Halaman

Jumaat, Ogos 31, 2007

LELAKI, JANGAN 'MENGANDUNG'

(Sekadar gambar hiasan)

Lelaki 'mengandung'? Tidak. Mereka tidak mengandung. Tapi perut mereka seakan-akan mengandung! Ada sahabat saya berkata, "Isteri suka kalau lelaki boroi sebab bukti dia pandai masak". Tidak kurang juga yang kata lelaki berperut buncit ini seksi. Seksi ke? Biarlah apa pun nilaian orang, yang penting sebagai lelaki, anda juga harus menjaga penampilan diri. Baik dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Kali ini saya mahu berkongsi tips untuk atasi perut buncit. Dari aspek senaman, pertama sekali anda duduk di atas lantai dengan selesa dengan kaki melunjur ke hadapan. Jika ada alas dengan tikar pun bagus. Bengkokkan lutut anda. Letakkan kedua tangan anda di dada dan rendahkan sedikit badan anda ke belakang. Cuba baringkan badan anda tanpa mencecah ke lantai kemudian naik semula. Ulang sebanyak tiga kali kemudian rehat sebentar. Kemudian ulang mengikut kemampuan anda. Anda tidak boleh paksa tubuh anda melakukannya berulang kali dalam satu masa tambahan anda baru hendak mula, dikhuatiri otot anda akan cedera. Untuk aspek pemakanan, elakkan minum air selepas makan. Cuba rehat kira-kira 10 minit selepas makan baru anda minum. Penampilan yang menarik mampu membuat anda beras yakin diri berhadapan dengan orang ramai. Jaga kesihatan dan tampak menarik ini bukan tertumpu pada remaja semata-mata, tapi lelaki yang sudah berusia pun perlu amalkannya. Baru nampak muda sentiasa. hehe.

7 ulasan:

Raihan Mustafa KamaL berkata...

Aik Husaini,kenapa ada post ini pulak? Aku rasa memang sesuailah entri hang ni. Memang tak dinafikan semakin ramai daripada korang (lelaki) yang bertambah sehat bila masuk UIA. Hahaha

Hijjaz berkata...

Kenapa tak punya jawapan..Apakah benar penyataan hamba?

Norlela Zubir berkata...

Assalamualaikum Husaini,
Saya setuju orang lelaki perlu terus jaga penampilan diri walau pun sudah berusia. Namun ramai yang menjadi selekeh apabila usia meningkat. Bukan saja perut dibiarkan boroi, suka pula pakai baju T lusuh dan tidak pakai setokin.

Husaini masih muda, mungkin seusia anak saya. Bagus anda tulis entri ini untuk peringatan kepada pembaca. Kata orang usia kita tidak boleh digostan lagi, tapi apa salah jaga penampilan ya.

... berkata...

salam. haha. best entry ni. erm, btul la tu ape yg dikatakan. org lelaki pun kne jage penampilan barulah kite ade keyakinan diri skit. psl makan tu mmg btul, lps sepuluh minit baru blh minum air sbb dari segi saintifiknye, nak bgi mknn tu hadam dlu btul2. =)

-apispojie-

Azree berkata...

Oyt. Rehan, hang sebagai ketua wanita PernBun-U kenalah memberi semangat kepada lelaki2 yang macam ni.

Tak elok sebenarnya menjadi kurus. Hahaha.

Abu Afham berkata...

saya sependapat dengan Raihan, Puan Norlela dan apis pojie bahawa lelaki perlu menjaga penampilan diri. perut kena jaga. jangan boroi. huhu

tapi penjagaan diri bukan sekadar pada perut semata-mata, tapi keseluruhan. saya tulis entri tentang perut sebagai satu simbolik bahawa orang yang terlalu bayak makan dan kurang bersenam mudah dapat penyakit.

NaDiA FrEeMaN berkata...

ko macam kurus sangat je =p