Halaman

Khamis, November 01, 2007

KEPUTUSAN UNDI IKLAN RAYA PALING BEST 2007

1. 59% mengatakan IKLAN RAYA PETRONAS 2007 adalah IKLAN RAYA PALING 'BEST' SEKALI bagi tahun ini, 2007 walaupun wujud khabar yang mengatakan bahawa iklan ini diciplak dari majalah Haluan. (Memang tidak dinafikan pun khabar itu) Apa pun, anda yang menilai seni dan mesej sesebuah iklan. Masing-masing punya pendapat tersendiri. Mesej yang ingin disampaikan menjadi amat menarik apabila diterjemahkan melalui hasil seni kreatif (iklan). Tidak dinafikan, pada setiap tahun, pasti semua akan ternanti-nanti iklan yang bakal diterbitkan oleh pihak Petronas. Tahniah Petronas! Usaha untuk memurnikan rakyat dengan hasil kretif ini wajar dicontohi.

2. Diikuti IKLAN RAYA TV3 SEBANYAK 27%. Iklan ini mengandungi unsur humor yang mampu membuat penonton ketawa. Gandingan Adibah Noor dan Yu Hang yang saban tahun memenuhi iklan menarik di televisyen merupakan satu gandingan yang cukup mantap. Ditambah dengan unsur 'hiperbola' apabila peluh Adibah Noor ibarat simbahan air yang mampu membuat kucing lari! Tak kurang juga ais krim besar berwarna hijau yang telah mengiurkan Adibah! TV3 wajar dipuji atas kelainan yang cuba ditampilkan. Syabas!

3. IKLAN RAYA PROTON sebanyak 13%. Entah apa yang berlaku sehinggakan iklan ini hanya singgah di layar televisyen beberapa ketika sahaja sebelum Aidilfitri. Selepas itu, iklan ini seakan-akan ghaib. Adakah di 'gam'? Hanya Proton ada jawapannya. Cubaan Proton tampil dengan iklan sebegini merupakan cubaan berani bersesuaian dengan suasana perfileman di Malaysia yang hangat dengan cerita hantunya. Mesejnya mudah, pakai tali pinggang keselamatan walaupun anda duduk di tempat belakang!

4. Dan IKLAN RAYA TM yang tanpa sebarang undi. Mungkin yang mengundi adalah terdiri daripada kalangan muda mudi masa kini yang agak kurang tersentuh dengan penceritaan sejarah negara kita. TM wajar dipuji atas usahanya. Pun begitu, iklan ini sewajarnya disampaikan dengan cara yang lebih ringkas tetapi kreatif seperti iklan-iklan TM pada tahun-tahun lepas.


TERIMA KASIH YANG TELAH MENGUNDI.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hehehe..iklan petronas memang best!!!..x silap ana,ana pernah baca kisah pasal iklan tue dr cikgu ana..kira benda tue dah memg lama ade..