Halaman

Ahad, April 12, 2009

FINAL EXAM SUDAH TAMAT, CUTI SEMESTER PUN BERMULA!

Alhamdulillah, peperiksaan akhir semester saya tamat hari ini. Syukur. 

Cuti semester pun bermula! Saya suka cuti semester kerana dalam tempoh masa inilah saya berpeluang menggilap bakat saya, menambah skill tambahan yang belum saya miliki dan menambah ilmu kehidupan yang masih belum saya terokai semuanya. Impian saya untuk menjadi seorang yang versatile atau dalam bahasa Melayu, insan serba boleh mestilah disusun dengan strategi yang baik. Saya tidak mahu sekadar meletak impian dan membiarkannya tanpa sebarang usaha kearahnya kerana ia hanya akan membuatkan impian saya itu menjadi angan-angan Mat Jenin. 

Dalam cuti-cuti sebelum ini, saya sudah berpeluang menjadi Guru Ganti di Sekolah Rendah Islam Al-Amin KL, buka gerai jualan CD nasyid dan zikir beserta majalah Islamik di lokasi-lokasi terpilih, mengendalikan perniagaan sendiri (jual telefon bimbit dan kad tambah nilai sebelum saya serahkan perniagaan ini kepada adik saya), jadi perunding takaful bagi Etiqa Takaful (sampai sekarang), PA (personal assistant) sementara artis dan banyak lagi.  

Cuti kali ini, saya berpeluang menjaga booth Inteam Records di Pesta Buku Antarabangsa PWTC. Saya juga berpeluang menjadi tutor bagi beberapa orang pelajar sekolah menengah bermula pada bulan ini. Tetapi, saya masih mencari peluang untuk kerja dalam bidang lain pada bulan 5 ini memandangkan Pesta Buku hanya berlangsung selama 10 hari sahaja. Saya mengajar tuisyen dan menjadi tutor pada waktu malam. Selepas pesta buku berakhir, waktu siang saya akan kosong tanpa kerja. 

Pada bulan 5 ini, saya cadang hendak memohon kerja di bidang penerbitan, rekaan grafik, di belakang tabir atau yang sewaktu dengannya. Mungkin saya nak mencuba nasib di PTS ke, Inteam Records ke, Media Prima ke (high class giler...) atau mana-mana produksi ke. JAKIM ke... (uhuk...uhuk...). Berjaya atau tidak, itu soal nombor 2. Yang penting, saya hendak mencuba! (teringin hendak bekerja di sebalik tabir sesebuah penerbitan). Saya harap, impian saya ini tercapai sepanjang cuti semester kali ini. 

Tahun ini pula, saya memasang cita-cita untuk menulis buku dengan PTS. Saya akan gilap skill penulisan saya, hadiri kuliah Sifu PTS dan baca sebanyak mungkin buku-buku yang boleh menambah nilai pengetahuan saya dan skill saya. Moga ALLAH permudahkan urusan saya. Ameen. Kepada pembaca yang budiman, tolong doakan saya ya! 

1 ulasan:

muslimah berkata...

semoga apa yang diharapkan akan dimakbulkn dan dipermudahkan oleh Allah...sifat yang sangat bagus... berani mencuba..dapat atau tidak, itu belakang kira.......