Halaman

Isnin, Disember 17, 2007

ALBUM : KUALITI vs KEKERAPAN

(Gambar sekadar hiasan)


Baru-baru ini, saya sempat ke Tower Record KLCC untuk melihat album-album terkini yang berada di pasaran. Penghasilan album pada waktu ini boleh dikatakan agak suram berbanding tahun-tahun sebelum ini baik tempatan mahupun antarbangsa. Mungkin gejala cetak rompak yang berleluasa membuatkan banyak syarikat rakaman berfikir dua tiga kali untuk menghasilkan sesebuah album. Selepas berada di sana lebih kurang 2jam setengah, akhirnya saya membeli sebuah album artis tempatan yang masih 'panas' di pasaran. Mendengar alunan lagu-lagu yang disusun dari 'track 1' hingga akhir mampu membuatkan saya berasa puas hati kerana lagu-lagu yang dimuatkan dalam album itu boleh dikategorikan sebagai lagu-lagu yang menarik dan seronok untuk didengar.

Bukan mudah nak memiliki sebuah album yang semua lagu-lagunya sedap didengar.
Kadang-kadang, seakan menjadi satu trend bagi kebanyakan artis untuk tampil
dengan 2 ke 3 lagu hits dan selebihnya sekadar tangkap muat dalam album terbaru
mereka.

Budaya ini bukanlah sesuatu yang janggal lagi dikalangan penggiat seni malah sudah menjadi ikut-ikutan dikalangan artis baru mahupun lama. Maka tidak hairanlah album-album yang dipasarkan tidak mendapat tempat dimata pembeli. Mungkin saya antara pembeli cerewet yang sudah menyampah dengan budaya buruk ini. Sebagai pengajaran, selalunya itulah kali pertama dan terakhir saya membeli album artis tersebut. Secara jujur, saya boleh menyebut beberapa nama artis yang albumnya mampu membuat saya berasa teruja untuk membeli yang original. Saya yakin, atas faktor kualiti dan kepuasan mampu membuat seseorang itu beli album yang original. Seperti kata Khadijah Ibrahim dalam sidang media baru-baru ini, buat apa nak terkejar-kejar menghasilkan 2 album dalam satu tahun sedangkan kualiti lagu-lagunya hambar. Adalah lebih baik mengambil masa yang panjang untuk menghasilkan album yang berkualiti dan mampu menjadi album 'evergreen' dari menghasilkan album secara terburu-buru dan hasilnya hanya mampu mengundang kritikan dari pembeli.


Tiada ulasan: