Halaman

Ahad, Disember 27, 2009

WALIMAH ZAIM SRC

Apa yang zaim dan zaujah dia buat sama macam Gong Chan dan Yoo Rin buat dalam drama Korea kan? =)
(Husaini dengan My Girl sukar dipisahkan...)


Bergambar dengan pengantin baharu merangkap 'roomate'ku yang kurang rumit. hehe


Antara kenalan yang hadir.



Hari ini, saya menghadiri majlis perkahwinan sahabat saya, roomate saya yang juga Ahli MPP UIA (SRC UIA), Saudara Hairulza'im. Mereka sebenarnya telah pun bernikah pada bulan Ogos 2009, cuma majlisnya dibuat hari ini supaya lebih meriah dengan kehadiran sahabat handai dan saudara mara.
Ramai tetamu yang hadir. Makanan yang dihidangkan juga cukup enak. Menurut Zaim, hidangan ini dimasak secara bergotong-royong dengan menggunakan kayu api oleh penduduk Taman Satria, Senawang, Negeri Sembilan. Meriah betul!
Deejay yang bertugas, Saudara Huzaifah turut merancakkan lagi suasana majlis dengan celoteh santai tetapi berilmiah beserta selingan lagu-lagu nasyid yang mewarnai majlis perkahwinan Zaim.

Selamat Pengantin Baharu Zaim dan Fatimatun!

Tiada ulasan: