Halaman

Khamis, Disember 27, 2007

BISNES MESTI KREATIF!


"Aku cadang nak buat bisnes tapi tak tahu nak buat bisnes apa"
"Nak buat bisnes jual air, dah banyak orang jual air"
"Tunggu sahaja. Ada rezeki nanti, kayalah aku!"

Itulah kata-kata yang terpacul dari mulut kenalan saya ketika kami berborak berkaitan bisnes. Saya pun tidaklah begitu pandai dalam dunia bisnes. Cuma mungkin pengalaman lalu dan buku-buku motivasi bisnes yang acapkali saya baca membuatkan saya sentiasa bermotivasi untuk membuat bisnes. Saya pernah gagal dalam bisnes. Namun ia sedikit pun tidak pernah mematahkan semangat saya untuk terus maju ke hadapan.
Jika anda minat berniaga tapi tidak tahu nak berniaga apa, saya sarankan anda rehatkan diri anda seketika, ambil sebatang pen beserta sehelai kertas dan mula senaraikan kemahiran yang ada dalam diri anda. Kenali potensi anda. Kebanyakan usahawan yang berjaya mempunyai bisnes berdasarkan kemahiran atau potensi diri mereka sendiri. Cikgu Abu Hassan Morad yang gemar menulis mempunyai sebuah syarikat penerbitan sendiri, Galeri Ilmu sdn Bhd. Chef Ismail yang pakar dalam masak memasak mempunyai Restoran Rebung yang dikongsi bersama Angkasawan Negara Pertama, Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Mulakan bisnes anda berdasarkan kepakaran anda. Ia lebih baik untuk jangka masa panjang kerana anda tidak akan mudah bosan dalam bisnes anda nanti. Apabila anda menjalankan bisnes berdasarkan minat dan kepakaran anda, anda tidak akan mudah menyerah kalah dan akan sentiasa memperbaiki kemahiran anda hari demi hari. Semangat nak berbisnes pun tinggi sebab bisnes itu anda sendiri yang jalankan dan berdasarkan minat serta kepakaran anda! Bisnes itulah yang akan melambangkan diri anda!
Jangan gusar jika bisnes yang anda mahu lakukan itu telahpun diceburi oleh ramai orang. Sebaliknya, anda kena tunjukkan pada pembeli bahawa walaupun bisnes anda baru tapi ia kreatif, menampilkan sesuatu yang unik dan berkualiti tinggi. Lihat saja donat J.Co yang seakan menjadi satu fenomena di Malaysia apabila ia dibuka di Pavillion baru-baru ini. Biarpun perniagaan donat ini telah dipelopori oleh Dunkin Donut tapi J.Co tampil ke dunia perniagaan donat dengan keistimewaannya yang tersendiri. Keunikan dan kekreatifan inilah yang patut ada dalam setiap perniagaan yang anda akan buka. Zaman pun dan canggih, bisnes anda pun mestilah selari dengan peredaran zaman. Kalau mahu buat bisnes lama sekalipun, berilah nafas baru!
Akhir sekali, ingatlah wahai pembaca sekalian, janganlah hanya mengharapkan rezeki datang bergolek-golek didepan mata anda dengan sendirinya. Usahalah untuk mendapatkannya. Allah pun dah bagitahu awal-awal dalam Kitab Agungnya, Al-Quran mafhumnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri yang mengubahnya!

Tunggu apa lagi? Bak kata iklan Celcom, KUASA DITANGAN ANDA!

3 ulasan:

vangardx berkata...

nak berniaga ke? ape idea anda sekarang? semoga berjaya :D

Tanpa Nama berkata...

akak bercadang nak tambah pendapatan keluarga dengan menjual nasi lemak di kawasan perumahan akak. tapi di tempat akak telah banyak gerai yang menjual nasi lemak. ada idea? akak hnya ada kereta mitsubishi lama peninggalan arwah suami akak sebagai kenderaan. nasi lemak bukan makanan yang boleh di kreatifkan macam adik cakap.

Husaini berkata...

vangardx, saya telah menceburi bidang perniagaan secara serius sejak 2005. idea? banyak sekali. tengah jalankan sikit demi sedikit. bagi saya, nak bisnes tak boleh terlalu 'gelojoh'. pelan2 kayuh...

kak sabariah,
bagi org ramai rasa dulu kelazatan nasi lemak kak sabariah. pembeli akan beli nasi lemak kak sabariah lagi jika pada kali pertama membeli nasi lemak, rasanya memuaskan hati, layanan kak pun bagus. mungkin kak boleh cuba buat nasi lemak kukus. tengah popular sekarang ini di KL. akak boleh letak nama komersil pada nasi lemak akak. ia pun memberi sedikit bantuan pada perniagaan supaya org mudah kenal. lagipun, nasi lemak ni bukan berdasarkan berapa ramai org jual, tapi pembeli lebih melihat kepada rasa nasi lemak itu sendiri. kalau ramai jual tapi tak mampu memikat selera pembeli tak guna juga kan? try your best kak! saya doa yg terbaik buat kak sekeluarga.