Halaman

Isnin, Julai 09, 2007

RAMADHAN YANG KU DAMBA

Kemeriahan syawal mula terasa dimana-mana...
Baik dibandar mahupun di desa, bazaar-bazaar, kompleks membeli-belah kini berlumba-lumba menawarkan harga terendah untuk menarik pelanggan seramai yang boleh. Ramai berpusu-pusu mengunjungi ke butik-butikmengambil tempahan yang telah dibuat. Lagu-lagu raya sudah acapkali berkumandang maklumlah, raya nak dekat!
Keghairahan kita dalam menyambut syawal kadang-kadang menyebabkan kita lupa yang kita masih berada di Bualan Ramadhan, bulan yang penuh barakah. Bulan yang terdapat di 10 malam terakhirnya Lailatul Qadar. Bulan ini yang kita sanjung tatkala ketibaannya. Bulan ini juga lah yang dirai oleh para peniaga untuk berniaga. Yang tidak berniaga sebelum ini pun, turut mengambil kesempatan berniaga di bulan maghfirah ini. Adakah kita sedar yang 10 malam terakhir Ramadhan ini, sangat dinanti-nanti oleh golongan ahli ibadah untuk memperbanyakkan lagi ibadah? Di 10 malam terakhir inilah Rasulullah SAW kerap beriktikaf di masjid.
Allah Maha Bijaksana. Allah kurniakan Lailatul Qadar di 10 malam terakhir bagi menguji tahap keimanan kita. Allah tidak mengurniakan Lailatul Qadar di 10 malam terawal juga tidak di 10 malam pertengahan kerana tatkala itu masih ramai hamba-hambaNYA yang tekun beribadat kepadaNYA. Allah kurniakan Lailatul Qadar pada 10malam terakhir supaya kita istiqomah melakukan ibadah tanpa terlalu taksub dan ghairah menyambut Aidilfitri. Pemergian Ramadhan ditangisi oleh ramai 'Abid-'abid dan mereka sentiasa menanti ketibaannya, berdoa agar mereka dapat diketemukan denagn Ramadhan yang akan datang.
Dikesempatan ini, saya menyeru pada diri saya dan sahabat-sahabat agar dapat melakukan ibadah dengan baik di 10 malam terakhir Ramadhan. Rebutlah kesempatan ini dengan memperbanyakkan ibadah. Tidak salah kita membuat persiapan menyambut hari kemenangan kita namun biarlah bersederhana. Jangan biarkan keghairahan kita menyambut syawal menenggelamkan Ramadhan yang masih ada.
Ingatlah, KITA SEKALI-KALI TIDAK PERNAH MENERIMA JAMINAN DARIPADA ALLAH SWT YANG KITA AKAN DAPAT BERTEMU DENGAN RAMADHAN AKAN DATANG KERANA MASA ITU HAK ALLAH. AJAL BISA BERLAKU BILA-BILA TANPA DIUNDANG!

Tiada ulasan: