Halaman

Khamis, Ogos 13, 2009

PERGINYA PEJUANG NASYID YANG DISEGANI

Rata-rata terkejut dengan pemergian Ustaz Asri. Gambar dirakam di Hospital Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur.


Bacaan Yaasin dan tahlil yang diadakan di rumah bonda Allahyarham Ustaz Asri di Kampung Bukit Lancung, Shah Alam. (Saya berkopiah kuning dan berbaju putih, cuba cari...)


Allahyarham Ustaz Asri dikelilingi isteri dan anak-anak beserta hadirin yang turut menziarahi allahyarham.


Proses pengkebumian Allahyarham Ustaz Asri di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Allahyarham dikebumikan selepas solat Maghrib.


Bacaan talkin dan tahlil seusai pengkebumian.

Saya mendapat berita pemergian Ustaz Asri kira-kira jam 11.20 pagi daripada seorang teman di Inteam Records. Saya bergegas ke Hospital Pantai, Bangsar untuk menziarahi Allahyarham. Ramai artis nasyid dan juga penggiat seni yang hadir menziarahi Allahyarham. Pihak media juga hadir membuat liputan. Dalam pukul 3 lebih, jenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumah ibundanya di Kampung Bukit Lancung, Shah Alam. Apabila sampai di rumah bonda Allahyarham, kami semua membacakan Yaasin dan tahlil yang dipimpin oleh seorang Ustaz. Ramai yang hadir menziarahi Allahyarham buat kali terakhir. Kebanyakan yang ditemui menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang paling disegani dikalangan teman-teman. Allahyarham dikebumikan seusai solat maghrib di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Moga ALLAH SWT menempatkan Allahyarham Ustaz Asri dikalangan hamba-hambaNYA yang bertaqwa.

Al-Fatihah.

Tiada ulasan: