Ahad, September 13, 2009
HADIAH UNTUK MAMA
Tidak sabar hendak pulang beraya bersama keluarga, terutama hendak jumpa mama. Saya ada belikan telefon bimbit terbaru untuk mama saya, Nokia 6120c. Mama pakai telefon lama, Nokia 3310. Sebagai kejutan, 16hb ni saya akan bagi telefon ini kepada mama.
Antara sebab utama saya beli telefon ini adalah untuk memudahkan saya menggunakan aplikasi 3G dengan mama. Boleh cakap sambil tengok muka. Maklumlah, anak bujang mama ini jarang juga balik ke rumah. Tambahan, saya hendak hantar MMS kepada mama supaya mama tahu apa yang saya sedang buat, makan, pelajaran dan lain-lain.
Mulanya nak beli Sony Ericcson. Tetapi bila fikir semula, mama sudah terbiasa dengan nokia. Kalau bagi Sony Ericcson nanti, lain format dan cara pengendaliannya, takut mama tidak mahu guna nanti. Alhamdulillah, mudah-mudahan hadiah yang tidak seberapa ini mampu mengembirakan mama.
Saya pun turut gembira bila mama saya gembira. =)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
bagus sahabat....
http://ntvirus.wordpress.com
Pasti mama awk terharu...=)
ank mithali ... bagus2 ...
salam ramadhan~~
apa yang saya buat ini tidak lebih sekadar ingin mengimbirakan hati mama saya dan juga mahu memudahkan perhubungan antara kami.. teknologi kan ada... justeru, gunakan sebaik mungkin...
salam..anak yg baik..amin..mama pasti terharu..husaini,insyallah cadang nak dtg beraya kt rumah enta nnti..hehehe
alhamdulillah :)
Catat Ulasan