Halaman

Jumaat, November 23, 2007

BELAJAR MASAK CUTI KALI INI

Cuti kali ini saya habiskan 95% dirumah! Mulanya macam tak percaya sahaja yang saya akan habiskan masa cuti di rumah tanpa sebarang kerja. Namun, mungkin sudah ditakdirkan yang saya akan habiskan masa di rumah tercinta di Menglembu, Perak.
Walaupun di rumah, banyak perkara baru yang saya pelajari. Ingatkan duduk rumah bosan tapi hakikatnya, kalau pandai urus masa dengan baik, memang seronok duduk rumah. Mak dan ayah saya bekerja. Adik perempuan saya pula di asrama sedang menduduki SPM. Adik lelaki saya sibuk dengan latihan Bowling dia. Maklumlah, wakil Negeri Perak. Tinggallah saya dan adik perempuan bongsu di rumah bersama pak cik saya. Pak cik saya jaga kedai runcit keluarga. Dalam cuti ini, saya sempat belajar memasak. Habis buku-buku resipi saya belek. Tambah-tambah bila mak pergi kursus, memang merdeka la. Dapur kat rumah itu, saya dan adik saya yang punya! Resipi terbaru yang saya masak pagi tadi adalah Sayur Goreng KFC. Pergh.. rasanya memang sedap. Sayur bersama bawang putih dan bawang merah disalut dengan tepung KFC. Memang lazat rasanya. Luar keras, rangup. Dalam lembut sahaja. Dua hari lepas, kami goreng peria goreng. Kami potong peria jadi halus-halus. Kemudian kami goreng dengan tepung goreng pisang. Ada satu hari, kami buat sup sayur. Saya terbubuh halia banyak dalam sup itu. Habis satu keluarga sendawa. Mak cakap bagus juga sebab buang angin-angin dalam badan.
Tapi jangan la ingat saya habiskan cuti dengan memasak sahaja. Saya pun ada pinjam beberapa buah buku dari kawan. Antaranya buku pengurusan diri, Harry Potter, Pancaran Minda dan Ihya Ulumuddin. Ada masa terluang, saya menonton televisyen. Antara rancangan kegemaran saya, One In A Million, Muzik-Muzik Separuh Akhir, Couple Of Trouble, Iris, Spa Q, Spongebob (My Favourite Cartoon) dan banyak lagi. Di sebelah petang, saya beriadah. Kalau boleh nak nampak 'fit' sikit tahun 2008 nanti! Ok, saya tak boleh nak lama-lama sangat. Petang ini mak saya balik dari kursus di Lumut. Nak buat 'suprise' sikit. Ok, wassalam.

2 ulasan:

As berkata...

spongebOb! jam 5pm!

Tanpa Nama berkata...

salam alayka

resepi kreatif chef husaini..hehe