Halaman

Isnin, Julai 09, 2007

SEMALAM YANG BERLALU

Semalam saya menghadiri satu program yang dianjur oleh kolej saya. Program tersebut adalah MINGGU PALESTIN. Saban hari saya menerima hidangan berita-berita mengenai Palestin sehingga saya berada di satu tahap, menerima berita tentang Palestin adalah satu perkara lumrah, menjadi satu kebiasaan kepada saya. Namun, perkara yang berlaku semalam cukup memeritkan saya. Perkara itu akan menjadi tauladan kepada saya dan ingatan keras supaya Palestin kekal di ingatan saya. Saya dan rakan-rakan ditayangkan sebuah cerita tentang bagaimana sahabat-sahabat kita di Palestin dijajah. Menceritakan bagaimana sejarah Palestin dijajah. Saya tidak pandai nak menyusun ayat menceritakan betapa peritnya orang Palestin yang sedang duduk rehat di rumah, tiba-tiba didatangi oleh tentera-tentera zionis yang memaksa mereka keluar dari rumah mereka. Kemudian mereka dibawa berkumpul beramai-ramai ke satu tempat lapang. Disana, tentera-tentera laknatullah ini telah bersiap sedia di atas bumbung bangunan dengan kelengkapan senjata untuk menembak rakyat Palestin yang terdiri dari sekecil kanak-kanak, wanita, hinggalah orang tua yang uzur. Selepas mendapat arahan dari ketua mereka, tentera-tentera ini menembak orang Palestin yang berhimpun beramai-ramai di kawasan itu. Betapa zalimnya tentera zionis di awal penjajahan mereka hinggalah ke saat ini. Setiap rakyat Palestin yang ada tatkala itu, pasti akan ditembak mati. Pada saat itu, mereka seakan-akan membuat penghapusan kaum yang amat dahsyat. Mungkin anda boleh menontonnya satu ketika nanti. Rasailah perasaan yang sama saya rasa ketika menonton video tersebut.
Pada tika ini, saya punyai satu tekad yang jitu, mulai hari ini, Palestin tidak akan sekali-kali luput dari doa-doa saya dan ingatan saya. "Duhai saudara-saudaraku di Palestin, maafkan diriku atas kealpaan diriku mengejar dunia hingga lupa akan dirimu yang ditimpa musibah. Berjuanglah dengan caramu dan aku akan berjuang dengan caraku namun matlamat kita tetap satu, bebaskan Al-Aqsa!".
terima kasih Ust Maszlee Malik... terima kasih ajk yang terlibat... kalian lah penyuluh kepada yang buta seperti saya...

Tiada ulasan: