Halaman

Isnin, Disember 14, 2009

PEMBUBARAN SAF KEPIMPINAN KTI 2009

Dengan lafaz Bismillah, saya dengan ini mengumumkan pembubaran Saf Kepimpinan KTI 2009 berkuatkuasa pada hari ini, 14.Disember.2009 bersamaan 26 Zulhijjah 1430H.

Pembubaran ini bagi melengkapkan lagi proses Pilihanraya Umum KTI 2009 supaya ianya dapat dijalankan dengan bebas, adil dan tanpa sebarang pengaruh daripada mana-mana pihak.

Kami di Saf Kepimpinan KTI 2009 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli KTI yang sudi memberi kerjasama, memberi sokongan, kritik saran, cadangan dan idea sepanjang tempoh perkhidmatan kami. Kami juga ingin melahirkan ucapan penghargaan kami kepada pihak Inteam Records Sdn Bhd di atas kepercayaan yang telah diberikan kepada kami. Tidak dilupakan, semua pihak yang terlibat dalam menjayakan semua program anjuran Komuniti Teman Inteam (KTI) bagi tahun 2009.

Sebagai manusia biasa, kami juga ingin memohon maaf atas segala salah silap, kenakalan bicara, terlepas pandang dan segalanya yang telah mengguris hati dan perasaan anda semua. Segala salah silap mohon dimaafi.

Kami berdoa semoga Saf Kepimpinan KTI 2010 akan lebih berperanan efektif dalam memacu KTI ke arah kecemerlangan!


SAF KEPIMPINAN KTI 2009
(abuafham, musaza, tulipsakura, bingkisanurani, ainur87, yeopmi, rosma, sutera, silantra, radziah, mujahidislah, ikmal, hanggukthereturn, myinteam, wahyuni, ikiaz, Aliff, faeyzall, ratusyahadah dan f_niesa)

Tiada ulasan: