Halaman

Isnin, Julai 09, 2007

KERJA - VOL 1

Sewaktu cuti panjang selepas SPM 2 tahun lepas, saya seperti remaja lain begitu teruja untuk bekerja. Maklumlah, baru habis SPM, diri rasa macam burung yang baru lepas dari sangkar! Keinginan untuk mencari 'makan' sendiri tinggi. Ada kawan saya yang memilih untuk bekerja di pasar raya, restoran makanan segera dan sebagainya.

Pening juga kepala memikirkan dimana nak cari kerja. Saya pergi 3 temuduga kerja sambilan. Mulanya di KFC Ipoh kemudian The Store Ipoh dan akhir sekali di 7 Eleven Ipoh. 2 hari selepas temuduga, wakil 7 eleven telefon saya dan maklumkan yang saya dapat bekerja di situ.

Hari pertama kerja, memang seronok sebab dapat ramai kawan. Mereka memang banyak bagi tunjuk ajar kepada saya. Hari kedua pun ok lagi. Kadang-kadang penat juga. Hari ketiga saya kerja malam disitu. Malam tu berlaku satu tragedi yang paling menyayat hati saya. Ketika saya diminta menjaga kaunter, masuklah satu pasangan melayu dalam kedai tu dan mengambil botol arak dan meletakkan di atas kaunter. Si lelaki turut mengambil kondom yang dijual 7 Eleven dan meletakkan di meja yang sama. Tatkala itu, saya teringat hadis yang pernah diajar oleh ustaz saya ketika di SARJANA yang mana menyatakan ALLAH melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak dan antaranya adalah penjual arak!

Hati saya memang menyumpah habis pada pasangan tersebut. Luluh hati untuk scan harga arak tersebut. Saya terpaksa akur memandangkan hanya saya yang ada di kaunter pada ketika itu dan rakan kerja saya sedang susun barang di rak jauh dari saya. Sambil beristighfar panjang, saya kira harga barang dan mengambil duit dari lelaki jahanam tersebut. Pada ketika itu, hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan saya. Selesai kerja, esok paginya saya letak jawatan.

Seminggu saya menganggur dirumah tanpa kerja. Akhirnya saya nekad pergi ke Kuala Lumpur mencari kerja disana. Saya mempunyai keyakinan yang satu, tuhan pasti akan menemukan saya pada satu pekerjaan yang pasti sesuai dengan jiwa saya.

(nantikan sambungan ini pada episod akan datang.... Vitacare KLCC, SRI Al-Amin Kuala Lumpur.........)

Tiada ulasan: