Halaman

Rabu, September 05, 2007

IKLAN PUNYA PASAL


Saya seorang yang meminati seni. Iklan adalah antara satu bentuk seni yang disampaikan bersama mesej yang tersendiri. Saya akui, iklan di televisyen acapkali menarik perhatian saya untuk menilai dan mentafsir wajah dan cerita disebalik iklan tersebut. Baru-baru ini saya amat terkesan sekali dengan beberapa iklan yang mempromosi segala macam makanan sampingan yang mampu membuat seseorang itu menjadi tinggi!
Bermula dengan Appeton kemudian Calci Yum dan terbaru satu jenama minyak ikan kod yang menjadi rahsia seorang budak lelaki beraksi lincah dalam permainan Bola Keranjang (mengikut iklan tersebut la), semua menonjolkan bahawa ketinggian menjadi satu kelebihan bagi seseorang individu. Selama hampir seminggu juga saya terkesan dengan iklan ini sehingga saya merasakan bahawa saya antara remaja (remaja ke?) yang mempunyai ketinggian yang sederhana. Tidak tinggi dan tidaklah terlalu rendah. Jiwa seakan memberontak. Apabila menaiki LRT, terasa 'kerdil' sahaja bila melihat sekumpulan remaja Cina yang tinggi lampai. Dalam hati tergetus rasa iri hati pada mereka. Namun, pada suatu malam, ketika membaca Tafsir Al-Quran, timbul rasa kesal kerana selama seminggu ini saya sudah lupa bahawa segala apa yang telah berlaku adalah ketentuan Tuhan. Saya sewajarnya bersyukur dengan nikmat yang telah Tuhan beri.

Akhirnya saya ambil langkah positif. Saya tidak perlu gusar pada diri saya. Saya terima diri saya seadanya. Saya yakin pada diri saya!

Sekurang-kurangnya, saya mudah mencari pakaian kerana saiz tubuh saya yang sederhana. Boleh pakai semua baju.
Terima Kasih Wahai Tuhanku yang memberi Al-Quran sebagai petunjuk yang sentiasa menenangkan jiwaku. Benarlah kata-kata Tuhan yang bermaksud : Jika kamu mengingati aku, jiwa kamu akan menjadi tenang.

1 ulasan:

NuRizZ berkata...

boleh jadi apa yang kita suka itu adalah buruk untuk kita, dan boleh jadi apa yang kita benci itu adalah baik untuk kita. sesunguhnya Allah lebih menengetahui sedang kamu langsung tidak mengetahui" _al-baqarah_216

ada ibrah di sebalik entry sdra.
allahu'alam