My Heart - Inilah filem cinta pertama yang saya tonton dengan penuh penghayatan! (
Sewaktu sekolah menengah lagi kelakar! Saya boleh anti dengan kumpulan-kumpulan nasyid yang bernasyidkan mesej cinta seperti Inteam dan UNIC. Padahal mereka mengajak kepada cinta yang mengikut syariat. Apabila Inteam buat persembahan di SMKA Sultan Azlan Shah, Sri Iskandar yang mana menampilkan kumpulan baharu UNIC pada ketika itu, saya antara yang mendakyah kepada kawan-kawan supaya jangan pergi! haha. Sekarang? Siap rapat lagi dengan Inteam dan UNIC!
Punyalah Anti-Cintanya saya satu ketika dahulu. Semua yang bermesej cinta, ditolak. (
Berbalik kepada filem My Heart ini, mulanya saya hanya memenuhi pelawaan kawan baik saya yang mengajak saya untuk menonton filem ini. Apabila tayangan bermula, secara tiba-tiba fokus hati, minda dan jiwa saya melekat pada cerita ini. Saya begitu menjiwai jalan cerita filem ini ditambah dengan lagu-lagu yang begitu asyik. (
Selesai menonton filem ini, saya dan kawan saya pulang ke UIA. Malam itu, saya terbayang-bayang kisah cinta saya satu hari nanti. Adakah manis atau pahit? Adakah gembira atau duka? Adakah diterima atau ditolak? dan sebagainya sehinggalah saya tertidur...
....dan sehingga entri ini ditulis, saya masih berharap saya dalam mimpi dan belum lagi terjaga dari tidur tersebut kerana saya berharap apabila saya terjaga dari tidur nanti, saya boleh bertemu dengan kisah cinta saya. =)
3 ulasan:
sejak 2 menjak ni kamu jadi mat jiwang pulakk.. hehe.. btw, lets find some free time to watch next love story.. ;)
Bro, gua tengok cerita ni dengan lu la! haha. =D
haha.. thats y la i said '..to watch next love story'.. ;P p/S: I really miss that time..
Catat Ulasan