Halaman

Jumaat, Januari 16, 2009

SEKITAR PILIHAN RAYA KAMPUS 2009: UIAM

Pagi ini, notis terbaru berkenaan Pilihan Raya Kampus 2009 UIAM dikeluarkan. Hari Penamaan Calon yang sepatutnya berlangsung pada hari ini, Jumaat, 16.Januari.2009 dipinda ke hari Isnin, 19.Januari.2009. Manakala Hari Pembuangan Undi yang dijadualkan berlangsung pada Isnin, 19.Januari.2009 ditunda ke hari Khamis, 22.Januari.2009.

Notis terbaru ini dikeluarkan berikutan arahan Penundaan Segala Aktiviti Akademik Mahupun Bukan Akademik Pelajar UIAM oleh Pihak Rektor UIAM bermula hari ini, Jumaat, 16.Januari.2009 hingga Ahad, 18.Januari.2009. Penundaan ini adalah berikutan masalah krisis bekalan air yang melanda kawasan Gombak.

P/S: Sebagai mahasiswa UIAM, saya mendoakan Pilihan Raya Kampus 2009 UIAM berjalan dengan lancar. Setakat ini, saya dapat tahu 2 orang sahabat saya menyertai pilihan raya kali ini sebagai calon. Buat yang terbaik ya!

Tiada ulasan: