Halaman

Sabtu, Oktober 24, 2009

DETIK KEMATIAN by INTEAM


Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

[C/O]
Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?

LAGU:FRIZDAN
LIRIK :FRIZDAN
ALBUM: NUR INSANI

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..oh blog under construction... ni cover album baru inteam? erm, gambar kat tepi tu,(gmbar profile) cam tak sesuai. letak gambar yang kemas sikit. (sekadar cadangan)

Muhammad Qaf Qayyum Mukhtar berkata...

Better bagi la nama. Bukan nak siasat pun dari abang Husaini ni. Wah nice design dari abang Helmi Laden sorang ni.

Husaini berkata...

Tanpa Nama, insyaALLAH saya akan tukar gambar tersebut. Terima kasih atas cadangan Tanpa Nama.

Qayyum, Hilmi Laden memang seorang yang berjiwa seni. Karyanya halus... Kalau Dainuri hendak buat album nanti, boleh minta Hilmi Laden buat cover album... Mesti mantap!

Muhammad Qaf Qayyum Mukhtar berkata...

Salam kepada abang Husaini, saya sudah tidak bersama Dainurii. Masih belajar asas kembali, sebelum ni terjah sahaja dlm bidang nasyid, sekarang mencari asasnya dahulu.

Nadirah Ahmad Azam berkata...

detik kematian..
pastikan tiba jua..