Halaman

Isnin, November 12, 2007

JANGAN BERSEDIH =P



Hari ini saya mendapat semangat baru. Selepas beberapa siri dugaan yang datang berturut-turut tanpa henti dalam diri ini, akhirnya Allah makbulkan doa saya dengan memberi saya satu sinar baru. Satu kekuatan untuk bangkit dari perasaan duka. (Pergh…ayat ‘Blues Untuk Aku’ la pulak)

Selepas ini, sapa nak tipu saya, tipu la. Nak khianat saya? Khianat la. Nak buat jahat pada saya? Buatlah. Sebab saya tahu, saya ada Tuhan. Saya ada Tuhan yang sentiasa membuka kepada saya segala tipu helah yang dibuat oleh orang kepada saya. Saya syukur. Biarlah orang nak buat apa pun. Mereka yang berdosa. Saya masih ingat lagi satu hadis yang saya belajar sewaktu di Tingkatan 1. Sabda Nabi SAW, Tanda-tanda munafik itu ada tiga: Apabila berkata ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila memegang amanah ia khianati.

Saya harap, saya tidak akan tergolong dalam golongan ini. Saya minta sangat agar Allah pelihara saya dan orang sekeliling saya dari tergolong dalam golongan yang disebut dalam hadis Nabi tadi. Buat apa buat jahat pada orang? Keuntungan sementara sahaja. Kita hidup kat dunia ini bukan lama. Sekejap sahaja. Dunia ini hanya tempat persinggahan untuk kita kembali kepada Tuhan Yang Satu. Buat baik bukan kena bayar pun. Bukan kena marah pun. Tak kena hukuman gantung pun. Yang paling utama, kita sedar matlamat hidup kita. Tujuan hakiki kita berada di muka bumi Allah ini, iaitu untuk beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah di muka bumi ini. Ini semua untuk mencapai mardhatillah, keredhaan Allah. Jadi, mulai hari ini, sama-samalah kita berbuat baik sesama manusia. Bila orang nak buat jahat dengan kita, kita nasihatlah dia. Kalau perlu ambil tindakan, kita ambil tindakan sewajarnya. Barulah amar maaruf nahi mungkar namanya.

Dalam masa yang sama, saya akan sentiasa optimis. Cekal dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu benda. Saya juga akan kembali belajar segala macam perkara baru yang dibenarkan syara’. Saya mahu kembali ceria dan gembira agar saya dapat mengembirakan orang. Saya juga mahu berfikiran positif dan terbuka. Saya mahu lihat dunia yang indah ini dengan pandangan yang luas. Supaya hidup saya senang. Ibadah saya menjadi sempurna. Bibir saya kekal meratib asma’Nya yang indah dan hati saya kekal bertuhankan Allah Yang Satu.

Aku syukur padaMu Tuhan kerana dugaan yang melanda merupakan satu pelajaran yang berguna buat diriku. =>

1 ulasan:

bingkisaN berkata...

UJIAN adalah tarbiah dari ALLAH..

apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya..

kesenangan yg datang,selepas kesusahan,smuanya adalah nikmat dari tuhan..