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih untuk sedikit gambaran mengenai sekolah al-amin. Tapi bagaimana caranya saya mencari maklumat lebih lanjut mengenai sekolah ini? lokasi, fee, matapelajaran etc.

Husaini berkata...

Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Lumpur dekat dengan Jelatek. naik LRT PUTRA turun stesen JELATEK.

Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak dekat dengan UIAM.

try cari kat internet. saya pun tak berapa pasti sama ada sekolah ini ada websiote atau tidak.