Halaman

Khamis, April 30, 2009

[IKLAN] PELEKAT KERETA FREE PALESTINE





Komuniti Teman Inteam dengan kerjasama Inteam Records Sdn Bhd telah mengeluarkan produk terbaru Pelekat Kereta FREE PALESTINE. Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan produk ini, sila berhubung dengan saya. Harga bagi setiap pelekat kereta ini hanya RM10.00 sekeping.

RM10.00 SEKEPING!!!

HUSAINI 013-3005038

Rabu, April 29, 2009

INTERNATIONAL MUSLIM YOUTH CAMP 2009

Peserta perempuan dari pelbagai negara.

Peserta lelaki


Bergambar dengan sekumpulan peserta dari Palestin.


Bergambar dengan peserta-peserta dari Brunei Darussalam.
Alhamdulillah, pada 26 April 2009 hingga 1 Mei 2009, saya berpeluang menjadi ajk bagi program International Muslim Youth Camp 2009 (IMYC).




Selasa, April 28, 2009

ALEXANDER DARI AUSTRIA


Saya berjumpa dengan Alexander di Masjid Negara. Kebetulan dia solat di sebelah saya. Mengikut cerita yang dia sampaikan kepada saya, dia sebelum ini pernah menganuti semua agama kecuali Islam. Tujuan dia datang ke Masjid Negara pada hari ini adalah untuk mempelajari Islam. Menurut Alexander, dia bermimpi dan dalam mimpinya dia seperti diilhamkan untuk pergi ke Masjid Negara. Di Masjid Negara, Alexander ditemani Pemandu pelancong terlatih dari ABIM Outreach. Saya berdoa moga hati Alexander disentuh dengan Hidayah ALLAH SWT .

Isnin, April 27, 2009

MAKAN MALAM DI RESTORAN CHENG HO

Di hadapan Restoran Cheng Ho milik Amy Search. Sebelah restoran ini, di tingkat atas adalah pejabat Mawi AF3.

Eksklusif!


Bergambar dengan rakan-rakan KTI dan Amin Inteam.


Rakan-rakan KTI



Warga Inteam Records Sdn Bhd bersama keluarga.
p/s: Majlis Kesyukuran ini diadakan khas untuk semua yang terlibat dalam menjayakan booth IRSB di Pest Buku PWTC 2009. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih IRSB.

Rabu, April 22, 2009

ASYIK BERGAMBAR!

Bersama Penulis Ngetop Novel Islami Ayat-Ayat Cinta.

Bergambar dengan Adik Muhammad Hafiz dan ayahnya.


Dari kiri : Penulis, Abg Nazrey Johani dan Wanz Paradise.


Bergambar dengan Penulis Novel JUlia, Cinta Madinah, Cikgu Abu Hasan Morad. Kagum dengan beliau!



Bersama Ust Hasrizal Mantop.

Ahad, April 19, 2009

SEKITAR PESTA BUKU PWTC 2009

2 orang kanak-kanak beragama Hindu ini sedang bergambar dengan gambar Tuan Guru Nik Aziz.

Tidak dapat bergambar dengan orangnya, bergambar dengan gambarnya pun jadilah....



Kanak-kanak ini asyik menonton VCD Mukhlis Sebuah Pengembaraan di hadapan booth IRSB



Sabtu, April 18, 2009

DUA OTAI BERTEMU


Seorang penulis buku terkemuka. Seorang lagi penulis lirik terkenal. Masing-masing menghasilkan karya Islami yang mendekatkan manusia dengan Tuhan. Masing-masing saling mengkagumi antara satu sama lain.
Mereka berjumpa di Pesta Buku PWTC 2009.

Jumaat, April 17, 2009

IRSB @ PESTA BUKU PWTC 2009

Inteam Reunited bergambar dengan peminat

Kak Adzi KTI dan Nazmi KTI di hadapan booth IRSB


Far East sibuk melayan peminat



Booth IRSB



Booth IRSB





Ahad, April 12, 2009

FINAL EXAM SUDAH TAMAT, CUTI SEMESTER PUN BERMULA!

Alhamdulillah, peperiksaan akhir semester saya tamat hari ini. Syukur. 

Cuti semester pun bermula! Saya suka cuti semester kerana dalam tempoh masa inilah saya berpeluang menggilap bakat saya, menambah skill tambahan yang belum saya miliki dan menambah ilmu kehidupan yang masih belum saya terokai semuanya. Impian saya untuk menjadi seorang yang versatile atau dalam bahasa Melayu, insan serba boleh mestilah disusun dengan strategi yang baik. Saya tidak mahu sekadar meletak impian dan membiarkannya tanpa sebarang usaha kearahnya kerana ia hanya akan membuatkan impian saya itu menjadi angan-angan Mat Jenin. 

Dalam cuti-cuti sebelum ini, saya sudah berpeluang menjadi Guru Ganti di Sekolah Rendah Islam Al-Amin KL, buka gerai jualan CD nasyid dan zikir beserta majalah Islamik di lokasi-lokasi terpilih, mengendalikan perniagaan sendiri (jual telefon bimbit dan kad tambah nilai sebelum saya serahkan perniagaan ini kepada adik saya), jadi perunding takaful bagi Etiqa Takaful (sampai sekarang), PA (personal assistant) sementara artis dan banyak lagi.  

Cuti kali ini, saya berpeluang menjaga booth Inteam Records di Pesta Buku Antarabangsa PWTC. Saya juga berpeluang menjadi tutor bagi beberapa orang pelajar sekolah menengah bermula pada bulan ini. Tetapi, saya masih mencari peluang untuk kerja dalam bidang lain pada bulan 5 ini memandangkan Pesta Buku hanya berlangsung selama 10 hari sahaja. Saya mengajar tuisyen dan menjadi tutor pada waktu malam. Selepas pesta buku berakhir, waktu siang saya akan kosong tanpa kerja. 

Pada bulan 5 ini, saya cadang hendak memohon kerja di bidang penerbitan, rekaan grafik, di belakang tabir atau yang sewaktu dengannya. Mungkin saya nak mencuba nasib di PTS ke, Inteam Records ke, Media Prima ke (high class giler...) atau mana-mana produksi ke. JAKIM ke... (uhuk...uhuk...). Berjaya atau tidak, itu soal nombor 2. Yang penting, saya hendak mencuba! (teringin hendak bekerja di sebalik tabir sesebuah penerbitan). Saya harap, impian saya ini tercapai sepanjang cuti semester kali ini. 

Tahun ini pula, saya memasang cita-cita untuk menulis buku dengan PTS. Saya akan gilap skill penulisan saya, hadiri kuliah Sifu PTS dan baca sebanyak mungkin buku-buku yang boleh menambah nilai pengetahuan saya dan skill saya. Moga ALLAH permudahkan urusan saya. Ameen. Kepada pembaca yang budiman, tolong doakan saya ya! 

Jumaat, April 10, 2009

WAHAI SAHABATKU


Sekadar ingin berkongsi satu mesej yang saya terima daripada seorang rakan saya. 

"Husaini, 

Mintalah teman yang soleh dalam sujud akhirmu sewaktu Tahajjud kerana dia bisa menguatkan kakimu di jalan ALLAH SWT... 

Sahabatku, 

Di sekeliling kita terdapatbanyak hati-hati yang kosong dan rindukan sentuhan iman daripada teman yang soleh. Mulakanlah dengan menjadikan dirimu penawar kepada mereka semua, penghidup hati-hati yang gersang... Banyakkan memberi dari mengharap... Biarlah diri kita tidak dihargai orang asalkan kita tahu menghargai orang lain kerna kelak ALLAH pasti akan menghargai kita."

 

Khamis, April 09, 2009

MENGENALI MOHD KHAIRUL DAIM BIN AHMAD SHAMSURI


TERUJA

Alhamdulillah, sewaktu konvokesyen UIAM tahun lepas (2008), saya berpeluang bergambar dengan Saudara Mohd Khairul Daim Bin Ahmad Shamsuri. Saya tidak pernah bergambar dengan mana-mana graduan yang berpakaian formal graduasi (jubah konvokesyen lengkap dengan topi). Inilah kali pertama. Saya rasa seronok sangat waktu itu. Tambahan pula, saya bergambar dengan Mahasiswa Terbaik Undang-undang UIAM!

ROOMATE YANG TIDAK RUMIT

Saya berpeluang mengenali Saudara Mohd Khairul Daim ini atau nama panggilannya Abang Daim sewaktu saya menjadi pelajar tahun 1 di UIAM Gombak. Pada waktu itu, saya dipilih oleh ALLAH SWT untuk tinggal di bilik D2.6, Mahallah Bilal, satu bilik dengan Abang Daim. (Bilik di UIA ini dibahagikan kepada 4 bahagian atau compartment). Abang Daim ini rajin. Hendak kata ulat buku, mungkin tidak. Beliau bukan seorang yang mengadap buku sepanjang masa. Ada juga masanya untuk beriadah, keluar bersama rakan-rakan dan sebagainya. Tetapi, beliau konsisten dalam menelaah pelajaran. Setiap hari, paling kurang 2 jam beliau akan menelaah pelajaran. (ini yang saya nampak). Menjadi roomate kepada beliau memberi peluang kepada saya untuk bertanyakan pelbagai jenis soalan undang-undang yang bermain di benak pemikiran saya. Maklumlah, saya 'terpisah' dengan rakan batch saya yang tinggal di mahallah lain. Untung juga duduk satu bilik dengan senior. Abang Daim selalu kongsi pelbagai ilmu, tips-tips yang berguna dan pengalaman-pengalaman beliau sepanjang berada di UIAM. Beliau seorang yang mudah untuk didekati dan mesra dalam bersahabat. Seorang roomate yang tidak pernah membawa masalah tetapi sering menyelesaikan masalah!

PELAJAR TERBAIK UNDANG-UNDANG

Abang Daim telah dianugerahkan Pelajar Terbaik Undang-Undang UIAM pada Majlis Konvokesyen UIAM 2008. He deserved to get it! Kagum melihat roomate sendiri berjaya. Lebih mengkagumkan apabila saya berpeluang untuk melihat perjalanan hidup beliau seharian selama saya duduk di bilik tersebut. Walaupun sekarang ini, saya tidak lagi menjadi roomate beliau, tetapi saya masih berhubung dengannya untuk bertanyakan soalan-soalan undang-undang. Beliau merupakan sifu saya! Pemangkin motivasi saya untuk terus maju dan maju dalam pelajaran.

Masa depan beliau cerah, insya ALLAH. Saya berdoa moga saya juga berpeluang untuk memakai jubah konvokesyen yang sama beserta 'title' yang sama di hari konvokesyen saya kelak! Ameen.

p/s: Gambar ini dirakam pada tahun lepas. (tahun lepas saya agak berisi sedikit berbanding tahun ini). hehe.