Halaman

Rabu, Oktober 19, 2011

Pra-Tonton Al-Hijab Bersama Media Hiburan

 Poster Filem Al-Hijab arahan Pierre Andre. 

Sumber gambar: Media Hiburan


Baru-baru ini, saya ada menyertai Kuiz Media Hiburan secara online dan alhamdulillah, saya telah terpilih untuk menjadi sebahagian daripada penonton bertuah Media Hiburan untuk menghadiri Pra-Tonton Filem Al-Hijab arahan Pengarah Filem Hantu Terkenal- Pierre Andre. (Sebenarnya, saya agak skeptikal dengan filem hantu Malaysia! Tetapi Pierre Andre berjaya mengubahnya 20%!) 

Selesai sesi pendaftaran, kami dibekalkan dengan goodies bag yang mengandungi tiket, penanda buku dan juga majalah Media Hiburan. Encik Sudyrman selaku Ketua Editor baharu Media Hiburan (Tahniah Encik Sudyr!) memberi ucapan pembukaan yang sangat sempoi pada malam itu. Beliau juga sempat menemubual pelakon utama yang hadir iaitu Fathia dan Puan Maimon Talib. Usai itu, tayangan pun bermula... 

Al-Hijab ini mengisahkan seorang pelakon lelaki yang baru mendapat tawaran memegang watak hero dalam sebuah filem hantu. Sebagai pelakon yang sering mendapat watak tambahan, dia berasa tawaran berlakon itu sebagai satu batu loncatan untuk dia terus maju dalam bidang lakonan. Maka dia pun berlatih dan cuba untuk menghayati watak dengan berkesan. Namun, dia mempunyai masalah tidak takut kepada hantu memandangkan dia tidak pernah melihat hantu. 

Menurut kekasihnya (Fathia), untuk melihat hantu, dia perlu membuka hijab supaya mata dia dapat melihat apa yang kebiasaan manusia tidak dapat lihat. Apa sambungan cerita? Kena la tengok filem ini sampai habis. Banyak part-part yang menggerunkan. Mungkin sebab saya tonton filem itu pada waktu malam kot. haha. Apa pun, hasil sentuhan Pierre Andre ini wajar menerima pujian! Sound effect filem ini cukup bagus! Elemen suspen yang cuba ditonjolkan dalam filem ini memang menjadi. Terutama part Fathia jadi hantu! Aduh, terkejut beruk semua orang. 

Tahniah Pierre! Anda memang hebat! =)
Terima kasih Media Hiburan! Terima kasih Cik Meen, Sudyr, Wawann dan semua! =D


2 ulasan:

incek.loyer berkata...

apasal x record? klu x bleh jual kt night-market. hahaha.

Husaini berkata...

@incek.loyer yang kacak, tidak molek rasanya untuk kita menyokong cetak rompak! haha.

marilah berdoa semoga satu hari nanti, ada produksi Islami yang bakal terbitkan filem2 Islami seperti yang berlaku di Indonesia. Time tu, kita juga harus istiqamah menolak cetak rompak! ;)