Halaman

Rabu, Mei 21, 2008

HUSAINI KEMBALI

Lama saya tinggalkan blog kesayangan saya ini. Bukan merajuk, bukan menyepi. Tapi kesibukan saya menguruskan perniagaan sendiri mengekang masa saya untuk menghadap komputer. Alhamdulillah, berkat kasih sayang ALLAH, saya telah menjalankan perniagaan menjual telefon bimbit dan kad isian semula (top up). Banyak juga dugaan yang saya tempuhi di awal pembukaan kedai tersebut. Saya juga pelajari banyak benda baru sepanjang menguruskan syarikat yang saya beri nama HS Technologies ini. Sepanjang cuti semester ini, saya manfaatkan masa saya dengan menimba ilmu dalam bidang perniagaan. Menguruskan HS Technologies mendekatkan saya dengan budaya kerja orang cina. Mereka mahu segalanya pantas tapi teliti. Apabila berurusan dengan orang cina, mereka mementingkan kepuasan pelanggan dan ketepatan masa. Mereka juga tidak suka membuang masa dengan berbual perkara yang tidak mendatangkan faedah. Yang paling penting, apabila anda menjadi pelanggan tetapnya, banyak keistimewaan yang anda peroleh.

Saya bersyukur kerana diberi kesempatan menguruskan perniagaan sendiri dengan baik. Kalau sebelum ini saya jalankan perniagaan sekadar untuk tambah duit poket dan suka-suka, kini saya jalankan perniagaan sendiri dengan serius. Niat saya menceburi bidang perniagaan ini bukan atas dasar wang ringgit semata-mata. Lebih dari itu, saya berazam untuk meningkatkan ekonomi orang Islam. Biarlah cita-cita besar saya bermula dari usaha yang kecil. Saya akan berusaha sedikit demi sedikit untuk maju dan terus maju. Saya sudah pun memilih jalan ini dan saya tidak akan berundur.
Saya belajar kerana ALLAH dan bekerja untuk Ummah!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

the road ahead is winding, its all about sweat and tears, and luck as well
unless if you r a born in the family that enjoys food in silver and gold plate

As berkata...

Husaini, seronok baca this story. I just wish you all the best and hope to see u soon. :)

izzah berkata...

salam.

berusaha!!walaupun susah,insya'Allah ada hikmah disebaliknya..

insya'Allah,permulaan yang baik,akan berakhir dengan kebaikan.=)

salam ukhwah.

Norlela Zubir berkata...

Assalamualaikum.
Husaini, hampir semua bisnes bermula secara kecil-kecilan. InsyaAllah anda di landasan yang betul. Teruskan usaha yang bagus ini.