Pernah dengar orang melatah? Sekarang ini, orang melatah tak kira tua atau muda. Cuma yang tak sedapnya apabila melatah dengan menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sedap didengar. Mungkin agak sukar untuk ubah tapi apa kata anda mencuba! (Jika anda melatah la)
Jika anda mahu melatah, cuba TUKAR dari perkataan-perkataan yang mencarut atau kurang sopan KEPADA untaian zikir. Contoh: Subhanallah Walhamdulillah Allahuakbar.
Cara terbaik nak ubah, mungkin buat permulaan, anda boleh biasakan lidah anda dengan mengucap berkali-kali perkataan zikrullah ini. Lama-lama pasti anda akan melatah pun dengsn zikrullah.
Kan senang nak tambah pahala. Sambil melatah pun boleh dapat pahala! Cubalah! Gerenti syok!
1 ulasan:
Manusia sentiasa mempunyai dua pilihan. Tetapi jalan kepada kebaikan selalunya nampak kurang menarik.
Catat Ulasan